Skip to main content

Posts

Showing posts from March 31, 2015

Harus iringi mayat non-muslim, kata myIKUT kepada saudara barunya

SOALAN: Jiran saya seorang non-muslim meninggal dunia. Bolehkah saya mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan, esok? - Asyraf Tan

JAWAPAN: Sesungguhnya wujud ikhtilaf cendekiawan Islam berhubung perkara berbangkit di atas.
Ada pendapat mengatakan haram dan ada pendapat yang lain mengatakannya harus.

Alasan Pengharaman 1. Upacara pengkebumian non-muslim keseluruhannya dianggap sebagai upacara ritual, maka hukumnya haram
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat {4} Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat {5} Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku {6}" 
[Surah Al-Kafiruun: 4-6]

2. Larangan solat jenazah ke atas munafik atas kekufuran mereka, maka diqiaskan hukum haram ke atas mengiringi jenazah non-muslim atas kekafiran mereka.
“Dan janganlah kamu menyembahyangkan mana-mana orang munafik yang telah mati, dan janganlah kamu berdiri pada kuburnya.” 
[Surah At-Taubah: 84]

3. Mengiringi jenazah non-muslim dijustifikasi …