Skip to main content

Posts

Showing posts from January 30, 2015

660 murid terpilih terima sumbangan pendidikan MP Bagan

KETUA Menteri menyantuni seorang murid, sambil perhati oleh Phee Boon Poh di sini baru-baru ini.
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BAGAN JERMAL - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menyeru ibu bapa supaya terus memberi didikan kepada anak-anak untuk memburu kejayaan dalam akademik di sekolah.
Katanya, kecemerlangan akademik merupakan salah satu jalan untuk anak-anak ini mengubah masa depan keluarga agar lebih selesa kelak.
“Pada hari ini, 30 pelajar dipilih daripada tiap-tiap sekolah, 660 murid-murid keseluruhannya akan menerima sumbangan RM100 seorang, yang keseluruhan peruntukan RM66,000 pada tahun ini.
“Berapa banyak pun duit yang kita ada tentu akan habis kerana kos sara hidup sekarang begitu tinggi dan tidak lama lagi semua kita akan terbeban dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
“Tetapi, dengan ketekunan kita untuk memastikan kecemerlangan akademik anak-anak kita ini, kita boleh menyimpan keyakinan bahawa kejayaan mereka dalam alam kerjaya suatu hari nanti akan mampu m…

Pos Malaysia kenakan caj tambahan 90 sen, bukan PBAPP – Jaseni Maidinsa

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Ir Jaseni Maidinsa berkata, bil air yang dibayar di sembilan kaunter Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) tetap tidak akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 90 sen, sebagaimana di Pejabat POS Malaysia kini.
“PBAPP ingin menegaskan bahawa pembayaran caj (tambahan) RM0.90 sen ini dikenakan oleh Pos untuk kutipan bil air. 
“PBAPP tidak mendapat apa-apa daripada bayaran RM0.90 (yang ditetapkan) Pos Malaysia,” ujar Jaseni pada sidang media di sini baru-baru ini.
Untuk mengelak caj perkhidmatan yang dikenakan Pos Malaysia, katanya, proses pembayaran boleh dilakukan di sembilan kaunter PBAPP, iaitu di Komtar, Balik Pulau, Bayan Baru, Bukit Mertajam, Jawi, Kepala Batas, Kompleks Perai dekat Fasa 4 Kawasan Perindustrian Perai, Rifle Range dan Taman Selat dekat Bagan.
Malah, katanya lagi, proses pembayaran bil air di kesemua pusat pungutan terpilih Tenaga Nasional Berhad (TNB), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)…