Skip to main content

Posts

Showing posts from February 10, 2015

Rakyat nilai kemampuan kerajaan, bukan retorik pemimpin, kata Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BAGAN JERMAL - Agenda pembangunan infrastuktur yang dikehendaki rakyat di Pulau Pinang mesti mampu direalisasikan secara berperingkat, supaya Kerajaan Negeri hari ini tidak dilihat sebagai 'retorik' semata-mata semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.
Justeru, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menggesa pemimpin Kerajaan Negeri di semua peringkat supaya menggandakan usaha demi memastikan mutu hidup rakyat terbanyak di negeri ini kian selesa.
“Kalau tak buat kerja dan hanya retorik kosong, akhirnya rakyat bukan sahaja boleh lihat dengan mata sendiri, malah akan tolak satu-satu kerjaaan yang tak mampu memerintah itu.
“Ini kerana, rakyat akan membuat keputusan (mengundi) berdasarkan kerja yang dibuat,” tegas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan kepada wartawan, selepas meninjau kawasan cadangan pemajuan berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kwong Hwa di sini baru-baru ini.
Hadir sama, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti merangkap A…

Dalang provakasi ditangkap, KM puji Masjid Telaga Air

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BAGAN JERMAL - Kejayaan ahli kariah menangkap dalang yang membaling bungkusan berisi daging babi ke dalam Masjid Tegala Air dekat Butterworth mendapat pujian Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di sini baru-baru ini.


“Kerajaan Negeri Pulau Pinang memuji jemaah Masjld Telaga Air di Butterworth atas kejayaan mereka memberkas seorang lelaki.
“Kerajaan Negeri mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan jenayah yang tidak bertamadun itu,” tegas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.
Insiden itu, menurut beliau, mengingatkan warga Pulau Pinang terhadap tiga kes serangan berunsur provokasi ke atas rumah ibadat bukan Islam di negeri ini dahulu.
“Dua kejadian awal telah berlaku di Wat Buddha Siam di Tanah Liat, bukit Mertajam dan di Kuil Hindu Kaliamman di Pokok Machang, Tasek Gelugor.
“Kedua-dua serangan itu berpunca daripada lelaki yang turut dipercayai mengalami masalah mental, di mana dia telahpun ditangkap oleh polis,” jelas Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & P…