26 January 2015

Pilihan raya Kerajaan Tempatan terakhir lima tahun sebelum 13 Mei, SAMM cabar Hadi diskusi terbuka


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Pengeseran dalaman Umno untuk menjatuhkan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman merupakan salah satu faktor mencetus Tragedi 13 Mei 1969 dan bukan ekoran pilihan raya Kerajaan Tempatan di Kuala Lumpur semasa itu, respons Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menolak dakyah terbaru Presiden Pas Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi dipertikai kerana menyebarkan dakyah kononnya pilihan raya kerajaan tempatan yang mahu dilaksanakan semula di Pulau Pinang boleh mencetus tragedi 13 Mei.

Justeru, Penyelaras SAMM Melaka, Mohammad Akram Ahmad mencabar Abdul Hadi atas bersemuka atas satu pentas bagi mengekalkan mengenai perkara berbangkit tersebut.

"Faktor pergeseran dalam Umno itu sendiri yang ingin menjatuhkan Tunku Abdul Rahman.

"Pilihan raya Kerajaan Tempatan menjadi punca 13 Mei ataupun 13 Mei berlaku kerana demokrasi telah dipadamkan," ujar Muhammad Akram di laman sosial facebook tadi.

Kali terakhir pilihan raya Kerajaan Tempatan diadakan pada tahun 1964, iaitu lima tahun sebelum peristiwa perbalahan kaum 13 Mei 1969.

"Jadi, di mana logika Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam melemparkan tanggapan pilihan raya Kerajaan Tempatan akan mengulangi (tragedi) 13 Mei," tanya beliau lagi.

SAMM merupakan NGO politik yang diadakan oleh "cheGuBard" atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin.

Dua maut akibat denggi membimbangkan, kata Guan Eng

KOMUNiTi rumah flat Blok A Taman Tenggiri mengambil peluang mendapatkan informasi pri bahaya denggi di gerai pameran di sini, semalam. | Foto: arkib Buletin Mutiara.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng melahirkan rasa bimbang berhubung dua kematian akibat denggi yang dicatatkan di Pulau Pinang pada minggu pertama tahun ini.

“Selepas satu minggu memasuki tahun baru 2015, statistik demam denggi masih belum menunjukkan tanda-tanda penurunan,” ujar Guan Eng semasa merasmikan Program Gotong-Royong Perdana Membersihkan Tempat-Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes Peringkat Negeri di Blok A Taman Tenggiri di sini, semalam.

Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin dan Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Hajah Zailan Datuk Haji Adnan turut berucap pada program di bawah projek Penang Sihat tersebut.

Hadir sama, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir merangkap Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Dato' Mohd. Salleh Man dan Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Dato' Maimunah Mohd. Sharif.

(Dari kiri) Lim Hock Seng, Dr. Afif Bahardin, Ketua Menteri, Dr Zailan Adnan dan Maimunah Mohd. Sharif di gerai pameran bahaya Aedes, anjuran Jabatan Kesihatan Negeri di sini, semalam.

Menurut Guan Eng, Kerajaan Negeri akan terus memberi komitmen dalam membanteras penyakit itu.

Itu, katanya, termasuk melaksanakan operasi pemeriksaan tapak-tapak binaan, meningkatkan pelupusan sampah-sampah haram terutamanya di lokasi-lokasi kes dan wabak denggi, meningkatkan aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan seperti ceramah, hebahan awam dan nasihat individu serta, meningkatkan aktiviti penguatkuasaan ke atas mana-mana premis yang membiak nyamuk aedes.

Difahamkan, 3,141 kes demam denggi direkodkan pada tahun lepas, dengan peningkatan 200 peratus berbanding bilangan kes yang dicatatkan pada tahun 2013.

Dari angka itu, 11 kematian akibat demam denggi direkodkan pada tahun 2014, berbanding tujuh kematian pada tahun sebelumnya.

Dalam perkembangan berasingan, Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon turut merasmikan Majlis Gotong Rayong Perdana di perkarangan Jalan Tengah Selatan, Flat Hamna dan Jalan Mahsuri, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Uban.

MOHD. Rashid Hasnon (berbaju hijau) turut turun padang menjayakan program Gotong Royong Perdana di Batu Uban, semalam.

Mampukah Abdul Hadi tanggalkan jubah perkaumannya dengan nasihat Kit Siang?


Terima kasih Hadi – Lim Kit Siang

Terima kasih kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang, rakyat Malaysia kini mesti memikirkan kenapa tidak harus ada pilihan raya kerajaan tempatan di Malaysia, pada ulang tahun ke-50 pemansuhan pilihan raya kerajaan tempatan.

50 tahun lalu, pada 1 Mac 1965, perdana menteri waktu itu, Tunku Abdul Rahman menggantung pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan dengan alasan Konfrontasi Indonesia. Beliau bagaimanapun berjanji sebaik sahaja keadaan kembali aman, beliau jamin pilihan raya akan dilaksanakan.Saya pastinya tidak bersetuju dengan dakwaan Hadi yang pilihan raya kerajaan tempatan boleh membawa kepada rusuhan kaum seperti tragedi 13 Mei."

Malah, ini kali pertama sesiapa pun mendakwa kembalinya pilihan raya kerajaan tempatan boleh mengakibatkan satu lagi rusuhan kaum ala 13 Mei.

Sebab berlakunya rusuhan 13 Mei masih lagi rahsia yang disimpan ketat, dan ini sebabnya dalam ucapan pertama saya di Parlimen pada bulan Februari 1971, saya menggesa supaya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menjalankan kajian meluas tentang sebab-sebab ia tercetus.

Saya tidak bercadang untuk membincangkan punca-punca 13 Mei, tetapi ia bukanlah berpunca daripada Pilihan Raya Umum (PRU) 1969 bahkan berpunca daripada elemen-elemen tidak bertanggungjawab yang mengeksploitasi pilihan raya terbabit demi kepentingan sendiri.Justeru, satu tanggapan yang salah sekiranya sesiapa mendakwa mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan akan menyebabkan berlakunya lagi rusuhan kaum 13 Mei.

Bagaimana pun, setelah Hadi membuka jalan, saya tidak akan terkejut sekiranya alasan ini digunakan oleh pemimpin reaksionari Barisan Nasional (BN) sebagai satu lagi sebab membantah pengembalian pilihan raya kerajaan tempatan.Rakyat Malaysia sudah pun menyaksikan paparan luar biasa oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang bingkas menyokong seorang pemimpin pembangkang – dengan logik mengarutnya yang tersendiri.

Ramai yang nampaknya sudah lupa demokrasi kerajaan tempatan yang begitu bertenaga pernah wujud di negara ini pada 1950’an dan separuh pertama dekad 1960’an.

Dahulunya ada 373 pihak berkuasa tempatan dengan lebih 3,000 ahli majlis yang dipilih melalui pilihan raya sebelum pilihan raya kerajaan tempatan digantung pelaksanaannya pada 1965.

Sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja diketuai Datuk Athi Nahappan ditubuhkan untuk mengkaji mekanisma kerajaan tempatan, yang mencadangkan supaya pilihan raya kerajaan tempatan dikembalikan.Namun sebuah undang-undang diluluskan pada 1976 untuk memansuhkan pilihan raya kerajaan tempatan, dan walaupun hujah sebuah kerajaan tempatan yang lebih cekap dan bertanggungjawab dikemukakan bagi memansuhkan pilihan raya kerajaan tempatan, sebab sebenarnya ialah pemimpin BN pada waktu itu tidak yakin boleh menang dalam pilihan raya kerajaan tempatan – atau kurangnya komitmen terhadap demokrasi dan prinsip-prinsip urus tadbir yang baik.

Adalah salah juga untuk sesiapa berhujah pengembalian pilihan raya kerajaan tempatan akan memberi kelebihan kepada satu-satu kaum sahaja, dengan alasan kawasan bandar didominasi kaum Cina, dan DAP akan mendapat untung.Ini menafikan proses urbanisasi warga Melayu selama 45 tahun sejak PRU1969.

Sepertimana yang disebut oleh Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming dalam kenyataannya hari ini, komposisi etnik di kebanyakan majlis bandaran berubah secara signifikan sejak insiden 13 Mei 1969. Penghijrahan besar-besaran warga Melayu dari kawasan luar bandar ke kawasan bandar menjadikan kawasan seperti Kuala Lumpur jauh berbeza hari ini berbanding sewaktu 1969.

Menurut data bancian 2010, populasi warga Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (45.9%) melebihi populasi warga Cina (43.2%). Malah daripada 3 Dewan Bandaraya, 9 Majlis Perbandaran dan 37 Majlis Daerah di Malaysia, hanya 6 yang mempunyai populasi warga Cina yang melebihi Melayu – Ipoh, Kuching Selatan, Johor Baru Tengah, Pulau Pinang, Sibu dan Subang Jaya!Dengan kata lain, 88% daripada kawasan bandar ini mempunyai penduduk Melayu yang ramai. Malah di tempat seperti Petaling Jaya, populasi Melayu (46.2%) melebihi warga Cina (39.6%).

Saya tidak rasa Kian Ming boleh dipersalahkan apabila beliau merumuskan:“Sementara orang Melayu mungkin kurang diwakili dalam populasi pengundi di kebanyakan kawasan bandar akibat daripada profil demografi yang lebih muda, adalah salah untuk mendakwa DAP akan mendominasi pilihan raya kerajaan tempatan dengan alasan kawasan bandar didominasi warga Cina ”58 tahun selepas merdeka dan 52 tahun selepas penubuhan Malaysia, rakyat Malaysia seharusnya bergerak menjauhi politik perkauman dan mendekati politik keterangkuman, menerima kesemuanya sebagai rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, daerah, umur dan jantina.

Pilihan raya 2008 dan 2013 adalah bukti politik keterangkuman menyatukan rakyat Malaysia, berbanding politik ‘pecah dan perintah’ yang mengesampingkan, dan inilah satu sebab penting kenapa selepas 50 tahun, pilihan raya kerajaan tempatan wajar dikembalikan ke Malaysia. – 25 Januari, 2015.

* Penulis adalah ketua Parlimen DAP merangkap ahli Parlimen Gelang Patah.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Pilihan raya PBT boleh cetus 13 Mei cakap-cakap kacang hantu sebenarnya

TUAN Guru Abdul Hadi Awang disanjung hingga kini kerana keilmuannya, serta perlawanan politik beliau dengan rejim Umno pada era 1980-an dulu.

ENAKMEN Pilihan Raya Kerajaan Tempatan bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai diluluskan dalam DUN Pulau Pinang pada 10 September 2012.

Selain enakmen itu, Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang wajar mempertikai banyak lagi enakmen kalau ya atas sangkaan tanpa asas (waham) beliau kononnya "boleh mencetus tragedi 13 Mei".

Enakmen Kebebasan Maklumat diluluskan pada 25 Ogos 2011 di DUN Selangor, iaitu semasa Tan Sri Khalid Ibrahim masih menjadi menteri besar.

Pulau Pinang mengikuti langkah Selangor dengan mewartakan enakmen serupa pada 2 Februari 2012.

Tetapi, Abdul Hadi tidak mempertikai dua enakmen tersebut, atas dalih tidak kedua-dua enakmen tersebut tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR).

Semalam, ada seorang AJK PAS Pulau Pinang cuba memberikan logik yang lain, iaitu Abdul Hadi bertindak sedemikian sebagai reaksi pada sebagai reaksi pada ketegasan DAP menolak iltizam politik parti Islam berkenaan untuk merealisasikan pelaksanaan Hudud di Kelantan, sebelum ini.

Saya berkata, kenapa tidak dilaksanakan dahulu "hisbah" kerana Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor masing-masing pasca tahun 2008 lagi telah melaksanakan "hisbah".

Memang PAS yang mempopularkan sistem hisbah, tetapi, hingga kini tidak dilaksanakan di negeri Kelantan yang didominasi oleh parti Islam berkenaan sejak tahun 1990.

Mungkin kerana itu, hisbah tidak pernah dibincangkan dalam MPPR.

Pun begitu, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) ada di Selangor.

Manakala, Jawatankuasa Bebas Cekap, Akauntebel dan Telus (CAT) ada di Pulau Pinang, dengan ganjaran kepada saksi yang berjaya membongkar penyelewengan kuasa dalam Kerajaan Negeri.

Mengikut rekod, sehingga hari ini, hanya seorang sahaja yang menerima Anugerah Integriti iaitu mantan Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, YAA Datuk Yusof Musa yang berjaya membongkar penyelewengan seorang kakitangan Mahkamah Syariah melibatkan sejumlah wang RM500,000.

Kenapa Abdul Hadi tak pertikai SELCAT dan CAT sungguhpun bukan ada konsesus Pakatan Rakyat pun berhubung projek integriti tersebut.

Saya diberitahu, Kerajaan Kelantan bukan tidak mahu melaksanakan sistem hisbah, terutama pasca bencana 'bah merah' yang dikatakan membongkar aktiviti pembalakan luar biasa di negeri jolokan 'Serambi Makkah'.

Kerajaan Kelantan ada "maslahah" yang lain untuk tidak melaksanakan hisbah, antaranya, kerana untuk menyelamatkan rumah tangga mereka yang berpoligami secara senyap-senyap.

Kalau wakil rakyat di Kelantan melalui proses hisbah, maka, mereka perlu mengisytiharkan harta masing-masing, dan ini mempu mendedah amalam poligami mereka yang sebenarnya murni di sini syarak.

Dari segi yang lain, pendapatan Abdul Hadi yang menyebut Pilihan raya Kerajaan Tempatan di Pulau Pinang boleh mencetus Tragedi 13 Mei 1969 sekaligus telahpun mengalih perhatian rakyat kepada dua isu utama negara belakangan ini.

Pertama, idea penubuhan jawatankuasa siasatan aktiviti pembalakan di Kelantan pasca banjir.

Kedua, skandal hutang 1MDB berjumlah RM49.1 bilion yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketiga, skandal Altantuyaa ekoran pemburuan salah seorang suspeknya di Australia.

Bilik Operasi Kerajaan Perpaduan (UG) pun bukan tidak hebat, kerana mereka menimba pengalaman daripada gaya propaganda PAS dahulu, dan kemungkinan menerima nasihat politik Umno kini.

Kalau cakap-cakap Abdul Hadi ini ternyata menenggelam tiga isu utama seperti di atas, apa lagi yang boleh kita kata?

Pilihan raya PBT boleh cetus 13 Mei cakap-cakap kacang hantu sebenarnya.

Setuju?

Mujur DAP tak kata kepada Hadi, "pilihan raya Kerajaan Tempatan lebih mendekati maksud ijmak"


Sabda Rasulullah s.a.w:
Lau ijtama'tuma 'la misywarati ma khalaftukuma (riwayat Imam Ahmad)

Maksud:
"Kalau kamu bersepakat dalam satu perbincangan, aku tidak akan memerang pendapat kamu berdua (Abu Bakar a-Siddiq dan Umar al-Khattab)"

Syarah Dr Yusuf Al-Qardhawi:
"Ini bermakna dua suara adalah lebih kuat untuk dipilih daripada satu suara walaupun saari ditawar itu Adalah pendapat Rasulullah s.a.w selagi utas bukan sabda Rasulullah s.a.w berkaitan perundangan dan penyampaian (wahyu) daripada Allah.

"Rasulullah s.a.w juga telah mengikut pendapat majoriti dalam peperangan Uhud. Baginda s.a.w keluar bertempur dengan musyrikin di luar Madinah walaupun pendapatnya dan para Sahabat yang besar adalah Adalah pertahan di dalam Madinah dan bertempur di jalan-jalannya (dalam Madinah)." (Min Fiqhi ad-Daulati fi Al-Islami, 232)

Kenapa Hadi tak sebut terus PRU lebih berisiko cetus 13 Mei di Malaysia, berbanding pilihan raya Kerajaan Tempatan P.Pinang?


Dalih Tuan Guru Abdul Hadi Awang seperti di bawah:

"Kita tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang boleh menjadi cetusan ke arah ketidakstabilan, melebarkan jurang masyarakat desa dan bandar, dan yang paling menakutkan kita ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi ‘api dalam sekam’ untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib dianggap titik hitam dalam sejarah negara," kata Presiden Pas, Jumaat lalu.

RESPONS:
Kenyataan Abdul Hadi ini adalah suatu sangkaan.

Dalam Islam, ada tiga jenis sangkaan, iaitu:

1. Ghalabatuz dzon (sangkaan kuat)
2. Dzon (sangkaan berasas)

Dan,

3. Waham (sangkaan tanpa asas).

Hanya kategori 1 & 2 sahaja diterima dalam Islam, manakala 3 ditolak.

Pilihan raya umum menurut dakyah Hadi mungkin mempunyai risiko yang lebih untuk mencetus Tragedi 13, berbanding pilihan raya Kerajaan Tempatan yang didalih beliau.

Tetapi, tidak berlaku.

Kaum Cina Malaysia bukan faktor penentu dan tidak mahu menjadi faktor penentu sejak Pilihan Raya Umum Ke-13.

Realiti, dengan melihat bilangan pengundi Cina di Malaysia, adalah mustahil untuk pengundi Cina menjadi faktor penentu dalam PRU13.

Biar kita meneliti dengan melihat kepada nombor dan bilangan, mengapa pengundi Cina tidak boleh menjadi faktor penentu dalam pilihanraya umum ke-13?

Daripada 222 kerusi Parlimen, hanya 34 yang mempunyai komposisi pengundi kaum Cina sebagai majoriti.

Walaupun Pakatan Rakyat (PR) memperoleh kesemua undi Cina dalam kerusi-kerusi ini, ianya hanya akan memenuhi 15% kerusi parlimen.

55 kerusi Parlimen di mana pengundi Cina membentuk 30% hingga 50% bilangan pengundi.

Walaupun PR mampu memperoleh 80% undi Cina dalam kerusi-kerusi ini, ia masih memerlukan diantara 35% hingga 40% sokongan daripada komuniti yang lain untuk memenangi kerusi-kesrusi ini.

Secara keseluruhannya, ini bererti hanya ada 89 kerusi parlimen yang mempunyai pengundi Cina yang membentuk 30% jumlah keseluruhan pengundi.

Andaikata PR memenangi kesemua kerusi parlimen ini, ianya hanya akan membentuk 40% jumlah kerusi parlimen, yang jelas tidak cukup untuk mencapai bilangan majoriti kerusi parlimen.

Kenyataan Abdul Hadi seperti di atas berdasarkan

1. Ghalabatuz dzon (sangkaan kuat)
2. Dzon (sangkaan berasas)

ATAU

3. Waham (sangkaan tanpa asas)?

Erdogan, Jokowi lahir kerana rakyat tolak dakyah "pilihan raya Kerajaan Tempatan boleh cetus 13 Mei"

Pemimpin Utama Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) bergambar kenang-kenangan dengan Racep Tayib Erdogan.

Umum mengetahui, Racep Tayip Erdogan pernah dipilih sebagai Datuk Bandar Istanbul, sebelum dipilih menjadi Presiden Turki.

Begitu juga dengan Jokowi yang pernah menjadi Datuk Bandar Jakarta, sebelum dipilih menjadi Presiden Indonesia.

Justeru, akar umbi PAS mahu karismatik pemimpinnya sekuat Erdogan dan Jokowi, bukan hanyut dengan dakyah propaganda Umno kononnya "pilihan raya kerajaan tempatan di Pulau Pinang boleh cetus 13 Mei."

Islam tuntut individu paling hebat diangkat menjadi pemimpin, bukan pertahan kelemahan pemimpin yang malas untuk berubah menentang rejim.

Setuju?

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus