20 September 2015

Patut bai'ah cerai isteri jika ponteng sidang Parlimen, sindir AMANAH

PATUT BAI'AH CERAI ISTERI JIKA PONTENG SIDANG PARLIMEN

Bai'ah cerai angkat martabat isteri dalam perjuangan Islam, kata bekas pemimpin parti Islam terdahulu kami.

Sesetengah menganggap lafaz bai'ah sebegitu kononnya mengangkat martabat isteri di sini agama.

Segelintir lain berpendapat lafaz sebegitu seakan lebih mempertahankan kepentingan partinya, berbanding kepentingan rakyat hatta kemuliaan Islam itu sendiri - Islam Rahmat Ke Seluruh Alam.

Sindir saya begini, jika parti Islam tersebut lebih mengutamakan kepentingan rakyat terbanyak, patut lafaz bai'ah cerai talak isteri jika ponteng perbahasan di parlimen.

Ini kerana ponteng persidangan Dewan Rakyat ertinya mengabaikan kepentingan rakyat terbanyak.

Mengutamakan Islam ertinya mengutamakan kepentingan rakyat terbanyak, berbanding kepentingan parti Islam terdahulu itu.

Kalau diri sendiri rajin ponteng sidang dewan rakyat di Parlimen, jangan pula lafaz bai'ah parti Islam berkenaan demi mengutamakan keserakahan politik melampau pemimpin parti Islam terbabit semata-mata.

Sesungguhnya Islam agama kasih sayang, maka pemimpin  terbabit hatta parti Islam terdahulu elok jangan memperolok-olok kedudukan wanita atau agama Islam sendiri.

Islam memartabatkan institusi kekeluargaan atas rasa kasih sayang di antara suami, isteri dan anak-anak, bukanlah sebaliknya.

Firman Allah S.W.T:

وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِلْعَالِمِينَ

Maksud:
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." [Surah Ar-Room: 22]

Jangan keserakahan politik melampau peribadi diri sendiri sampai mahu meruntuhkan institusi kekeluargaan  umat Islam yang lain.

Kalau 'negara Islam' sekecil keluarga inipun mahu diruntuhkan atas serakah politik peribadi, bayangkan jika pemimpin melampau terbabit mentadbir negara.

"ISLAM RAHMATAN LIL 'ALAMIN"

ZAINULFAQAR YAACOB
Ketua Penerangan
Parti Amanah Negara (AMANAH)
Pulau Pinang

_______
+60194241583
zainulfaqary@gmail.com
faqar.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus