Skip to main content

Posts

Showing posts from May 8, 2015

Berani rentas Selat P.Pinang wajar dipuji – Chong Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Kejohanan Renang Antarabangsa Merentasi Selat Pulau Pinang 2015 yang baru dilangsungkan buat kali pertama dalam tempoh 27 tahun di negeri ini cukup mencabar keberanian para peserta berwajib.
Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng dalam ucapannya memuji para perenang yang berani merentasi selat sepanjang kira-kira 6.5 kilometer tersebut, walaupun masing-masing terkena sengatan obor-obor.
"Sengatan obor-obor itu memang tidak dapat dielakkan lagi kerana habitat itu memang berada di dalam perairan Selat Pulau Pinang, tetapi keberanian para perenang dari dalam negara dan antarabangsa sangat saya dipuji.
"Dalam kejohanan akan datang, jika ada lagi di Pulau Pinang, mereka mestilah mempertimbang untuk memakai pakaian renang yang lebih sesuai agar dapat mengurangkan risiko sengatan (obor-obor)," jelas Chong Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang semasa dihubungi wartawan di sini…

Kemenangan di Permatang Pauh ajar rakyat saling bekerjasama untuk goncang kezaliman GST!

"Aku menghadiri sebuah perjanjian di rumah Abdullah bin Jud’an. Tidaklah ada yang melebihi kecintaanku pada unta merah kecuali perjanjian ini. Andai aku diajak untuk menyepakati perjanjian ini di masa Islam, aku pun akan mendatanginya."

* Hadith riwayat Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra no 12110, dihasankan oleh Al Albani dalam Silsilah Ash Shahihah no.1900


Menang Permatang Pauh referandum rakyat tolak GST - “Kak Wan”

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PENANTI - Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berjaya mempertahankan kemenangan bagi kerusi Ahli Parlimen Parmatang Pauh yang pernah disandang oleh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini dengan 8,841 undi majoriti.
Dr. Wan Azizah yang lebih mesra dipanggil “Kak Wan” mendapat 30,316 undi.
Manakala, calon Barisan Nasional, Suhaimi Sabudin, Salleh Isahak (BEBAS) dan Azman Shah Othman masing-masing mendapat 21,475 undi, 367 undi dan 101 undi.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam ucapannya memberitahu
“Kemenangan pada hari ini khususnya majoriti pengundi-pengundi Permatang Pauh mahukan sebuah Pakatan Rakyat yang kuat.
“Ini bukan kemenangan KeADILan (PKR) sahaja, tetapi adalah kemenangan rakyat yang menentang kezaliman BN ke atas saudara Anwar Ibrahim.
“Kemenangan ini juga merupakan suatu referandum rakyat yang menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak 1 April lalu, amalan rasuah dan penyalah…