28 February 2015

At-Takiri patut rajin berfikir...


Saya pun ada terbaca pendapat Datuk Dr Khairuddin Aman Razali At-Takiri berkata, Presiden PAS mesti fuqaha', faqih dan mujtahid.

Seolah-olah pengganti Presiden PAS mesti ulamak juga, jika Tuan Guru Abdul Hadi Awang diangkat menjadi Mursyidul Am PAS yang baru.

Pertama, doktrin at-Takiri itu bertentangan dengan perlembagaan PAS.

Kedua, kalau ulamak saja yang patut jadi pemimpin, Ibnu Abbas & Abu Hurairah r.a.huma lebih layak (afdhol) diangkat menjadi pemimpin, berbanding Khalifah Abu Bakar r.a. dll.

Ini kerana, Ibnu Abbas & Abu Hurairah r.a.huma masing-masing jauh lebih 'alim dalam menafsir Al Quran dan periwayatan hadith.

Melihat doktrin At-Takiri ini, mengingatkan saya pada suatu sindiran Tun Dr Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kata Tun Mahathir, "kalau orang macam Pak Lah pun boleh terjadi PM, maknanya sesiapa pun boleh jadi PM."

Jangan esok lusa ada orang kata, "orang macam At-Takiri pun boleh jadi ulama, maknanya sesiapa pun boleh jadi ulamak."

Satu lagi soalan saya nak tanya, boleh Datuk Seri Najib Razak yang bukan ulamak kekal lagi Perdana Menteri mendahului Abdul Hadi, jika jadi PAS diheret bergabung dengan Umno atas nama 'Kerajaan Perpaduan' nanti?

Amacam?

Zainulfaqar Yaacob
Timbalan Pengerusi II
PasMa Pulau Pinang

Pmtg. Pauh | 28 Feb. 2015 | 18:30

+60194241583
faqar.blogspot.com

Jangan hukum guna sejarah macam Syiah, wahai Fadhli Ghani

Fadhli Ghani dari PAS kata tawar jawatan lebih tinggi adalah teknik golongan sosialis sekular melemahkan perjuangan Islam.

Fadhil Ghani seakan tak selesa dengan Yang di-Pertua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin yang mencadangkan Tuan GuruAbdul Hadi Awang ke kerusi Mursyidul Am PAS.

Tak salah mengambil sejarah sebagai pengajaran ('ibrah), tetapi jangan hukum orang Islam lain guna sumber sejarah macam dalam tradisi Syiah.

Dari segi lain, perjuangan kelas salah satu identiti sosialisme, yang mirip pada satu ayat al-Quran yang bermaksud:

"Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya)." [Surah Al-Qasas: 5]

Esok lusa, jangan sampai orang tanya Fadhli Ghani balik, sosialisme yang digambarkan sekular itu rupa-rupanya mempunyai unsur persamaan dengan maksud al-Quran.

Amacam?

Zainulfaqar Yaacob
Timbalan Pengerusi II
PasMa Pulau Pinang

Pmtg. Pauh | 28 Feb. 2015 |  15:03

+60194241583
faqar.blogspot.com

Pelaburan ke P.Pinang ke-3 tertinggi, naik 109 peratus, kata Guan Eng

(Dari kiri) LOO Lee Lian, P. Ramasamy, Lim Guan Eng, Mohd. Rashid Hasnon, Chow Kon Yeow, Wong Hon Wai dan Yap Soo Huey pada sidang media di Komtar dekat George Town, semalam.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Projek pelaburan ke Pulau Pinang yang diluluskan Kerajaan Negeri bagi tahun 2014 dicatatkan ketiga tertinggi di belakang Johor dan Sarawak, lapor Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) baru-baru ini. 

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng semasa mengulas mengenai pencapaian tersebut berkata, Kerajaan Negeri melalui agensinya InvestPenang akan terus mengembangkan lagi potensi pelaburan negeri demi menggamit lebih ramai pelabur kelak. 

"Tahun 2013 kita (Pulau Pinang) di tangga ke empat, dan naik tangga ketiga pada tahun 2014, dengan 109 peratus pertambahan jumlah pelaburan berbanding 2013. 

"Tahniah atas pencapaian ini...ini bukan main-main, tetapi industri pelaburan yang menekankan nilai tambah, berteknologi tinggi dan berasaskan ilmu kepakaran," jelas Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam. 

Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon, Prof. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II), Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir) Wong Hon Wai (Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri merangkap ADUN Air Itam) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Yap Soo Huey turut menyertai sidang media di sini, semalam. 

Ekoran itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan merakamkan penghargaan kepada para wakil industri berwajib serta agensi persekutuan MIDA yang bekerja keras bersama-sama Pengurus Besar InvestPenang, Loo Lee Lian memajukan potensi sektor pelaburan negeri. 

MIDA merekodkan keseluruhan pelaburan di Pulau Pinang berjumlah RM8.2 bilion (RM8,162,372,366), iaitu RM3,048,778,075 daripada pelabur domestik dan baki RM5,113,594,291 daripada pelabur asing. 

Jumlah keseluruhan pelaburan ke Pulau Pinang bagi tahun 2013 pula berjumlah RM3.9 bilion (RM3,912,256,265), iaitu RM2,117,861,775 daripada pelaburan domestik dan baki RM1,794,394,490 daripada pelaburan asing. 

Berasaskan rekod dwi tahunan itu, sekaligus menunjukkan pelaburan ke Pulau Pinang bagi tahun 2014 meningkat kira-kira 109 peratus berbanding tahun 2013. 

Laporan MIDA mendedahkan pelaburan masuk ke negeri paling tinggi bagi tahun 2014 adalah Johor yang berjumlah RM21.2 bilion, diikuti Sarawak (RM9.6 bilion), Pulau Pinang (RM8.2 bilion), Selangor (RM7 bilion), Kedah (RM5.3 bilion), Pahang (RM5.2 bilion), Melaka (RM4.5 bilion), Negeri Sembilan (RM3.1 bilion), Sabah (RM2.9 bilion), Perak (RM1.7 bilion), Terengganu (RM1.6 bilion), Kelantan (RM1.2 bilion), Perlis (RM212,908,237), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM49,044,878) dan Wilayah Persekutuan Labuan (RM33,081,891). 

Keseluruhan pelaburan negeri-negeri bagi tahun 2014 berjumlah RM71.9 bilion (RM71,852,673,536), iaitu RM32,259,962,083 daripada pelabur domestik dan baki RM39,592,711,453 daripada pelabur asing. 

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus