Skip to main content

Posts

Showing posts from February 11, 2015

Rakyat paling untung, respons dua YB P.Pinang isu pilihan raya Kerajaan Tempatan

ENAKMEN Pilihan Raya Kerajaan Tempatan bagi mengadakan pilihan raya ahli majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 2012 mendapat reaksi mencemaskan banyak pihak.
Pemimpin tertentu Pembangkang Pulau Pinang seakan menyemarakkan semula dakyah kononnya langkah mengadakan semula pilihan raya peringkat Kerajaan Tempatan hanya akan mencetuskan peristiwa perbalahan kaum 13 Mei 1969.
Walhal, pilihan raya Kerajaan Tempatan kali terakhir diadakan adalah pada tahun 1964, iaitu kira-kira lima tahun sebelum tercetusnya 'tradegi hitam' 13 Mei.
Malah, dikatakan, iltizam demokratik untuk mengadakan semula pilihan raya Kerajaan Tempatan di negeri ini dikatakan bukanlah konsesus bersama ketiga-tiga parti yang menunjangi penubuhan Kerajaan Negeri sejak Mac 2008 hingga kini.
Fotojurnalis ZAINULFAQAR YAACOB cuba mendapatkan respons lanjut mengenai isu berbangkit ini daripada Exco …

Anwar MP sekurang-kurangnya 14 hari jika tiada petisyen ampun kepada Agong, kata Guan Eng

ANWAR KEBANGGAAN PULAU PINANG" Anwar MP sekurang-kurangnya 14 hari jika tiada petisyen ampun kepada Agong, kata Guan Eng "Oleh: ZAINULFAQAR YAACOBGEORGE TOWN - Anak jadi Pulau Pinang bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap dikenang sebagai wira demokrasi dalam sejarah moden Malaysia, walaupun dihukum penjara selama lima tahun baru-baru ini atas suatu tuduhan yang beliau sendiri mengaku sebagai konspirasi dan fitnah.Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Anwar sekurang-kurangnya masih mempunyai kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam tempoh 14 hari mulai tarikh hukuman jika beliau tidak mengfailkan petisyen pengampunan kepada Agong, sebagaimana dirujuk pada Perlembagaan Persekutuan.Atas kelayakan itu, katanya, Anwar wajar terus dilihat sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, sekaligus mengetuai Pakatan Rakyat."Kerajaan Negeri ingin menyampaikan rasa simpati ke atas ahli keluarganya yang terpaksa menghadapi cabaran, khususnya isteri (Datuk …