21 May 2015

Projek tebatan banjir berimpak tinggi di SPT RM54 juta – Kon Yeow

CHOW Kon Yeow (tiga dari kiri) mendedahkan kepada wartawan mengenai peta taburan kawasan banjir kilat yang dikenal pasti di Daerah SPT untuk projek pembangunan masa depan tebatan banjir, sambil disaksikan oleh Norlaila Ariffi (dua dari kiri) dan Lee Khai Loon (kanan sakali) di sini baru-baru ini.
CHOW Kon Yeow (kanan sekali) dan Norlela (dua dari kanan) bersama-sama pemimpin komuniti setempat melawat salah satu projek pembinaan parit di Kampung Tanah Liat di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PENANTI - Kerajaan Negeri akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM54 juta secara berperingkat mulai tahun ini untuk melaksanakan empat projek tebatan banjir berskala besar di sekitar Daerah Seberang Perai Tengah.

Exco Kerajaan Tempatan, Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, insiatif bersepadu membabitkan Jabatan Pengairan & Saliran (JPS), Pejabat Daerah & Tanah (PDT) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) itu diharap dapat mengurangkan lagi risiko banjir kilat di beberapa kawasan tumpuan bencana pada masa depan.

Inilah projek berskala lebih besar yang akan dilaksanakan di Daerah SPT pada tahun ini untuk tempoh dua hingga tiga tahun, di mana peruntukan RM54 juta diperlukan bagi melaksanakan empat projek berimpak tinggi ini.

Bagi tahun 2015 adalah untuk kajian dan reka bentuk pemajuan, mungkin yang diperlukan adalah tidak banyak (peruntukan), tetapi, pada tahun 2016 dan 2017 adalah kerja-kerja pemajuan mula dilaksanakan sampai siap.

Kita rasa, selepas siap keempat-empat projek ini, ia akan membawa impaknya lebih luas dengan mengurangkan risiko banjir,” jelas beliau kepada wartawan di Pejabat Khidmat ADUN Penanti, Dr. Norlela Ariffin di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon turut hadir pada majlis penerangan mengenai rancangan pembangunan masa depan projek tebatan banjir peringkat SPT, yang dikendalikan oleh wakil JPS.

Dalam perkembangan sama, Kon Yeow berkata Kerajaan Negeri pada tahun ini menyalurkan peruntukan sebanyak RM875,000 kepada JPS untuk melaksanakan tujuh projek berskala kecil dan sederhana di KADUN Penanti.

Difahamkan peruntukan itu untuk pembangunan rumah pam, pembinaan perangkap sampah, longkah konkrit jenis “u-drain” dan “v-section” serta tembok “gobion” di beberapa lokasi sekitar Kubang Semang, Kubang Ulu, Mengkuang Semarak, Tanah Liat, Mengkuang Titi dan sebagainya.

PDT pula, katanya lagi, turut diberikan peruntukan sebanyak RM477,000 untuk melaksanakan 10 projek pemajuan serupa di KADUN tersebut.

Keseluruhan anggaran kos projek yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri dengan dilaksanakan oleh JPS SPT dan PDT SPT adalah sebanyak RM1,352.000,” jelas Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus