Skip to main content

Posts

Showing posts from March 6, 2015

Sabar dua ahli kariah dipuji, Guan Eng beri ganjaran

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BAGAN DALAM - Dua anak kariah yang berjaya menangkap dalang membaling bungkusan daging babi ke kawasan Masjid Jamek Telaga Air dekat kawasan Parlimen Bagan baru-baru ini, diberi ganjaran daripada Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.
Dua anak kariah berkenaan, Muhamad Nazri Hashim, 44 dan Muhd. Hasmadi Ahmad Tuah, 24,
"Cara ahli kariah ini menangani masalah ini dengan penuh sensitiviti dan penuh kesabaran, saya rasa, itulah ajaran Islam yang sebenar.
“Inilah ajaran Islam, iaitu sebagai agama yang mengajar aman damai, dan bukanlah tindakan provokasi seperti yang dipaparkan oleh pihak-pihak tertentu," ujar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.
Pada sidang media itu, Guan Eng turut mengummkan peruntukan sebanyak RM54,000 untuk tujuan pemasangan aksesori keselamatan seperti pagar dan lain-lain, sebagaimana dimohon oleh jawatankuasa kariah tersebut.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti merangkap ADUN Bagan Jermal, Lim Hock Seng, Phee Boon Poh (E…

Guan Eng umum pemandu teksi pertama, kedua layak terima RM300

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI & ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, pemandu pertama dan kedua bagi tiap-tiap teksi layak menerima RM300 insentif perkhidmatan daripada Kerajaan Negeri, pada kali ini.
Katanya, amalan terdahulu adalah hanya satu pemandu untuk sebuah teksi layak menerima insentif dan penambahbaikan pada program kebajikan rakyat ini sekaligus menyerlahkan komitmen Kerajaan Negeri dalam mengambil berat mengenai keperluan serta kesusahan rakyat.
"Kerajaan Negeri telah memutuskan insentif akan diberikan kepada pemandu pertama dan kedua setiap teksi.
"Ini, jelas menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri yang bersifat 'people centric'," ujar Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih di Dewan Masyarakat Penyayang di sini baru-baru ini.
Guan Eng berkata demikian pada Majlis Pemberian Insentif Perkhidmatan Kepada Pemandu Teksi Bajet, Teksi Lapangan Terbang, Teksi Eksekutif, Teksi Mewah, L…