02 June 2015

Tripda galak kongsi kenderaan ke Karnival Hijau P.Pinang 13 Jun

VICTOR Ang turut melakukan promosi Tripda Malaysia peringkat Pulau Pinang, sempena majlis promosi media Karnival Hijau Pulau Pinang 2015 di sini, tengah hari tadi.
(Dari kiri) WONG Hon Wai, Thing Siew Shuen, Ketua Menteri dan wakil pusat membeli belah ICT pada majlis promosi Karvival Hijau Pulau Pinang 2015 di sini, tengah hari tadi. | Foto: arkib Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Tripda Inc, syarikat penyedia platform galakan perkongsian kenderaan atas talian, www.tripda.com.my turut melancarkan operasi globalnya di negeri ini, serentak dengan pembukaan Karnial Hijau Pulau Pinang pada 13 dan 14 Jun pasar raya 1st Avenue Pulau Pinang, di sini nanti.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Karnival Hijau Pulau Pinang merupakan salah satu platform untuk bersama-sama menerapkan 'pemikiran hijau' secara progresif dan konstruktif demi pembangunan mapan Pulau Pinang.

"Pulau Pinang bukan sahaja salah satu bandar paling didiami di Malaysia, bahkan (kelapan) di rantau Asia Tenggara juga.

"Jenama Pulau Pinang ini sangat penting kerana disinonimkan dengan ciri kesamarataan, boleh dipercayai, aman selamat, mampan serta telus.

"Pulau Pinang perlu mengenal pasti keperluannya yang tersendiri untuk menjadi bandar bertaraf antarabangsa," jelas Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih kepada wartawan di sini, tengah hari tadi.

ADUN Air Putih merangkap Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Wong Hon Wai turut menyertai sidang media tersebut.

Melalui program ini, katanya, Kerajaan Negeri dapat membangunan Tech Dome dekat Komtar di sini, dengan mendapat kerjasama serta pensijilan bangunan hijau daripada Persekutuan Bangunan Hijau Malaysia (MGBC).

Sebelum itu, Pengurus Besar Majlis Hijau Pulau Pinang (PGC), Thing Siew Shuen memberitahu program Moku-Moku Waste to Food Challenge, '1'm Greend Chef' Kids' Workshop, pertandingan warna 'Taman di Bintang', penampilan maskot Safe Our Seafood merupakan antara aktiviti menarik untuk pengunjung di karnival tahunan tersebut, yang kali ini disertai lebih 50 peserta ekspo.

"Sand Art Corner, WWF Malaysia, Green Cap Ventures dan Pusat Pengajian Teknologi Industri (Universiti Sains Malaysia) USM akan menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung yang menyertai keseronokan (di Karnival Hijau Pulau Pinang), selain mempelajari sesuatu yang bermaklumat mengenai tema kita (Make Our Food Last)," jelas Siew Shuen.

Tidak cukup dengan itu, katanya, pertandingan pengucapan awam turut dianjurkan untuk mencari finalis Idola Hijau Pulau Pinang 2015, daripada kalangan remaja di negeri ini.

Bercakap pada sidang media sama, Pengurus Tripda Malaysia dan Singapura, Victor Ang berkata, kegunaan Tripda sekaligus akan mempromosi serta menarik lebih ramai pengguna tradisi platform atas talian tersebut ke program Karnival Hijau Pulau Pinang 2015 nanti.

Ini kerana, katanya, Tripda yang diasaskan di Brazil pada tahun lepas kini turut beroperasi di 12 negara meliputi Amerika Latin, Amerika Utara dan Asia.

“Isu keselamatan menjadi keutamaan kami dan menerusi pengenalannya sejak Mei (2014) lalu di Brazil dan beberapa negara di Amerika Latin, tidak terdapat sebarang isu keselamatan direkodkan oleh kami memandangkan pemandu atau penumpang sendiri boleh menilai antara satu sama lain, sebelum keputusan perkongsian dimuktamadkan.

“Selain itu, dari segi kos, kami sendiri akan menetapkan bayaran dikenakan kepada penumpang yang mana pemandu boleh memilih beberapa harga ditawarkan oleh kami daripada had minimum hingga maksimum mengikut jarak perjalanan.

Tambah beliau, laman web Tripda mempunyai ciri keselamatan kepada pemandu dan penumpang, dengan data peribadi terdapat di laman sosial seperti facebook, untuk dilihat oleh pengguna bagi memastikan kewujudan individu sebelum saling berkongsi kenderaan.

Karnival Hijau Pulau Pinang dianjurkan secara bersama-sama PBC, MGBC, Green Building Index Sdn. Bhd. (GBI) dan 1st Avenue Pulau Pinang, dengan sokongan Institut Pulau Pinang (PI), Sunshine Garden Centre Sdn. Bhd., Jasper Promenade Sdn. Bhd. dan pusat membeli belah ICT Komtar.

Manakala, Ace Dot My Sdn Bhd, TMT Online Sdn. Bhd., OOHM International Holdings Sdn. Bhd., XOX Com Sdn Bhd, Matahari Seragam Centre Sdn. Bhd., Nets Printwork Sdn Bhd, Aim Max Media Sdn. Bhd., Media Optimum Sdn. Bhd., Gurl Studio, perkakasan Vees Kitchen, Wangchao Restoran dan Buffet Catering dan Chef Teoh Jun Hung pula merupakan antara penaja acara sepanjang dua hari berlangsungnya karvival tersebut.

Jinko Solar jana tenaga hijau sahaja, respons Guan Eng

KETUA Menteri (lima dari kiri) bersama-sama Mah Siew Keong (empat dari kiri) pada majlis perasmian pembukaan industri Jinko Solar di Pulau Pinang, 26 Mei lepas.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, pelaburan RM100 juta industri Jinko Solar di Kawasan Perindustrian Bebas Perai di negeri ini hanya berkaitan tenaga hijau jenis "solar" yang diperbaharui, bukannya pengayaan tenaga nuklear seperti di negara China.

Beliau berkata demikian, sebagai menjawab tuduhan bekas Ahli Parlimen Batu Kawan, Huan Cheng Guan yang menyamakan Jinko Solar di negeri ini dengan kilang Lynas dekat Kuantan di Pahang, yang didakwa menghasilkan unsur logam radioaktif dikenali sebagai 'torium'.

"Jangan samakan tenaga nuklear dengan tenaga yang diperbaharui seperti tenaga solar," jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan kepada wartawan di sini, tengah hari tadi.

Guan Eng turut respons pada kejadian pencemaran alam membabitkan Jinko Solar di wilayah Haining, China pada September 2014, sebagaimana dibangkitkan oleh Cheng Guan.

"Kalau memakai logik Cheng Guan, mengapa IWK (Indah Water Konsortium Bhd.) pernah dikaitkan dengan pencemaran air di Batu Feringghi sebelum ini pun langsung tidak larangan (meneruskan operasi hingga kini).

"Malah, petrol yang bukan tenaga yang diperbaharui pun sepatutnya dilarang (produktivitinya di negara ini).

"Di Pulau Pinang ini, apa yang kita bercakap sekarang adalah mengenai tenaga yang diperbaharui (solar), bukannya tenaga nuklear (seperti di China).

"Jika (Jinko) benar-benar dibukti bersalah (di China) sekalipun, hukumlah (Jinko) dan selepas itu operasinya diteruskan seperti biasa," jelas Guan Eng, sambil mempertikai kredibiliti peribadi Cheng Guan.

Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih memberitahu Jinko Solar dibenarkan di negeri ini selepas mendapat mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Laporan Penilaian Terperinci Terhadap Alam Sekitar (DEIA).

Sebelum itu, Wong Hon Wai yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri memberitahu bahawa pelaburan Jinko Solar di negeri ini selepas mendapat kebenaran agensi persekutuan, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan agensi negeri, invest-Penang.

Katanya, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri yang mencadangkan tarikh pembukaan rasmi industri Jinko pada 26 Mei 2015, walaupun ketidakhadiran Perdana Menteri itu diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mah Siew Keong.

"Datuk Mah mewakili Perdana Menteri, yang mewakili Perdana Menteri juga untuk menyerahkan lesen kilang kepada Jinko.

"Pelaburan (Jinko) ini sebenarnya telahpun diluluskan oleh kedua-dua agensi Kerajaan (MIDA dan invest-Penang), termasuk mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar," jelas Hon Wai yang juga ADUN Air Itam.

Terdahulu, Cheng Guan mendakwa Guan Eng tidak menghalang Jinko membuka industri di negeri ini, sedangkan pada masa yang sama membantah pembangunan kilang Lynas yang didakwa menghasilkan nadir bumi di Kuantan, Pahang.

Tambahnya, pembangunan Jinko di negeri ini sekaligus bertentangan dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk merealisasikan impian "Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat" yang disebut-sebut oleh Guan Eng sendiri.

Memetik suatu laporan agensi antarabangsa AFP, Cheng Guan memberitahu bahawa kilang Jinko di wilayah Hainan, China pada bulan September 2011 pernah dikaitkan dengan kejadian bencana ekosistem, seperti pencemaran sungai yang mengakibatkan sejumlah besar ikan dan babi di sana mati.

Memetik laporan agensi antarabangsa Reuters pula, Cheng Guan memberitahu, sungai yang tercemar dek sisa kilang berkenaan itu masih gagal ujian pencemaran pada bulan April tahun berikutnya, dengan pemeriksaan agensi kerajaan Cina mendapati air sungai tersebut mengandungi 10 kali ganda kadar toksid (flouride).

Guan Eng menegaskan bahawa Jinko Solar dibenarkan membuka kilang di negeri ini kerana menghasilkan tenaga hijau yang diperbaharui daripada sumber solar.  

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus