05 June 2015

Low Wee Wern si cantik tak lazim berfesyen, tapi kental di gelanggang skuasy

LOW Wee Wern.

BINTANG muda ini adalah pemain skuasy kedua negara, di belakang ratu skuasy nombor 1 dunia, Dato' Nicol Ann David.

Wartawan akhbar Buletin Mutiara, ZAINULFAQAR YAACOB berkesempatan mewawancara Low Wee Wern, 25, iaitu anak jati Pulau Pinang.

Wee Wern berada dalam ranking ke-7 dunia, pada bulan April 2015.

Pada kejohanan Sukan Asia Incheon 2014, Wee Wern memenangi pingat perak untuk kategori perseorang wanita, selepas ditewaskan oleh Nicol.

Bagaimanapun, beliau melahirkan rasa syukur dan berbangga kerana berjaya mendapat pingat emas kategori berpasukan bersama-sama Nicol dan rakan senegara lain pada kejohanan itu.

Pun begitu, koyakan padan legamen lutut kiri beliau memaksa Wee Wern untuk berehat kira-kira enam bulan juga, sebelum kembali beraksi.

Jika tidak cedera teruk, barangkali Wee Wern akan menempah nama juga pada Kejohanan Skuasy Perseorangan Asia Ke-18 di Kuwait pada 1 hingga 5 Mei lalu, serta kejohanan berprestij Terbuka British pada 9 hingga 17 Mei lepas di Hull.

"Sebagai pemain profesional sepenuh masa, selalu mengalami kecederaan, tetapi kali ini ACL (anterior cruciate ligament) paling teruk.

"Saya tidak sangka seteruk ini, tetapi, bersyukurlah kerana pembedahan telahpun selamat dijalankan.

"Sebenarnya saya tetap menjalani program latihan pemulihan tiap-tiap, seperti latihan (skuasy) juga, dengan dua tiga jam juga (dalam) enam hari tiap-tiap minggu akan berada dalam gym.

"Secara normalnya mengambil masa selama enam bulan untuk sembuh," ujar Wee Wern.

Latih sejak 9 tahun
Wee Wern mula menceburi sukan skuasy sejak dibangku sekolah rendah lagi.

Beliau belajar di Sekolah Perempuan Methodist, seterusnya ke sebuah sekolah menengah swasta yang dikenali sebagai Sri Pelita International School.

Adiknya, Low Wee Nee juga merupakan atlet skuasy profesional, tetapi kini berehat untuk memenuhi tanggungjawab akademiknya.

Sebalinya Wee Wern pula terus memburu kejuaraan dalam arena skuasy, walaupun pernah ada tajaan perseorangan untuk beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Harvard dan Trinity College di luar negara, tahun 2009 dulu.

Pengorbanan dan kegigihannya berbaloh kerana sebelum meletakkan pen dan kertas, Wee Wern merangkul Kejohanan Skuasy Terbuka Britain Bawah 19 Tahun.

Beliau merangkul kira-kira 19 gelaran dalam pelbagai kejohanan dalam tempoh 2001 hingga 2006, termasuk termasuk dalam Piala Remaja & Perintis Asia Bawah 19 tahun pada tahun 2006.

"Saya mula bermain skuasy pada usia sembilan tahun, yang kini berpusat di Pusat Skuasy Antarabangsa Pulau Pinang di Bukit Dumbar.

"Emak saya kata saya perlu melakukan sesuatu pada tiap-tiap hujung minggu dan saya menjalani latihan skuasy.

"Sekarang, saya masih menerima tunjuk ajar dan semangat daripada jurulatif Aaron Soyza.

"(Skuasy) ini sudah macam adalah kerier, tetapi, ini bukanlah kareir yang mudah dan memerlukan kecekalan untuk terus duduk dalam ini," jelas beliau sambil berharap aksinya selepas tempoh pemulihan ini bertambah baik.

Dibandingkan Nicol
Walaupun sudah mempunyai rekod kejayaan yang tersendiri, Wee Wern mengaku bahawa beliau seringkali dibandingkan dengan kehebatan Nicol.

Bagaimanapun, beliau senantiasa menganggap kejayaan Nicol sebagai bara yang membakar semangatnya untuk melakukan yang terbaik pada setiap kali di gelanggang.

"(Berentap kejuaraan dengan Nicol) ini sesuatu pengalaman yang besar untuk saya.

"Inilah pengalaman yang baik, walaupun saya sendiri pada mulanya agak gementar untuk perlawanan itu.

"Nicol telah mencapai apa yang setiap pemain skuasy impikan, (malah) menjadi impian tiap-tiap atlet.

"Saya agak rapat dengannya sebagai rakan senegara dan saya akan cuba untuk menjadi yang terbaik yang saya mampu.

"Saya berharap untuk terus menjulang bendera negara ke persada antarabangsa," jelasnya lagi.

"Baju T & Seluar Pendek"
Di luar gelanggang skuasy, Wee Wern yang mempunyai wajah yang cantik, jelita serta lincah sudah tentu diburu oleh kaum media untuk mengisi majalah popular dalam negara ini.

Pun begitu, beliau mengaku bahawa beliau bukanlah seorang yang lazim berfesyen, apatah lagi bersolek seperti beberapa selebriti sukan tanah air.

Katanya, amalan pemakanan yang sihat, diet yang seimbang serta latihan kecerdasan yang konsistan lebih penting untuk seseorang atlet profesional.

"Apabila seseorang atlet dijemput untuk mengisi satu-satu majalah, ini suatu peluang yang baik untuk kita lakukan.

"Saya fikir saya biasanya tidak menggayakan (sesuatu fesyen)...selalu saya dengan baju T dan seluar pendek (pakaian sukan) tanpa melakukan apa-apa (solekan)," seloroh Wee Wern, mengukir senyuman.

Harapan
Wee Wern memberitahu bahawa menjadi atlet profesional skuasy pun sebenarnya menjajikan prospek kerjaya yang berjaya dan tersendiri, dengan syarat seseorang atlet itu seharusnya disiplin serta mesti membuktikan kebolahan masing-masing dalam setiap kejohanan yang disertai.

Disiplin dan rekod kejayaaan, katanya, sudah pasti akan menggamit tajaan daripada pihak swasta serta sokongan daripada kerajaan sendiri.

Baginya, aksi di gelanggang tidak dapat tidak mesti membawa nama serta semangat Malaysia dan negeri Pulau Pinang, baru ada kepuasannya.

"Sukan memang ada risikonya, terutama apabila kita cedera, kita sendiri tidak tahu nasib kita sama ada boleh beraksi lagi di gelanggang atau sebaliknya.

"Tetapi, saya berharap dengan sokongan banyak pihak, saya boleh memberikan sesuatu untuk Malaysia dan untuk Pulau Pinang melalui karier saya, sekarang ini.

"Ini adalah kerier, tetapi bukanlah kareir yang mudah dan memerlukan kecekalan untuk terus duduk dalam ini, dan saya berharap lebih banyak lagi tajaan serta sokongan untuk atlet-atlet baru dalam sukan (skuasy) ini.

"Tanpa tajaan mereka, mungkin sukar untuk melakukan semua ini sehingga saya boleh menjadi seorang pemain profesional sepenuh masa.


"Saya telah mengelilingi pelbagai negara dan menyertai banyak kejohanan peringkat dunia dalam tempoh enam bulan (belakangan) ini, tetapi kerinduan dan kecintaan saya (masih terpauh) di Pulau Pinang," jelas Wee Wern.

Kerajaan P.Pinang akan tindak isu roboh Pasar Perai – Ramasamy

P. Ramasamy (berbaju putih) yang diiringi oleh wakil pembelaan Pamela Vijayrani (berbaju kotak-kotak) sedang meneliti domumen saman pemula daripada tuan tanah, Wellwish Concept Sdn. Bhd. di pintu masuk utama Pasar Perai, pada bulan Jun tahun lepas.
WAJAH sebahagian struktur Pasar Perai yang dirobohkan oleh kontraktor pemaju di sini baru-baru ini. | Foto: Internet.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PERAI - Sebahagian struktur Pasar Perai yang berusia 76 tahun serta mempunyai nilai warisan tersendiri telahpun dirobohkan oleh sebuah syarikat pemaju baru-baru ini, walaupun mendapat injuksi daripada Kerajaan Negeri serta Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Timbalan Ketua Menteri I, Prof. P. Ramasamy berkata, pemaju sepatutnya tidak melakukan sedemikian, walaupun mereka berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk mengosongkan tanah tersebut pada bulan Jun tahun lepas, memandangkan ada perintah larangan kerja daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sendiri.

"Saya telah mengarahkan majlis (PBT) untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat itu (kerana) kerajaan negeri mewartakan bangunan sekitar pasaran Prai, yang telah dikenal pasti sebagai sebuah bangunan yang mempunyai nilai warisan.

"Mereka (pemaju) mula kerja-kerja merobohkan bangunan semasa hujan lebat ketika tidak ada seorang pun di sekitar kawasan ini,” tegas Ramasamy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai kepada wartawan di sini baru-baru ini.

Dua Ahli Majlis bagi MPSP, M. Satees dan P. David Marshel turut menyertai sidang media itu.

Terdahulu, Ramasamy mendesak tidak sebarang perobohan ke atas bangunan yang mempunyai nilai warisan itu, sementara menunggu proses saman pemula daripada tuan tanah, Wellwish Concept Sdn. Bhd. didengar di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 4 Julai tahun lepas.

Menurut Ramasamy, langkah injuksi yang dilakukan secara pentadbiran oleh Kerajaan Negeri dan MPSP sebenarnya adalah mendekati tuntutan Akta Warisan Kebangsaan, 2005, iaitu melarang bangunan berusia melebihi 100 tahun dari dirobohkan, untuk dipulihara sebagai warisan negara.

Ramasamy memberitahu, Pamela Vijayrani akan mewakili pihak pembelaan untuk meneliti dokumen saman pemula semala daripada tuan tanah, semasa itu.

Chong Eng tubuh pusat jagaan kanak-kanak untuk ibu bekerja terpilih

CHONG Eng (duduk, tengah) pasukannya merakamkan gambar bersama-sama kanak-kanak di Pusat Jagaan Kanak-Kanak PWDC di Taman Serumpun di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PADANG LALANG - Dua Pusat Jagaan Kanak-Kanak di daerah Timur Laut dan Seberang Perai Tengah yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri supaya tiada lagi kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah ditinggalkan bersendirian di rumah pada waktu bekerja.

Exco Beliau & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng memberitahu, pusat tersebut menerima perkhidmatan jagaan kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun, dengan kos upah serendah RM50 sebulan.

"Ibu yang bekerja tidak boleh lagi membiarkan anak-anak ditinggalkan sendirian di rumah," jelas Chong Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang di Pusat Jagaan Kanak-Kanak dekat Taman Serumpun dalam Kawasan Parlimen Bukit Mertajam di sini.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Stevan Sim Chee Keong, Dr. Norlela Ariffin (ADUN Penanti), Lim Siew Khim (ADUN Sungai Pinang), Teo Nie Ching (ADUN Kulai), P. Kasthuriraani (Ahli Parlimen Batu Kawan), Aida Yusof Rawah (Ahli Lembaga Pengarah PWDC) turut hadir pada majlis itu yang diadakan sempena sambutan Hari Ibu di sini, anjuran Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC).

Menurut Chong Eng, inisiatif itu demi merealisasi kesaksamaan gender di negeri ini, khususnya kepada wanita bekerja daripada keluarga berpendapatan rendah.

"Tujuan kerajaan negeri Pulau Pinang adalah untuk mencapai 30 peratus wanita di peringkat membuat keputusan menjelang 2016. 

"Tetapi, realitinya adalah bahawa tidak ramai majikan menyediakan kemudahan asas untuk ibu yang bekerja dan terdapat hampir tiada pusat jagaan harian di tempat kerja," jelas Chong Eng lagi sambil menggalakkan semua majikan awam dan swasta supaya menyediakan infrastrutur yang lebih fleksibel untuk keperluan wanita.

Terdahulu, Chong Eng turut menubuhkan beberapa Pusat Jagaan Bayi, antaranya di perkarangan Lebuhraya Babingthon berhampiran Hospital Pulau Pinang, demi mencegah aktiviti membuang anak tidak saf taraf di negari ini.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus