Skip to main content

Posts

Showing posts from January 21, 2015

Mengapa doktrin ancaman ada dalam al-Quran, tanya Saudara Kita

SOALAN 'SAUDARA KITA': Untuk mendidik kanak-kanak, kita seringkali menggunakan istilah tertentu untuk menakut-nakutkan kanak-kanak sehingga menjadi suatu kaedah yang diterima khalayak. Apakah Al-Quran juga menggunakan kaedah sedemikian? Untuk mengawal aktiviti manusia, tak bolehkah kita menggunakan sesuatu istilah yang lebih dilihat hikmah dek mata, tetapi, diterima secara teorikal?

JAWAPAN FAQAR*: Karektor kanak-kanak yang berbeza-beza sudah tentu memerlukan pendekatan yang lebih fleksibal dalam mendidik mereka.
Ini logik secara manusiawi, dan pendekatan hikmah sebegini ada dalam al-Quran untuk mengolah tabiat manusiawi yang pelbagai ini..
Dalam mendidik anak-anak supaya mendirikan solat fardhu umpamanya, ada kanak-kanak memadai dididik melalui perintah, nasihat, pejukan, dorongan dan sebagainya.
Ada kanak-kanak perlu pada tegasan, larangan hatta hukuman (baca: rotan didik).

a. Pendekatan perintah
"Sesungguhnya shalat itu atas orang-orang mu'minin sebagai kewajiban…