28 January 2015

Bicara kes Guan Eng saman fitnah NST bersambung esok

(Dari kiri) WONG Hon Wai, Lim Hock Seng, Ketua Menteri Lim Guan Eng, P. Ramasamy, R.S.N. Rayer dan N. Murali di perkarangan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dekat George Town, sejurus sesi perbicaraan kes sebelah pagi ditangguhkan. | Foto: Facebook Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Perbicaraan kes saman akhbar New Straits Times (NST) bersambung esok selepas peguam plaintif memohon untuk mengesahkan kesahihan suatu transkrip kenyataan media anak guamannya, iaitu Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Ketetapan itu dibuat oleh Pesuruhajaya Kehakiman, YA Dato' Azmi Ariffin pada perbicaraan petang tadi.

“Saya memberi masa kepada peguam plaintif untuk membuat pengesahan transkrip sidang media (Guan Eng) itu.

“Memandangkan peguam plaintif memerlukan masa untuk mengesahkan transkrip (sidang media Ketua Menteri tersebut), maka perbicaraan akan ditangguhkan ke esok pada jam 11.00 pagi,” ujar Azmi Ariffin di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini, pada sesi petang tadi.

Guan Eng dan seorang lagi plaintif, Prof. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II) diwakili oleh Dato' N. Murali dan peguam pelatih Ng Jui Shan.

Manakala, NST dan wartawannya Preedep Nambiar selaku difenden diwakili oleh Keong Wai Hong dan Cloudia Cheah Pek Lee.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng, Wong Hon Wai (Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, R.S.N. Rayer (peguam merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima), Lim Siew Khim (ADUN Sungai Pinang) dan Soon Lip Chee (ADUN Jawi) antara pemimpin negeri yang hadir mengikuti proses perbicaraan kes tersebut, pada sesi pagi tadi.

Terdahulu, NST pada 3 Disember tahun lepas menyiarkan sebuah artikel berjudul ‘Indian-interest group claims thugs interrupted meeting’, yang mengaitkan Guan Eng bersama-sama Ramasamy menghantar samseng untuk menghentikan mesyuarat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Dalam laporan NST, jurucakap Warga Prihatin Masyarakat India, N. Ganeson mendakwa sekumpulan samseng telah mengganggu mesyuarat NGO mereka.

Katanya lagi, kumpulan samseng itu mengugut mencedera dan menghalang petisyen mengenai isu tempat pembakaran mayat di Batu Lanchang daripada dihantar kepada kerajaan negeri.

Sambil menyelar kenyataan fitnah itu, Guan Eng dalam satu kenyataan media menegaskan Kerajaan Negeri tidak pernah menggunakan samseng dalam apa jua perkara.

Malah, Guan Eng bukan sahaja mendakwa laporan tersebut berniat jahat, bahkan, beliau turut menyatakan hasrat untuk menyaman NST.

Fadhil Noor gagas 'bahtera perjuangan', Hadi mungkin ada bahtera lain yang baru

Utusan seakan dah jadi lidah rasmi Umno dan UG.

Akhirnya Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri digambarkan menebok bahtera Pakatan Rakyat apabila Presiden PAS itu mengusir ahli parti yang berbeza pendapat dengannya serta mereka yang menyertai PasMa supaya meninggalkan jamaah Islam.

Ini bukan sifat Islamik. Dakwah Islam patut mengajak umat serta rakyat berpadu menentang rejim.

Itu, yang dilakukan oleh Al Marhum Datuk Fadhil Mohd Noor dengan membuka lebih luas jamaah Islam PAS kepada semua rakyat Malaysia.

Fadhil, dalam liqa' di Padang Benggali Butterworth para era Reformasi 1999ditanya, "untuk apa PAS bersama-sama arus reformasi sedangkan telah lama jamaah Islam PAS menentang toghut Umno dan rejim Mahathir sebelum ini."

Bagi mereka, ijtihad politik Fadhil Noor ini membuka tabiat organisasi hatta menggamit penyertaan profesional menyertai PAS adalah sesuatu yang menyimpang daripada tujuan jamaah Islam.

"Tujuan kita bukan setakat memimpin ahli parti saja, bahkan perlu sampai pimpin Malaysia dengan kerja buat sekarang ini," respons Fadhil Noor dalam liqa' itu.

Ini 'bahtera perjuangan' yang digagaskan oleh PAS, iaitu memimpin kebangkitan rakyat terbanyak menumbangkan Umno BN melalui proses pilihan raya.

Apabila melihat kelaku luar biasa Abdul Hadi yang seakan menjadi perkakas Umno untuk memecahkan 'bahtera perjuangan' PAS dengan Pakatan Rakyat belakangan ini, padanlah banyak pemimpin utama jamaah yang sezaman dengan Fadhil Noor pun mula buka mulut.

Hadi mungkin ada bahtera lain yang baru.

Sebab itu, penyokong Abdul Hadi seakan gigih menebok bahtera Pakatan Rakyat agar 'bahtera perjuangan' PAS pun akan karam seperti di Terengganu dan Kedah dulu.

Setuju?

Rasulullah tak perambat Abdullah bin Ubai demi pelihara imej Islam, Hadi usir PasMa?

Ini antara poster yang disebarkan dalam facebook.

Sampai kesudah Rasulullah SAW tak perambat Abdullah bin Ubai. Cukuplah dengan wahyu Allah.

Bahkan, Rasulullah SAW menyantuni keluarga lelaki berkenaan demi memulihara imej Islam sebagai agama adil.

Tetapi, ada pemimpin UG yang dilihat seakan angkuh sampai sanggup perambat keluar ahli parti yang berbeza pendapat dengannya.

Ini, perbuatan yang langsung tidak mengikuti kesederhanaan sunnah Rasulullah SAW, serta membaiki imej jamaah.

Setuju?

Hadi usir PasMa, Ustaz Abu Bakar Bakilani lepas jawatan PAS Kawasan?

PAS mungkin percaya bahawa ketegasan Presidennya Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengusir keluar akar umbi parti yang berbeza pendapat dengan pemimpin nombor satu berkenaan Islam berkenaan akan menggamit minat rakyat kepada parti masa depan itu.

Maka, anggota parti yang menyertai PasMa pun turut diusir keluar dari PAS, lapor Utusan.

Mereka yang berbeza pendapat digambarkan "menebuk bahtera" kononnya, walhal, "bahtera PAS" di bawah Abdul Hadi telahpun karam di Terengganu dan Kedah hingga kini.

Kerajaan Perak di bawah kepemimpinan "Menteri Besar PAS" Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin pun tumbang dek kedeta Umno BN.

Jangan Kerajaan PAS Kelantan pula tumbang di PRU14 kelak disebabkan kelemahan kepemimpinan Abdul Hadi.

Pun begitu, tak ada angin dan tak ada ribut, tokoh muda PAS bernama Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hassan pula dilaporkan mahu melepaskan jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Kawasan Sik.

Dalam suratnya kepada Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga Ketua Penerangan Pusat Datuk Mahfuz Omar, langsung tidak menyebut sebab-musabab peletakan jawatan, hingga menggamit perhatian banyak pihak dalam dan luar parti.

Ustaz Abu Bakar Bakilani merupakan antara tokoh agamawan penting dalam Kerajaan Pulau Pinang, khususnya Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Di atas, adalah gambar surat atas nama Ustaz Abu Bakar Bakilani yang tersebar meluas menerusi WhatsApp, sejak Subuh tadi.

Bicara kes Iszuree cabar Kerajaan P.Pinang 9.00 pagi ini

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Kes AJK PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim mencabar keputusan Kerajaan Negeri yang dianggap memecatnya sebagai Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) tahun lepas akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini, pada 9.00 pagi ini.

Kontroversi itu timbul susulan Iszuree digambarkan mendakwa "Pulau Pinang lebih mesra pemaju macam BN", lapor Malaysiakini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS merangkap Pesuruhjaya Negeri, Tuan Haji Mohamad Sabu bagaimanapun dalam reaksi spontan berkata rundingannya dengan Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng menyebabkan Iszuree tidak dipecat, sebenarnya.

Kesederhanaan mampu lenyapkan perkauman melampau, kata Guan Eng

KETUA Menteri diiringi R.S.N. Rayer serta komuniti Tamil turut menyempurnakan salah satu upacara adat sempena sambutan Hari Ponggal di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

KEBUN BUNGAH - Mesej kesederhanaan dan kebebasan akan terus disuburkan di Pulau Pinang demi mempengaruhi Putrajaya untuk bersama-sama melenyapkan fahaman perkauman melampau di negara ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian sempena majlis sambutan Hari Ponggal Peringkat Negeri ini baru-baru ini.

“Sekiranya kita semua berganding tenaga dengan berasaskan prinsip kebebasan dan kesederhanaan, sekaligus kita akan dapat melenyapkan laungan pihak-pihak yang bersikap ekstrimis dan menjamin kemakmuran serta keadilan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat,” ujar Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam.

Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon, Prof. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II) turut berucap pada majlis rasmi di perkarangan Wakaf Hindu Pulau Pinang, di sini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N. Rayer.

Menurut Guan Eng, kesederhanaan yang diamalkan oleh Kerajaan Pulau Pinang turut menyumbang pada perkembangan ekonomi negeri.

“Keamanan merupakan aspek penting yang membantu untuk menarik lebih banyak lagi pelaburan asing.

“Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa pada tahun 2008, Negeri Pulau Pinang telah menarik pelaburan sebanyak RM40 bilion untuk tempoh enam tahun di antara 2008 hingga 2013,” ujar Guan Eng.

Difahamkan, Hari Boghi dirai oleh komuniti Tamil dengan penuh adat kebudayaan pada malam menjelang Hari Ponggal, sebagai usaha membasmi pemikiran negatif serta memupuk matlamat hidup baik yang baru dalam keluarga dan masyarakat.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus