Skip to main content

Posts

Showing posts from June 3, 2015

P.Pinang tubuh 'badan bertindak' bantu 6,000 staf MAS hilang kerja, umum Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri menubuhkan badan bertindak demi membantu kira-kira 6,000 kakitangan yang baru menerima surat pemberhentian kerja daripada Penerbangan Malaysia (MAS) mendapatkan pekerjaan yang baru di Pulau Pinang.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberitahu, badan bertindak yang ditubuhkan di bawah Career Asistance and Telant Centre (Penang CAT) turut menawarkan khidmat nasihat guaman secara sukarela kepada mereka yang berhasrat untuk mendapatkan pembelaan sebagai pekerja di mahkamah.
"Ini, sama ada untuk memastikan hak mereka terus terjamin atau untuk mencari pekerjaan yang lain di negeri ini supaya mereka boleh terus menyara keluarga mereka.
"Tentulah pekerja-pekerja ini adalah yang terbaikan, sebab itu diambil bekerja dengan MAS, dan tak perlulah saya sebut apa masalah pengurusan (majikan).
"Kerajaan Negeri ingin melahirkan solidariti dan rasa simpati kepada mereka...dan ini adalah sumbangan Kerajaan Negeri untuk Malaysi…

RMK-11 abai rakyat Malaysia di P.Pinang, Guan Eng kecam layanan dingin pentadbiran Najib Razak

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Mei lepas langsung tidak membawa manfaat kepada rakyat Malaysia di negeri ini, sungguhpun Kerajaan Negeri sebelum ini telahpun membentangkan permohonan projek-projek pembangunan negeri pada masa depan yang keseluruhannya bernilai hampir RM21 bilion.
Sambil mengecam layanan dingin Putrajaya, Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri tetap akan meneruskan rancangan Pelan Induk Pengangkutan Awam serta beberapa projek lain di negeri ini, walaupun mengaku akan melalui saat yang sukar dalam tempoh lima tahun mendatang.
"Tentu kita (Kerajaan Negeri) meminta (peruntukan melalui RMK-11) untuk menangani kesesakan lalulintas dengan membina MRT (transit laju massa), LRT (transit aliran ringan) serta melebarkan jalan serta memperbesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (di Bayan Lepas) yang saya rasa akan mencecah …

Mengapa Putrajaya abai TPM saran pecat Lembaga Pengarah 1MDB, tanya Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Saranan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya memecat semua ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didedah menangguh hutang kira-kira RM42 bilion, turut disokong oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Lim Guan Eng.
Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih berkata, Kerajaan Negeri mengikuti kontroversi isu 1MDB ini sejak tahun lepas lagi, gara-gara 1MDB didedah membeli sebidang tanah di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Air Itam bernilai RM1.38 juta, lanjutan pada rancangan Kerajaan Persekutuan mengumumkan suatu pembangunan projek perumahan di negeri ini menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.
"Mengapa masih belum ada tindakan atau siasatan polis walaupun sudah ada gesaan daripada Timbalan Perdana Menteri sendiri.
"Gesaan ini datang daripada orang nombor dua (Muhyiddin), sepatutnya ia diberi perhatian.
&q…