17 March 2015

Tanpa mengira kaum bersatu pulihkan demokrasi, kata Guan Eng

DR Wan Azizah Wan Ismail (memegang kipas) disantui oleh pemimpin Kerajaan Pulau Pinang pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Peringkat Negeri di Seberang Perai Arena (SPA) dekat Seberang Jaya di sini baru-baru ini.
TUN Dr. Abdul Rahman Abbas dan isteri bersama-sama pemimpin Kerajaan Negeri menyempurnakan istiadat 'Yee Sang' dan 'Lo Hei' di sini baru-baru ini, dengan harapan Pulau Pinang terus dicucuri tuah dalam ekonomi dan kemakmuran untuk rakyat.

Oleh:ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar: AHMAD ADIL MOHAMAD

GEORGE TOWN -

Sabitan ke atas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari lepas sepatutnya terus membakar semangat rakyat Pulau Pinang tanpa berbilang kaum untuk memulihkan semula sistem demokrasi berpelembagaan di tanah ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Peringkat Negeri di Seberang Perai Arena (SPA) di sini baru-baru ini.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan turut memuji kecekalan isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersama anak-anak kerana sanggup terus mengorbankan perasaan masing-masing ketika Anwar ke penjara kini, demi memulihkan masa depan demokrasi negara.

“Saya berasa amat terharu dan gembira, walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersama kita pada hari ini, isterinya Datuk Seri 'Kak Wan' ada bersama kita sebagai simbol perjuangan rakyat dalam memulihkan sistem demokrasi negara yang kita cintai ini.

“Ingatlah kita, semua rakyat Pulau Pinang tidak kira bangsa Cina, Melayu mahupun India perlulah menjaga antara satu sama lain, membela antara satu sama lain dan kongsi bersama satu sama lain,” ujar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.

Yang Dipertuan Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Seri Hajjah Majimor Shariff merupakan tetamu utama keraian tersebut.

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Law Choo Kiang, Dato' Mohd. Rashid Hasnon (Timbalan Ketua Menteri I), Prof. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II) dan Exco-Exco Kerajaan Negeri turut hadir bersama-sama isteri masing-masing.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus dan Isteri, serta Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mokhtar Mohd. Jait dan isteri.

Menurut Guan Eng, pendemokrasian Kerajaan Negeri bukan sahaja menggamit pelabur ke Pulau Pinang, malah turut memberi manfaat kepada 1.6 juta warganegeri melalui program-program emas.

“Pada tahun 2014, jumlah pelaburan telah meningkat kepada RM8.2 bilion daripada RM3.9 bilion pada tahun 2013.

“Untuk pengetahuan semua, Kerajaan Negeri telah berjaya meningkatkan pelaburan kepada RM48.2 bilion untuk tempoh masa 7 tahun di antara 2008-2014 berbanding dengan 7 tahun sebelumnya pada 2001-2007 sebanyak RM24.8 bilion sahaja iaitu peningkatan lebih 93 peratus,” ujar Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pengurusan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam.

Difahamkan, majlis rumah terbuka kali ini diadakan sehari selepas majlis pelancaran pembukaan SPA.

Rakyat berbilang kaum yang hadir pada majlis rumah terbuka ini bukan sahaja dihiburkan dengan tarian-tarian pentas penuh warna-warni berkaitan kebudayaan Tiong Hua, bahkan, turut berpeluang menikmati pelbagai sajian tradisional enak daripada semua kaum.

Tarian Kebudayaan Tiong Hua yang warna-warni di sini baru-baru ini.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus