Skip to main content

Posts

Showing posts from May 11, 2015

Peruntukan bukan Islam 2008 – 2014 RM10 juta, kata KM

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 hingga 2014 mengeluarkan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk pembangunan agama-agama lain selain Islam di negeri ini.

"Peruntukan yang dikeluarkan itu adalah bertujuan untuk membiayai upacara atau majlis keagamaan, kerja-kerja penyelenggaraan, jamuan sempena perayaan, sumbangan kepada persatuan keagamaan dan sumbangan barangan dan peralatan keagamaan," jelas Guan Eng yang juga Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itma dalam sesi soal jawab lisan pada Mesyuarat Pertama Penggal ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Yang Ke-13 di sini baru-baru ini.

Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam mendedahkan bahawa jumlah peruntukan keagamaan bukan Islam pada tahun 2008 adalah sebanyak RM90,000, diikuti, RM100,000 (2009), RM130,000 (2010), RM170,000 (2011), RM3.…