Skip to main content

Posts

Showing posts from April 23, 2015

Kerja pemimpin tipu ahli...

"Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain dari dirinya sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya yang buruk), sedang mereka tidak menyedarinya."
[Surah Al-An'aam: 123]

Karnival Koperasi 2015 di Masjid At-Taqwa Bertam mulai esok!

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri menganjurkan Karnival Koperasi 2015 mulai 24 hingga 26 April ini di perkarangan Masjid At-Taqwa dekat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bertam.
Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon berkata, karnival tersebut akan diadakan serentak dengan Seminar Imarahkan Koperasi Masjid dan Koperasi Asas.
"Saya berharap karnival ini memberi peluang kepada kepada ahli-ahli koperasi untuk mempamer, menjual dan mengetengahkan produk mereka masing-masing untuk pasaran tempatan.
"Dianggarkan 120 orang perwakilan daripada 31 Koperasi Masjid dan 42 Koperasi Asas akan menyertai Seminar ini selama dua hari mulai Sabtu ini (25 April 2015)," ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak kepada wartawan di sini, pagi tadi.
Justeru, Mohd. Rashid yang juga Exco Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Perhubungan Kemasyarakatan berkata, Timbalan Presiden Angkatan Koperas…

Toray buka kilang baru, 40 tahun di Pulau Pinang dihargai

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PANTAI JEREJAK – Selepas lebih 40 tahun Kumpulan Toray membangunkan pelbagai jenis perindustrian di negeri ini, syarikat antarabangsa dari negara Jepun tersebut baru-baru ini membuka satu lagi bahagian kilang Penfibre di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas.
Bahagian kilang baru tersebut antaranya menghasilkan Battery separator film (BSF) untuk pasaran global, iaitu komponen bateri yang digunakan dalam telefon pintar, komputer tablet, komputer riba dan kenderaan jenis hybrid.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam ucapannya berkata, kesetiaan Toray terus melabur di negeri ini sekaligus menggambarkan bahawa formula Kerajaan Negeri menggarapkan prospek pelaburan masa depan melalui tawaran pakej “3T” atau Bakat (Talent), Teknologi dan Toleransi kian berjaya.
“Toray mempunyai keserasian industri di Pulau Pinang kerana negeri ini mempunyai apa yang mereka mahukan, iaitu secara asasnya kita mempunyai pekerja yang berbakat, teknologi dan yang paling penting ada…

Mohd. Rashid Hasnon bertemu mangsa bencana ribut Penaga

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PENAGA - Kira-kira 81 buah rumah di Kampung 20 Pasir Gebu serta beberapa desa lain di sekitar Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Penaga di sini yang mengalami kerosakan akibat ribut dalam satu kejadian baru-baru ini mendapat perhatian Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon sendiri..
Pada pertemuan itu, beliau turut menyerahkan sumbangan peribadi kepada 10 keluarga terpilih, sementara menunggu bantuan berwajib daripada Tabung Bencana T.Y.T. di bawah Kerajaan Negeri.
“Ini adalah sumbangan peribadi saya kepada 10 keluarga terpilih dahulu, sementara menunggu bantuan segera yang mesti disalurkan dalam tempoh 24 jam.
“Dari Tabung T.Y.T, maksima yang boleh dituntut adalah sebanyak RM5,000 dan ia bergantung pada (proses) taksiran (kerugian bencana),” jelas Mohd. Rashid yang juga Exco Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat, semasa melawat kawasan bencana pada hari kejadian.
Ketua Pen…