14 August 2015

Guan Eng umum KN sokong #HarapanBaru

KETUA Menteri (tengah) dan para tetamu lain memotong 'Kek Perpaduan', sebagai gimik mengukuhkan sokongan rakyat pelbagai kaum terhadap Kerajaan Negeri di sini, pada 9 Ogos lalu.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

SEBERANG JAYA - Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng malam tadi mengumumkan pendirian rasmi Kerajaan Negeri untuk menyokong penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) di Pulau Pinang. 

"Kita (Kerajaan Negeri) dan semua Ahli Exco sebulat suara sokong Gerakan Harapan Baru. 

"Ini adalah pendirian Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan tiada siapa akan lawan sama pendirian yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 

"Ingin saya tegaskan, sesiapa yang lawan sama pendirian Kerajaan Negeri, jangan cakap dia sebahagian daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang," kata Guan Eng pada Majlis Rumah Terbuka Bersama-Sama Ketua Menteri di SP Arena di sini. 

Menurut Guan Eng, GHB di bawah kepemimpinan Tuan Haji Mohamad Sabu sebenar demi menggembleng kesedaran rakyat terbanyak, termasuk di negeri ini, ke arah menghentikan kezaliman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tadbir urus ekonomi negara. 

Selain Mohamad, Timbalan Ketua Menteri I Dato' Mohd. Rashid Hasnon, P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II) dan Dato' Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) dan Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam merangkap pengarah penganjuran) turut berucap pada majlis yang dihadiri lebih 500 pemimpin pemimpin pelbagai peringkat. 

Turut berucap, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah (Pengerusi GHB Kelantan), Khalid Samad (wakil GHB Selangor merangkap Ahli Parlimen Shah Alam), Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa (Pengerusi GHB PulauPinang merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar), Datuk Dr. IsmailSalleh (Pengerusi GHB Kedah merangkap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Mengkudu) dan Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Gelang Patah). 

Majlis bersejarah tersebut turut menyaksikan acara memotong 'Kek Perpaduan' oleh Guan Eng dan Exco Kerajaan Negeri serta semua pemimpin utama GHB.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus