26 November 2015

Pusat pernah cadang naik siling harga rumah kos rendah, kos sederhana rendah, dedah Exco P.Pinang

JAGDEEP Singh Deo (kiri) menjawab soalan yang dibangkitkan oleh pembangkang Pulau Pinanng, daripada ADUN Pulau Betong, Sr. Mohamad Farid Saad di DUN baru-baru ini.
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata, Kerajaan Pusat pernah berhasrat menaikkan siling harga rumah kos rendah (KR) dan kos sederhana rendah (KSR), sungguhpun pihak pembangkang Pulau Pinang terus-menerus menggambarkan Kerajaan Negeri tidak lagi berminat membina unit-unit rumah berwajib yang diperlukan oleh rakyat terbanyak di negeri ini.

"Sepertimana diumumkan di Majlis Perumahan Negara yang bersidang pada 21 Ogos 21015 Siri 3 Bilangan 1, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KPKT) telah mencadangkan siling harga rumah kos rendah dinaikkan daripada RM42,000 kepada RM65,000 dan siling harga rumah kos sederhana rendah dinaikkan daripada RM72,500 kepada RM100,000.

"Ini sudah tentu akan membebankan golongan yang berpendapatan rendah, berbanding dengan pendirian Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk terus mengekalkan siling harga (rumah) kos rendah dan kos sederhana rendah pada RM42,000 dan RM75,5000," tegas Jagdeep pada sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat di sini baru-baru ini.

Jagdeep memberi respons tersebut, sebagai jawapan kepada ADUN Permatang Berangan, Omar Abdul Hamid di Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang.

Dalam perkembangan sama, Jagdeep turut mengulas mengenai tanggungjawab Kerajaan Pusat untuk menyediakan Rumah Mampu Milik (RMM) di Pulau Pinang seperti di negeri-negeri ini, berdasarkan Akta Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang digubal pada tahun 2012.

"Pulau Pinang telah dianak-tirikan dan dipinggirkan sama sekali di mana tidak ada satu unit perumahan mampu milik pun (dibina) di bawah PR1MA.

"Lebih mengejutkan ialah baru-baru ini di mesyuarat Majlis Perumahan Negeria yang diadakan pada 21 Ogos 2015 tersebut, didapati bahawa daripada 153,807 unit PR1MA yang diluluskan oleh anggota perbadanan PR1MA, ia telah diumumkan bahawa negeri Pulau Pinang mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu 24,923 unit," jelas Jagdeep lagi.

Jagdeep turut menjawab dakwaan pembangkang Pulau Pinang kononnya Kerajaan Negeri sengaja tidak meluluskan projek-projek perumahan yang cuba dimajukan oleh dua agensi persekutuan, sebelum ini.

"JKP Sdn. Bhd. dan PERDA (Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang) ini dikatakan pada asalnya hendak membina 9,444 unit rumah mampu milik di dalam projek-projeknya.

"Namun demikian, setelah disemak dan didapati daripada jumlah itu, terdapat unit (rumah) mewah yang menceceah RM1.8 juta di bahagian pulau dan yang berharga RM800,000 di bahagian Seberang Perai," jelas beliau.

Justeru, Jagdeep mempertikai pemajuan rumah mewah di atas tanah yang diperolehi melalui pengambilan tanah, untuk tujuan pemajuan perumahan awam RMM, KR dan KSR.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus