Skip to main content

Posts

Showing posts from February 9, 2015

ESTEEM “serampang tiga mata” kembang bakat sumber manusia, kata Guan Eng

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF & ZAINULFAQAR YAACOB
SUNGAI PINANG – Langkah Kerajaan Negeri melaksanakan penerapan Sains, Teknologi Kejuruteraan, Bahasa Inggeris dan Matematik (ESTEEM) dalam sistem pendidikan terpilih di negeri ini adalah “serampang tiga mata” demi mengembangkan bakat sumber manusia Pulau Pinang.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, langkah itu perlu demi memastikan sumber manusia di negeri ini benar-benar boleh memenuhi permintaan pasaran ekonomi global yang kian berubah-ubah serta mencabar pada masa depan.
“Kita tidak mempunyai sumber asli, tetapi, hanya sumber manusia.
“Justeru, perlu dipastikan sistem pendidikan ini mempunyai apa yang diperlukan dalam menghadapi cabaran global dan perubahan permintaan pasaran kini.
“Kita (Kerajaan Negeri) menyediakan pembiayaan tahunan kepada semua sekolah-sekolah vernakular dan separuh agama.
“Kedua, penubuhan Pusat Pembelajaran yang mengguna pakai konsep STEM (Pengajaran Sains, Teknologi, Bahasa Inggeris dan Matematik).

Guan Eng tubuh PSSCC kukuhkan kerjasama pelaburan babit tiga pihak

Oleh: WATAWAN NATAF ZULKIFLI & ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - PSSCC atau Majlis Perkongsian Perkhidmatan SSO dan CMC Pulau Pinang yang dianggotai oleh wakil Kerajaan Negeri, Kerajaan Pusat dan penggerak-penggerak industri global diharap terus mengembangkan lagi potensi Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan strategik di negeri ini.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian pada Mesyuarat Pelancaran Perkhidmatan Penyumberan Luar (SSO) dan Industri Kreatif & Multimedia (CMC) di sebuah hotel terkenal di sini baru-baru ini.
“PSSCC ini akan dipengerusikan sendiri oleh Ketua Menteri.
“Usaha kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan, termasuk Pihak Berkuasa Persekutuan dan wakil industri melalui penubuhan Majlis Perkongsian Perkhidmatan SSO dan CMC Pulau Pinang ini dijangka mengukuhkan lagi hubungan serta sokongan antara kerajaan dan peserta industri serta menyokong program negeri, demi rakyat,” jelas Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah,…

Exco Belia sumbang MBHNPP RM4,000 sempena Thaipusam

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI & G. REVATIC
GEORGE TOWN – RM4,000 disumbangkan kepada Majlis Belia Hindu Negeri Pulau Pinang (MBHNPP) untuk kerja-kerja menyediakan serta mengagih makanan di khemah-khemah badan berkenaan di sepanjang Jalan Kebun Bungah, sempena berlangsungnya perayaan Thaipusam di sini baru-baru ini.
Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng berkata, sumbangan Kerajaan Negeri itu untuk menyediakan nasi jenis 'vegeterian' (sayur-sayuran) kepada 2,000 pengunjung mulai jam 6.30 petang pada hari tersebut diharap dapat mengurangkan beban pengunjung yang hadir.
Katanya lagi, Kerajaan Negeri senantiasa mengamalkan keterbukaan dengan semua kaum atas semangat memajukan potensi belia di negeri ini.
“Kerajaan Negeri melalui bidang tugasan saya (belia) mempelawa MBHNPP untuk turut serta dalam apa-apa program seperti sukan, riadah dan sebagainya dalam mengeratkan hubungan serta pembangunan komuniti.
“Selain itu, Kerajaan Negeri sememangnya…

'Car Free Morning' mulai April perlu respons awam, kata YDP MPSP

Oleh :WATAWA NATAF ZULKIFLI
SEBERANG JAYA – Kerajaan Negeri terus gigih berusaha melaksanakan polisi hijau di Pulau Pinang, dan terbaru Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan menganjurkan program Car Free Morning di Jalan Todak 2 serta Jalan Todak 3 berhadapan pusat membeli belah Sunway Carnival Mall di sini mulai bulan April depan.
Yang di-Pertua MPSP, Dato' Maimunah Mohd. Sharif berkata, program Sepagi Tanpa Kereta itu sebenarnya adalah projek perintis, untuk mendapat respons orang ramai.
“Ianya akan dimulakan seawal 6:00 pagi, hari Ahad dan untuk permulaan kita akan adakan Car Free Morning ini hanya satu bulan sekali pada minggu pertama bulan berkenaan,” jelas Maimunah kepada wartawan, sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Yang Ke -1/2015 (487) di Kompleks Ibupejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini baru-baru ini.
Menurut beliau, MPSP boleh mendapatkan maklum balas awam sebanyak mungkin sepanjang tempoh tiga bulan pelaksanaan polisi hijau tersebut.
“Orang r…

MPSP permudah syarat pembesaran premis

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI
SEBERANG JAYA – Pembesaran kilang di bawah 1,000 kaki persegi serta binaan tambahan bagi premis jenis kedai dan rumah di bawah 500 kaki persegi sahaja tidak perlu lagi memohon pelan kebenaran merancang daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
Yang di-Pertua MPSP, Dato' Maimunah Mohd. Sharif bagaimanapun berkata, langkah itu demi memudahkan pelanggan, khususnya warga Seberang Perai. 
Bagaimanapun, katanya lagi, projek pembesaran premis mestilah berpandukan syarat-syarat yang telahpun ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan.
“Tidak perlu memohon kebenaran merancang lagi, cuma mereka hanya mengemukakan pelan bangunan.
“Namun syaratnya bangunan asal mestilah sebuah premis yang sah dan bukannya tidak sah. 
“Jikalau bangunan asal pun tidak sah, bagaimana MPSP hendak meluluskan penambahan baru,” ujar Maimunah kepada wartawan, selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Bilangan 1/2015 Kali Ke-487) di Kompleks Ibupejabat MPSP…

'Bike Wash' percuma di Bukit Bendera hargai penunggang basikal - Zairil

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF & ZAINULFAQAR YAACOB
KEBUN BUNGA- Demi menjadikan basikal sebagai mod pengangkutan di Pulau Pinang, Zairil Khir Johari menyediakan perkhidmatan Bike Wash secara percuma di Botanic Garden Pavilion dalam Kawasan Parlimen Bukit Bendera yang diwakilinya, kini.
Daripada tinjauan yang dibuat sebelum ini, Zairil berkata, lebih 50 penunggang yang menggunakan trek berbukit di sini pada tiap-tiap minggu bolehlah mengambil kesempatan membersihkan basikal masing-masing secara percuma di Bike Wash tersebut.
“Ini adalah inisiatif permulaan yang baik, para penunggang yang melalui trek berlumpur dapat menggunakan kemudahan mencuci basikal di sini
“Kemudahan basikal perlu cukup untuk membolehkan orang ramai menggunakan basikal sebagai mod pengangkutan,” ujar Zairil pada Majlis Pelancaran Bike Wash di sini baru-baru ini.
Menurut Zairil, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada bulan Mei depan dijadualkan melancarkan projek perkongsian basikal, den…

350 rebut kejuaraan Halal Chefs Challenge 2015

BAKAT MASAKAN..... Kira-kira 350 peserta dari segenap pelusuk negara menyertai musim kedua acara Halal Cgefs Challenge 2015, sempena penganjuran Ekspo dan Persidangan Halal Antarabangsa 2015 bertempat di Subterranean Penang International Conference & Exhibition Centre (SPICE) baru-baru ini di sini.
Menariknya, chef berpengalaman dan pelajar bidang kulinari masing-masing kelihatan gigih membuktikan bakat masakan demi merebut kejuaraan dalam 19 kategori yang dipertandingkan.
Saingan kali ini diadili oleh juri-juri profesional daripada Malaysia, Thailand, Indonesia dan Singapura untuk memilih penerima anugerah Anugerah Chef Masakan Moden, Anugerah Chef Masakan Melayu, Anugerah Chef Artis Halal dan Anugerah Chef Pastry Halal.
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari menyumbang hadiah kepada para pemenang, berupa wang tunai RM1,000, trofi dan sijil penyertaan.

PBT turut hadapi kesan berantai GST Pusat, kata Guan Eng

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI & ZAINULFAQAR YAACOB
BAGAN DALAM - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini dijangka turut berdepan dengan kesan berantai jika Kerajaan Pusat masih berdegil untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April depan.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, kadar 6 peratus GST sepatutnya tidak dikenakan ke atas Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kerana kedua-dua operasi PBT itu bukanlah berorientasikan perniagaan atau keuntungan.
Justeru, beliau berkata, kenaikkan kos operasi PBT yang hakikatnya berpunca oleh pelaksanaan GST nanti akhirnya terpaksa ditanggung oleh rakyat terbanyak di negeri ini juga.
“PBT bukanlah organisasi perniagaan, namun, kita 'dipaksa' mengutip cukai dan bayar kepada pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM).
“MPSP secara kasar membelanjakan lebih RM1.76 juta apabila menjelangnya GST, tetapi, itu tidak termasuk kos perkhidmatan dan pengurusan.
“Jika dit…