10 May 2015

Exco Alam Sekitar harap P.Pinang dapat AS$300,000 Bank Dunia

PHEE Boon Poh (dua dari kiri) menerima cek replika daripada Choo Eng Hin (empat dari kiri), sambil disaksikan oleh Rozali Mohamud (tengah), Mohd Sharmizan Mohamad Nor (kiri sekali) dan Zaini Awang (kanan sekali) di sini, semalam. 

(Dari kiri) ROZALI Mohamud, Phee Boon Poh, Choo Eng Hin dan Zaini Awang pada majlis pelancaran Anugerah Komuniti Mampan 2015 di Kompleks Ibupejabat MPSP Bandar Perda dekat Seberang Jaya, semalam.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Komitmen berterusan Kerajaan Negeri menguruskan sisa organik hingga kini diharap melayakkan Pulau Pinang sekali lagi untuk menerima peruntukan kira-kira AS$300,000 daripada World Bank dan United Nations Environmental Programme International Environmental Technology Center (UNEP-IETC) kelak.

Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Booh Poh berkata berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran Anugerah Komuniti Mampan 2015, anjuran bersama Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan syarikat Delta Business Solutions Sdn. Bhd (Delta).

"Pulau Pinang pernah mendapat AS$70,000 daripada Bank Dunia untuk sebagai projek perintis untuk mengurus dan memproses sisa organik peringkat komuniti (di enam kawasan terpilih). 

"Jika fasa ketiga (pengurusan sisa pepejal) ini, jika Pulau Pinang berjaya (dipilih), Pulau Pinang akan mendapat peruntukan tambahan sebanyak AS$300,000," jelas Boon Poh di Kompleks Ibu Pejabat MPSP dekat Bandar Perda di sini, petang semalam.

Setiausaha Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Sr. Rozali Mohamud dan Choo Eng Hin (Pengarah Urusan Delta) turut berucap pada majlis tersebut.

Hadir sama, dua Ahli Majlis MPSP, Mohd Sharmizan Mohamad Nor dan Zaini Awang.

Tidak cukup dengan itu, Pulau Pinang juga berpotensi untuk menjadi tuan rumah untuk perwakilan dariada negara-negara Asia Pasifik datang belajar mengenai kaedah menguruskan sisa pepejal, jika mendapat pengiktirafan Bank Dunia kela.

Boon Poh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu turut merakamkan penghargaan kepada Delta kerana menyumbang hadiah tunia sebanyak RM13,700 demi menjayakan program anugerah pada kali ini 

Sementara itu, Rozali dalam ucapannya memberitahu bahawa MPSPS mensasarkan 20 penyertaan membabitkan komuniti.

"Daripada 145 taman perumahan, 20 komuniti disasarankan menyertai anugerah kali ini menunjukkan masih jauh lagi yang perlu dilakukan oleh MPSP," jelas beliau.

Menurut beliau, Delta bekerjasama dengan dengan MPSP sejak tahun 2013, melalui projek pelepasan benih ikan ke Sungai Dua di Pengkalan Machang, serta meningkatkan habitan di Sungai Perai.

Pada tahun 2014, katanya lagi, Delta turut menganjurkan program menghasilkan bebola selut untuk dibalingkan ke dalam Kolam Teratai Sungai Rambai, demi meningkatkan lagi kualiti air kolam tersebut.

"Tujuan anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada inisiatif-inisiatif hijau dan penambahbaikan yang dijalankan oleh komuniti dalam menjaga kualiti alam sekitar dan kemampanan komuniti, seperti yang termaktub dalam Pelan Tindakan Local Action 21 Seberang Perai.

"Prinsip LA 21 digalakkan bagi melahirkan sebuah masyarakat dan komuniti setempat yang sihat dan peka terhadap isu-isu alam sekitar untuk diseimbangkan dengan perkembangan ekonomi dan pembangunan sosial," ujar Rozali lagi.

"Inisiatif yang diambil kira dalam anugerah ini antaranya kitar semula, pengasingan di punca, kompos, penanaman pokok serta pengindahan kawasan, CSR (program tanggungjawab sosial korporat) dan banyak lagi," ujar beliau lagi.

Tambah beliau, tarikh akhir untuk menghantar laporan oleh kemuniti untuk menyertai anugerah ini adalah pada 30 September depan.

Terdahulu, Pulau Pinang, Dhaka dekat Bangladesh dan Hanoi dekat Vietnam pada tahun 2014 dipilih bagi melaksanakan projek perintis pengurusan sisa organik domestik oleh badan antarabangsa Climate and Clean Air Coalition (CCAC), Bank Dunia dan UNEP dalam usaha mengurangkan pembuangan sisa organik dari kawasan kediaman ke tapak pelupusan sampah di sini.

Di Pulau Pinang semasa itu, projek berkenaan dijalankan di enam kawasan kediaman terpilih antaranya di bahagian pulau, Flat PPR Jalan Sungai (Sungai Pinang), Taman Pelangi (Lebuh Macallum), The Peak (Jalan Mount Erskine). 

Manakala di Seberang Perai pula, Park View (Butterworth), Taman Pandan (Butterworth) dan Taman Tanjung Indah (Butterworth) telah dipilih sebagai perintis dalam pelaksanaan projek tersebut.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus