12 May 2015

RM5 juta Levi hotel tak berperundangan, kata Ketua Pembangkang P.Pinang

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri tidak boleh mengutip sebarang cukai melainkan perlu mempunyai enakmen khusus serta mendapat kelulusan Kementerian, sebagaimana dirujuk pada Bahagian Tiga Enakmen Kewangan.

Justeru, Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Dato' Jahara Hamid mendakwa langkah Kerajaan Negeri mengutip kira-kira RM5 juta levi atau cukai khas kepada penginap hotel di negeri ini sebagai tidak berperundangan.

"(Enakmen tersebut menyebut) tiada cukai atau kadar boleh dilevikan oleh atau bagi maksud negeri kecuali melalui atau di bawah kuasa undang-undang."

"Levi membawa maksud cukai, maka, tidak boleh bagi sesebuah Kerajaan Negeri untuk mengutip cukai tanpa terlebih dahulu mendapatkan kelulusan daripada kementerian kewangan dan Kastam.

"Maknanya, kalau nak kenakan levi, dia (rang undang-undang) kena dibentangkan dan buat enakmen di bawah Kerajaan Negeri.

"Kalau benarlah telah dikutip levi, maka ini menyalahi undang-undang," ujar Jahara yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Pelaksanaan levi yang didakwa tidak berperundangan ini mula-mula dibangkitkan oleh ADUN Sungai Acheh, Dato' Mahmud Zakaria. 

Terdahulu, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mula bercakap mengenai levi semasa perbentangan Bajet Kerajaan Negeri 2013 pada sesi mesyuarat penggal lepas antara lain mengumumkan pelaksanaan levi berwajib sahaja.

Sejak Jun tahun lepas, Kerajaan Negeri mengenakan RM3 bagi tiap-tiap kamar hotel bertaraf empat bintang dan ke atas, serta RM3 untuk bilik hotel bertaraf dua bintang dan ke bawah.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow dijangka akan memberi penjelasan berwajib pada sesi penggulungan kelak.


Kes denggi di Pulau Pinang meningkat 175.2 peratus

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Bilangan kes denggi di Pulau Pinang sejak bulan Januari hingga 9 Mei tahun ini mencatatkan peningkatan sebanyak 1,165 kes atau 175.2 peratus menjadi 1,830 kes, berbanding tempoh sama pada tahun lepas yang direkodkan hanya 665 kes.

Justeru, Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin berkata, Kerajaan Negeri akan mengandakan lagi usaha-usaha pencegahan, termasuk menganjurkan program gotong-royong secara serentak di 40 lokaliti berisiko tinggi pada 17 Mei ini.

Majlis perasmian, katanya lagi, akan dilangsungkan di Taman Indah dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Batu Maung.

"Kita cuba melihat pada tempoh masa yang sama tiap-tiap tahun, walaupun begitu kadang-kadang kita melihat corak (catatan semasa kes denggi) itu menurun, kadang-kadang angka mengikut tahun itu menunjukkan peningkatan di peringkat nasional.

"Pelbagai usaha kita lakukan dan strategi yang paling penting untuk kita (Kerajaan Negeri) lakukan adalah 'mencegah lebih baik daripada mengubat'," kata Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya dalam sidang media di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, petang tadi.

Tambah beliau lagi, Jabatan Kesihatan Negeri pada 11 hingga 13 Mei ini turut akan melancarkan Ops. Tapak Bina di sekitar bandar raya George Town.

"Mana-mana tapak bina yang didapati positif pembiakan nyamuk Aedes, arahan berhenti kerja akan dikeluarkan dan (tempoh) penguatkuasaan selama dua minggu," jelas beliau lagi.

Dalam perkembangan sama, Dr. Afif memberitahu bahawa dua daripada 20 tapak perkuburan dikenakan kompaun daripada Jabatan Kesihatan Negeri, manakala satu tapak lain hanya diberi notis berwajib.

Insiden dua kereta jatuh dalam lubang jalan disiasat polis, respons Exco Kerja Raya P.Pinang

(Dari kiri) YEOH Soon Hin, Lim Hock Seng, Salleh Awang dan Ismail Latifi Teh pada sidang media di bilik mesyuarat DUN Pulau Pinang dekat George Town, tengah hari ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng memberitahu insiden dua kenderaan terjatuh ke dalam lubang jalan (gambar kiri) sedalam dua meter dekat pasar raya Sunshine Farlim di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Paya Terubong kira-kira jam 6.00 pagi tadi dalam siasatan pihak polis.

Katanya, lubang jalan tersebut dikorek di bawah pemantauan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk tujuan penggantian enam litar kabel elektrik berkuasa tinggi bawah tanah dari Farlim ke Bayan Lepas.

"Tuan punya kereta dan tuan punya projek akan membuat laporan polis untuk siasatan lanjut, polis akan membuat siasatan dan mengenal pasti punca berlakunya kemalangan ini

"Sesiapa yang bersalah, kena tanggung," jelas Hock Seng pada sidang media bersama-sama ADUN Payah Terobong, Yeoh Soon Hin di bilik mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini pada tengah hari tadi.

Hock Seng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal berkata demikian selepas mendapatkan maklum balas berwajib daripada Ketua Jurutera TNB Negeri, Ismail Latifi Teh dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri, Ir. Salleh Awang.

Tambah Hock Seng lagi, TNB telahpun mengarahkan kerja-kerja penyambungan enam kabel berkuasa tinggi tersebut dihentikan serta merta, dengan lubang jalan tersebut ditutup sepenuhnya.

"Kumpulan Farlim diminta mengemukakan satu cadangan bagaimana mereka hendak membuat sambungan ini, dengan syarat-syarat keselamatan yang patut dipatuhi.

"Setelah meneliti cadangan Kumpulan Farlim itu, barulah TNB boleh mencadangkan kerja-kerja penyelenggaraan disambung semula," tegas Hock Seng.

Sementara itu, Ismail Latifi menjelaskan bahawa projek penyelenggaraan tersebut yang dimulakan pada bulan November 2014 dan dijangka selesai pada Jun 2015, namun, tiada kemalangan berlaku sebelum ini.

Menurut beliau, siasatan awam mendapati kontraktor berkenaan didapai telahpun mengikut piawaian keselamatan yang disyaratkan oleh TNB, berdasarkan garis panduan JKR.

"Berdasarkan semakan kita tiap-tipa hari sehingga hari kemalangan, kita mendapati mereka mematuhi syarat-syarat JKR.

"Kemungkinan (punca kemalangan ini) ada kaitan dengan cuaca (hujan lebat) dan keadaan pagi (yang gelap)," jelas Ismail Latifi.

Beliau memberitahu bahawa kerja penyelenggaraan projek tersebut bermula pada bulan November tahun lepas dan dijangka siap pada bulan Jun ini.

"Kerja (penyelenggaraan) bermula pada bulan Nobember 2014 dan dijangka siap pada Jun 2015.

Dalam perkembangan lain, Hock Seng mengesahkan bahawa insiden bekalan elektrik terputus seketika semasa berlangsungnya mesyuarat DUN di sini, semalam bukanlah berpunca oleh bekalan elektrik utama yang dibekalkan oleh TNB.

"(Gangguan elektrik) adalah kerana peralatan, iaitu relay telah rosak hingga terputus bekalan elektrik dalaman.

"Menang TNB ada bekalkan elektrik, tetapi, kalau kita mengaktifkan penjana elekrik yang ada sekalipun, ia hanya akan sampai ke suiz utama sahaja tetapi tidak boleh dialirkan ke seluruh bangunan dalaman dewan ini.

"Kesulitan (gangguan elektrik terputus) hanya dalam lima minit sahaja...alat itu (relay) telahpun diganti dengan yang baru," jelas Hock Seng. 

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus