11 March 2015

PasMa respons isu MSU lantik Dr. Harun Din jadi Mursyidul Am PAS


Jangan esok MSU pula dilihat cuba guling Presiden, nasihat PasMa

11 Mac 2015 | Permatang Pauh

Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Pulau Pinang turut melahirkan rasa aneh dengan pelantikan Tuan Guru Dr Harun Din sebagai Mursyidul Am PAS yang baru.

Selama ini PasMa yang digambarkan cuba menggulingkan Presiden PAS.

Tetapi, langkah terbaru Majlis Syura Ulama (MSU)  membuat pelantikan ini semasa Tuan Guru Abdul Hadi Awang berada di luar negara menggamit pelbagai tanda tanya.

Apakah MSU cuba menghalang akar umbi parti untuk mengangkat Abdul Hadi menjadi Mursyidul Am PAS?

Jangan esok lusa MSU pula dilihat cuba guling Presiden, macam PasMa difitnah pemimpin pro UG daripada PAS juga sebelum ini.

Abdul Hadi adalah ulamak no.2 yang diiktiraf dunia.

Takkan masih tak layak ke jawatan Mursyidul Am PAS, menggantikan al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat?

Bagi saya, Abdul Hadi lebih layak, kerana beliau semasa era al-Marhum Dato' Fadhil Mohd Noor sebelum ini dilihat lebih gigih melawan kezaliman Umno, berbanding Dr. Harun.

PasMa senantiasa berharap sokongan rakyat terbanyak kian kukuh kepada Pakatan Rakyat kelak.

Dan, janganlah isu pengganti Nik Aziz ini memudarkan lagi integriti rakyat, seperti sebelum ini.

In sha Allah, isu ini akan saya ulas lanjut dalam Forum "Untung Perkukuh PR di Pulau Pinang", anjuran PAS Cawangan Kebun Sireh pada Sabtu, 14 Mac 2015 jam 9.30 malam di Rumah Mohamad Kamal Abdullah dekat Kampung Gambir, Bukit Tengah dalam Kawasan Parlimen Batu Kawan nanti.

Sekian.

Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim
Pengerusi
PasMa Pulau Pinang

012-481 0074
zolpenawar@gmail.com]

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus