17 April 2015

Guan Eng umum RM12 juta bangun semula pasar awam Seberang Jaya

(Duduk, dari kiri) DR. Wan Azizah Wan Ismail, Dr. Afif Bahardin, Mansor Othman dan Maimunah Mohd. Sharif dan Ketua Menteri mendengar penjelasan lanjut daripada Rosli Jaafar (berdiri) mengenai cadangan pembangunan semula Pasar Awam dan Kompleks Penjaja Seberang Jaya, pada sidang media di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Cadangan pembangunan semula Pasar Awam dan Kompleks Penjaja Seberang Jaya di atas sebidang tanah berkeluasan 4.5 ekar di sini sekaligus menyerlahkan kemampuan Kerajaan Negeri dalam memajukan infrastruktur awam di Parlimen Permatang Pauh.

Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberitahu, projek di bawah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) itu dianggarkan menelan belanja RM12 juta.

"Kedudukan pasar awam dan pusat penjaja ini yang sangat strategik, iaitu, di tengah-tengah Bandar Seberang Jaya dan menjadi tumpukan bukan sahaja daripada kalangan penduduk Sebarang Jaya, malah dari luar daerah.

"Projek ini akan memberi imej baru kepada penduduk dan peniaga-peniaga di pasar awam dan pusat penjaja Bandar Seberang Jaya, dan, akan menjadi suatu tanda aras yang baru bagi pembinaan pasar-pasar awam dan kompleks penjaja di negeri Pulau Pinang," ujar Guan Eng pada sidang media di Kompleks Ibupejabat MPSP di sini pagi tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin, Dato' Rosli Jaafar (Pengurus Besar PDC), Dato' Maimunah Mohd. Sharif (Yang di-Pertua MPSP), Wong Hon Wai (Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri), Dr. Norlela Ariffin (ADUN Penanti), Dato' Mansor Othman (Pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang) dan Omar Hassan (Ahli Majlis MPSP) antara pemimpin Kerajaan Negeri yang hadir pada sidang media tersebut.

Hadir sama, ADUN Kajang, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Rosli pula memberitahu, PDC akan mengeluarkan Surat Penyataan Hasrat (RFP) bagi projek itu dalam tempoh tiga bulan, dijangka mulai hujung bulan depan (Mei)

"RFP mungkin dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sekarang kita (PDC) tengah buat persiapan dan mungkin akan panggil hujung bulan depan (Mei).

"Apa yang kita (PDC) tunjuk ini adalah garis panduan dan konsep umum projek rancangan ini," jelas Rosli kepada wartawan.

Daripada RM12 juta anggaran kos pemajuan itu, RM3.8 juta untuk pembinaan pusat awam dan kompleks penjaja, RM3.6 juta (pusat penjaja), RM2.6 juta (infrastruktur dan tapak parkir) dan RM2 juta (kos penempatan semula penjaja).

"Komponen pembangunan semula pasar awam dan kompleks penjaja ini terdiri daripada pasar awam berjumlah 163 unit, gerai penjaja berjumlah 90 unit dan tapak gerai luaran 'street mall' (berkonsep terbuka) terbuka berjumlah 220 unit.

"Dengan keseluruhan lot untuk peniaga adalah berjumlah 473 bilangan unit, ini menjadikan Pasar Awam dan Kompleks Penjaja Seberang Jaya adalah antara yang paling besar di Malaysia," ujar Guan Eng yang Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng berkata pihaknya terbuka menerima maklum balas lanjut daripada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung rancangan Kerajaan Negeri membina kereta kabel dari Penang Sentral dekat Bagan Dalam merentasi laut ke Pengkalan Weld dekat Pengkalan Kota.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus