Skip to main content

Posts

Showing posts from January 29, 2015

Guan Eng seru 'Saudara se-Malaysia' kembali bincang masalah negara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOBSERI DELIMA - Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dilihat tidak pernah berputus asa dalam menentang politik kebencian, perkauman melampau serta penindasan kepada kaum minoriti, dan kali ini beliau menyeru rakyat berbilang kaum di negara ini untuk bersamanya dalam menyemarakkan semangat 'Saudara Se-Malaysia' ke arah masa depan tanah air yang lebih bermaruah.Katanya, semangat 'Saudara Se-Malaysia' ini akan mendorong tiap-tiap rakyat untuk kembali membincangkan mengenai masalah-maslaah besar negara yang didakwa berpunca oleh kepincangan dalam tadbir urus Kerajaan Pusat.Seruan itu ditujukan kepada rakyat tidak kira umat Islam dan masyarakat bukan Islam, sempena sambutan Hari Ponggal Peringkat Kampung Buah Pala.“Politik kebencian ini bertujuan untuk mengelak (tiap-tiap rakyat) daripada membincangkan masalah-masalah yang lebih nyata, seperti skandal 1MDB (1Malaysian Development Berhad) atau aliran keluar wang haram yang mencecah RM1.4 trilion anta…

NST tiada 'tanggungjawab kolektif' seperti Malaysiakini, kata Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN – Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mengaku bahawa New Straits Times tidak mengamalkan 'tanggungjawab kolektif' kerana menyiarkan berita yang bertarikh 3 Disember tahun lepas tersebut, berdasarkan aduan sebelah pihak sahaja.

Guan Eng selaku plaintif pertama berkata, portal berita Malaysiakini.com umpamanya dilihat lebih adil dalam melaporkan insiden samseng mengganggu menyuarat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut, kerana turut memetik maklum balas daripada Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy.
“Artikel ini (Indian-interest group claims thugs interrupted meeting) berbeza, kerana Malaysiakini turut memasukkan dua perkara besar, bukan seperti laporan berita NST.
“Pertama, dimasukkan perkataan 'allegedly' (didakwa) yang tidak ditulis dalam laporan NST. Kedua, Yang Arif, adalah mereka (NST) tidak terlebih dahulu mendapatkan maklum balas daripada Prof. Ramasamy, seperti dilakukan oleh Malaysiakini.
“Ini, 'tang…

Kerabat Raja Perlis asas sekolah bina tempat lebih awal di Al-Azhar, kata Zolkifly Md Lazim

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PERMATANG PAUH - Amalan federalisme yang memusatkan kuasa secara berlebihan di Putrajaya sedikit banyaknya turut mengakibatkan tiada kebebasan untuk sekolah rendah dan menengah termasuk di Pulau Pinang untuk bergerak dengan lebih dinamik.

Realiti ini mendorong Zolkifly Md Lazim bersama-sama pasukan korporatnya di bawah pimpinan kerabat Raja Perlis, Y.M. Syed Mohd. Shahlul Syed Mohd. Aziz Jamalullail sejak tiga tahun lepas menubuhkan Akademi Huffaz Asy-Syariff peringkat sekolah rendah dan menengah, dengan menggunakan silibus pendidikan Universiti Al-Azhar di Nour City Egypt, Mesir.

"Ini projek generasi di mana kita berusaha menyediakan tempat lebih awal untuk anak-anak kita yang berbakat, termasuk dari Pulau Pinang di Universiti Al-Azhar," ujar Zolkifly yang juga Ahli Lembaga Pengarah akademi tersebut di sini, semalam.

Menurut beliau, Y.M. Syed Mohd. Shahlul sendiri sedang berusaha mencari dana kebajikan untuk membeli sebuah bangun baru di negara berk…