14 April 2015

2,000 pokok pisang musnah dipukul ribut dapat perhatian Kerajaan P.Pinang

DR. Afif Bahardin (paling kiri) diiringi Mohd. Salleh Man (dua dari kiri) pagi tadi meninjau ladang pisang separa organik dekat Kubang Hulu dalam Kawasan Parlimen Permatang Pauh yang dilanda bencana ribut pada Jumaat lepas.
NG Yong Loh (tengah) bersama-sama dua rakan kongsinya, Ng Joo Ping (kiri) dan Choo Shin Seong (kanan) menunjukkan kawasan ladang pisang separa organik yang dilanda ribut hingga memusnahkan lebih kira-kira 2,000 batang pisang dengan anggaran kerugian kira-kira RM150,000.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PERMATANG PAUH - Kira-kira 2,000 pokok pisang di sebuah ladang separa organik dekat Kubang Hulu di sini yang musnah dipukul bencana ribut pada hari Jumaat lepas mendapat perhatian Kerajaan Negeri, pagi tadi.

Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Baharin memberitahu bahawa Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Pulau Pinang akan menyalurkan input bantuan seperti anak pokok, baja dan sebagainya kepada pengusaha-pengusaha ladang tersebut.

"(Bentuk bantuan) ini lebih pada teknikal dan input-input melalui Jabatan Pertanian, (maka) kita harap dapat mengurangkan kos kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pengusaha ladang ini," jelas Dr. Afif yang juga ADUN Seberang Jaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir merangkap Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Dato' Mohd. Salleh Man pula berkata, pihaknya turut akan menyumbang bantuan 'bencana kecil' dalam bentuk wang kepada pengusaha-pengusaha ladang organik berkenaan.

Lawatan ke kawasan bencana tersebut turut disertai Nurul Iman Anwar, iaitu anak kelima kepada bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hadir sama, Pegawai Jabatan Pertanian Negeri bagi Daerah Seberang Perai Tengah, Abd. Rahman Hassan dan Lim Kheng Yang (Pegawai Seranta bagi ADUN Permatang Pasir).

Sebelum itu, Pengusaha, Ng Yong Loh, 50, memberitahu kesemua 4,100 pokok ditanam di ladang organik tersebut, dan kira-kira 2,000 pokok yang telahpun berbuah muda tumbang akibat bencana ribut.

"Jun tahun lepas baru ambil (kutip hasil buah pisang), kali ini tak ambil lagi sebab tak cukup 10 bulan lagi. 

"Anggaran kerugian hampir RM150,000, kalau pokok baru boleh dapat (satu tandan pisang) seberat 20 hingga 30 kilogram dan harga (borong) RM2.50 sekilogram," jejas Yong Loh.

Yong Loh merupakan pengusaha bersama dengan dua rakan lain, Ng Joo Ping, 31, dan Choo Shin Seong, 40.

Dalam perkembangan lain, bencana ribut pada hari kejadian turut memusnah ladang pisang lain di Ara Kuda dalam Kawasan Parlimen Tasek Gelugor.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus