Skip to main content

Posts

Showing posts from March 9, 2015

"Gen-Y Berkemahiran" ubah generasi asnaf zakat, kata Ustaz Muhamad Kairi Ghazali daripada ZPP

Zakat Pulau Pinang (ZPP) baru menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) dengan Naza Academy yang berpengkalan di Gurun Kedah, bagi menjayakan projek perintis “Gen-Y Berkemahiran” yang membabitkan 30 anak daripada keluarga asnaf terpilih di negeri ini.
Ikuti wawancara fotojurnalis Zainulfaqar Yaacob  (FAQAR) bersama-sama Penolong Pengurus Besar ZPP, Mohamad Kairi Ghazali (MK), 42, berhubung projek perintis tersebut.

FAQAR: Selalunya ZPP lebih dilihat gigih dalam menguruskan asnaf berkaitan hal ehwal keagamaan. Bagaimana boleh tercetus idea mengadakan projek perintis dengan kerjasama dalam dunia automotif ini pula?
MK: Idea mengeluarkan golongan asnaf daripada menjadi penerima zakat kepada pemberi zakat melalui ZPP ini sebenarnya bukanlah idea yang baru.
Sebelum inipun ada idea sebegini, di mana ZPP mengagihkan zakat untuk golongan asnaf yang mahu memulakan perniagaan.
Dahulu, ZPP turut pernah mewujudkan projek perintis ala-ala kedai runcit 24 jam seperti 7 Eleven, yang dikenali sebag…