Skip to main content

Posts

Showing posts from February 27, 2015

Guan Eng harap Tahun Kambing Kayu gagahkan ekonomi negeri

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PERMATANG PASIR - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, sambutan Tahun Baru Cina dengan kedatangan Tahun Kambing Kayu pada kali ini diharap akan terus memakmurkan ekonomi negeri.
Beliau berkata demikian pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Bersama-Sama Komuniti Samagagah di sini, malam tadi.
"Tahun Kambing Kayu ini membawa maksud yang sangat penting, iaitu semangat keadilan dan kesejahteraan untuk semua kita.
"Nama tempat ini pun Samagagah, maka rakyat dan Kerajaan Negeri akan kita gagahi untuk memajukan ekonomi negeri negeri ini, dengan kita memberi tumpuan yang lebih untuk meningkatkan mutu pendidikan generasi akan datang," ujar Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam dalam ucapannya.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan memberitahu rekod Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) mendedahkan, pelaburan Pulau Pinang direkodka…