Skip to main content

Posts

Showing posts from February 2, 2015

Sembunyikan keIslaman jika Saudara Baru tak mampu depani keluarganya, kata myIKUT

SOALAN 'SAUDARA KITA': Sebenarnya saya mewarnakan rambut untuk menyempunyikan keIslamanan saya daripada keluarga saya yang masih beragama Hindu, tetapi terus diperikai oleh kekasih saya serta keluarganya. Apa yang patut saya lakukan?

JAWAPAN: Sesugguhnya Islam agama yang mudah dan tidak akan membebani penganutnya melainka apa yang mampu ditanggung.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...” [Surah Al-Baqarah: 256]
Amar bin Yasser R.A. pernah mengaku kafir untuk menyelamatkan nyawanya, hingga diturunkan firman Allah S.A.W. yang bermaksud:
“Barang siapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa)...” [Surah An-Nahl: 106]

SEMBUNYI KEIMANAN Rasulullah S.A.W sendiri pernah mengadakan solat ghaib secara sendirian selepas mengumumkan mengenai kematian Raja Najasyi.
Walhal, Raja Najasyi…

Selepas Felixia Yeap, model cantik Eva pula lafaz syahadah menerusi telefon, kata myIKUT

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Kepintaran teknologi telekomunikasi yang dikejar-kejar acapkali digambarkan akan membawa tamadun manusiawi ke lembah kebinasaan.
Pengerusi IKUT Mewakili Suara 10,000 Reverts Pulau Pinang (myIKUT), Azley Stanley berkata, beliau baru-baru ini berjaya memujuk seorang jelitawan melafazkan dua kalimah syahadah (syahadatain) selepas berinteraksi dakwah melalui telefon pintar.
“Sebenarnya saudara baru kita ini sudah mempunyai minat untuk mengenai keindahan Islam, tetapi, ada beberapa masalah membelenggu perasaannya.
“Apabila saya menyusun semula cara berfikir beliau mengenai masalah-masalah yang dikongsikan itu, saya tidak sangka bahawa beliau ingin melafazkan syahadatain.
“Tanpa lengah, proses melafaz dua kalimah syahadah dilakukan melalui telefon, dan Saya sebak dan terharu kerana mudahnya hidayah Allah memujuk hati hambanya,” jelas Azley menerusi telefon.
Dua hari kemudian, Azley Stanley bersama-sama Penaung myIKUT, Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim dan S…

Misi Chong Eng ke Kelantan bawa Al-Quran, kelengkapan sekolah

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN – Al-Quran, naskah Surah Yaasin, telekong solat, sajadah dan kelengkapan sekolah antara yang barang keperluan pasca bencana yang dibawa dalam misi kemanusiaan Kelab Kebajian Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (BKMSNPP), kendalian Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng di sini baru-baru ini.
Chong Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang berkata, insiatif membabitkan lebih 50 sukarelawan BKMSNPP itu dianjurkan atas semangat federalisme Pulau Pinang dan Kelantan.
“Kita (Pulau Pinang) boleh merasai kesusahan yang dialami di Kelantan selepas bencana banjir ini kerana kita pun turut diuji dengan bencana ribut kencang di (Kawasan Parlimen) Balik Pulau baru-baru ini.
“Kumpulan ini akan membawa peralatan pembersihan rumah, dapur gas, alatan memasak, beg sekolah, sajadah, telekong solat, al-Quran, buku Yaasin, alat tulis, wang tunai dan makanan untuk diedar ke sana,” katanya pada sidang media di sin…