07 February 2015

Dokumen PR1MA hilang mungkin dalih Pusat, respons Jagdeep

JAGDEEP Singh Deo (kiri) dan Chow Kon Yeow mendedahkan dokumen berwajib mengenai tiga projek PR1MA membina 12,074 yang didakwa telah hilang daripada simpanan Kerajaan Pusat, pada sidang media di sini baru-baru ini. | Foto: Arkib Buletin Mutiara

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF & ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Kehilangan dokumen berwajib berhubung tiga projek pemajuan di bawah Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) untuk membina 12,074 unit rumah mampu milik di Pulau Pinang kemungkinan hanya dalih untuk menutup kelemahan Kerajaan Pusat dalam memenuhi keperluan rakyat di negeri ini semata-mata.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo bagaimanapun berkata, pihaknya akan mengutus surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato’ Seri Shahidan Kasim untuk menuntut penjelasan berwajib mengenali perkara berbangkit tersebut.

“Pengumuman semata-mata tak beri makna, sebaliknya, Kerajaan Persekutuan perlu tunjuk kesungguhan membina perumahan mampu milik serta-merta dengan kemukakan pelan sebenar, sama seperti yang dilakukan oleh sektor swasta di sini. 

“Dokumen yang didakwa terdapat 12,074 unit daripada tiga projek PR1MA telah hilang.

“Ini, mengesahkan teori saya bahawa tidak ada rancangan konkrit untuk membina perumahan mampu milik di Pulau Pinang,” tegas Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat kepada wartawan di sini baru-baru ini.

ADUN Padang Kota merangkap Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow turut sertai sidang media tersebut.

Tegas Jagdeep lagi, Kerajaan Pusat digesa lebih jujur serta konsistan dalam rancangan memajukan rumah mampu milik di negeri ini, bukannya sekadar membuat beberapa kenyataan umum yang menyelirukan semua pihak, termasuk Kerajaan Negeri.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif PRIMA, Dato' Mutalib Alias pada tahun 2012 dilaporkan mengumumkan rancangan pembinaan projek PR1MA di bahagian pulau dan tanah besar Seberang Perai. 

Kenyataannya itu disusuli oleh pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), cadangan pemajuan 9,999 unit rumah mampu milik di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Air Itam.

Pelbagai spekulasi dan pengumuman dibuat sejurus selepas itu, hingga pada Mesyuarat terakhir Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan pada 26 Januari lalu, yang turut dihadiri oleh Kon Yeow. 

Mengulas mengenai tindak-tanduk Kerajaan Pusat, Jagdeep mendedahkan bahawa suatu dokumen yang dibekalkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) jelas menyatakan sebanyak 12,074 perumahan merangkumi tiga projek PR1MA, kononnya sedang menunggu kelulusan Kerajaan Negeri.

Tidak cukup dengan itu, Kerajaan Pusat baru-baru ini dilihat seakan berdalih lagi, kononnya dokumen-dokumen berwajib tersebut telah hilang daripada simpanan mereka pula apabila kian didesak memberi penjelasan berbangkit kepada Kerajaan Negeri. 

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus