01 July 2015

Dialog Free Thinker, MyIKUT...



EMiLY Grose, 23, meninggalkan kampung halamannya jauh di California AS sejak dua tahun lepas, untuk berkampung di Barat Thai.

Selepas graduasi, gadis jelita ini menyertai Karen Refugee Committe Education, serta masuk ke hutan Mae Sot, iaitu garis sempadan Thailand-Burma.


15,000 anak pelarian di bawah Karen Refugee Committe Education, walaupun front kemanusiaan itu langsung tidak diiktiraf oleh Kerajaan Thai dan Myanmar.

Berbekalkan USD500 (lebih kurang RM1,500), Emily meninggalkan keluarga, kesenangan dan kerjaya selesa untuk mewakafkan diri pada program pendidikan anak-anak pelarian Rohingya dan "Karen" (pemberontak non-muslim).

Ke Pulau Pinang sejak kelmarin untuk mengemaskini daftar imigresen, dan menjadi tetamu majlis iftar jamaie anjuran Persatuan IKUT Mewakili 10,000 Suara Reverts Pulau Pinang (MyIKUT).

"Jom lah puasa macam kami," ujar Ustaz Izham.

Emily memberitahu bahawa lebih 22 jam beliau masih belum makan, sejak meloloskan diri daripada sempadan Thai.

Emily mengaku bahawa beliau seorang Free Thinker dan seringkali mencuit Penaung MyIKUT Tuan Zolkifly Md Lazim dan Pengerusinya, Azley Stanley-myIKUT.

"Boleh kamu bukti secara saintifik yang mana roh dan nyawa? Syurga neraka tipu saintifik..." cuit Emily, mengingatkan saya pada suatu dialog oleh Dr Zakir Naik.

"Kebenaran Al-Quran ada yang boleh dibuktikan secara saintifik dan ada yang dibuktikan tanpa saintifik.

"Sesungguhnya, kebenaran Al-Quran 80 peratus adalah logik dan boleh dibuktikan secara saintifik, hanya 20 peratus seperti persoalan roh ke mana selepas Tuhan cabut nyawa kita, atau hal syurga neraka yang tidak boleh dibuktikan secara saintifik.

"Maka, kebenaran Al-Quran yang boleh dibuktikan secara saintifik 80 peratus itu membuktikan bahawa keseluruhan Al-Quran itu adalah benar, dan tidak logik jika kita menolaknya disebabkan 20 peratus yang kita tidak tahu atas kelemahan pengetahuan kita, kita menolak keseluruhan kebenaran Al-Quran yang saintifik itu," respons saya kepada Tuan Haji Zolkifly awal pagi ini di Wakaf Seetee Aishaa Seberang Jaya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja". [Surah Al-Isra': 85]

Wallahu 'alam

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus