15 July 2015

Peniaga Uptown Perda sumbang 'duit raya baju raya' kepada murid terpilih lepasan PASTI

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Sejumlah murid terpilih lepasan Pusat Asuhan Tunas  Islam  (PASTI) di bawah Pemuda PAS Kawasan Batu Kawan hari ini diberi sumbangan "duit raya baju raya" oleh komuniti penjaga Uptown Perda Seberang Jaya.

Pemimpinnya, Nasoruddin Shah Mat berkata, majlis sumbangan yang turut dianjurkan di beberapa kawasan lain sekitar Parlimen Batu Kawan, Permatang Pauh dan Bukit Mertajam sepanjang bulan Ramadan ini adalah program ala-ala  tanggungjawab sosial korporat (CSR) kaum peniaga kecil berlesen Uptown Perda.

"Kalau kira  kuasa  membeli sepanjang bulan  Ramadan  ini, tidak sekuat tahun lepas.

"Tapi, orang  berniaga bagusnya duit ringgit tak putus di tangan walaupun tak banyak duit untuk buat majlis seperti ini.

"Kami, penjaja kecil pun percaya buat kebaikan akan di ganjaran keberkatan rezeki daripada Tuhan," jelas Nasoruddin Shah Mat di Warung Pak Ya dekat Kebun Sireh.

Penaung Komuniti Penjaja  Uptown Perda merangkap Pengerusi PasMa Pulau Pinang, Tuan Haji Zolkifly Md Lazim turut berucap pada majlis tersebut.

Hadir sama, Pengerusi PAS Cawangan Kebun Sireh,  Tuan Haji Baharin  Abdul Wahab  dan Pengerusi JKKK Kebun Sireh,  Tuan Zakaria Abdullah (Pak Ya).

Sebelum itu, Zolkifly mencadangkan pemikiran keusahawanan sebagaimana  modul  Abdul  Rahman bin Auf (ARAF) yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan rangkaian Tadika ABS turut ditetapkan dalam  silibus  PASTI setempat.

"Berniaga macam yang dilakukan oleh penjaja kecil di bawah Nasoruddin inipun sebenarnya sama macam Islam galak.

"Sebab itu, Nabi Muhammad SAW sebelum diangkat jadi Rasulullah, sejak kecil lagi ditarbiah secara tidak langsung daripada Allah, dengan pergi berniaga dengan bapa saudaranya sampai ke Syam," jelas Zolkifly yang juga bekas Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang.

Dalam  perkembangan sama, beliau mengkritik kegagalan  Pemuda PAS negeri mendaftarkan guru-guru PASTI sebagai 'guru agama kariah' di bawah JAIPP sejak 6 tahun lalu mengakibatkan mereka berkenan sekali lagi tidak mendapat bonus raya daripada Kerajaan Negeri baru-baru ini.


No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus