Skip to main content

Posts

Showing posts from June 16, 2015

Projek tebatan banjir sekitar Jalan Transfer belanja RM5.9 juta

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN – Fasa empat kerja-kerja tebatan banjir kilat di Jalan Tranfers, Jalan Hutton dan kawasan sekitarnya yang sedang dilaksanaana kini menelan belanja RM5,868,396.50.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow memberitahu, projek tersebut diharap akan mengurangkan lagi risiko banjir kilat.
"Projek ini akan memberikan manfaat seperti mengurangkan risiko banjir kilat yang seringkali dihadapi oleh penduduk setempat, yang populasi mereka kira-kira 3,000 keluarga," ujar Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota, semasa melawat kawasan pemajuan di sini baru-baru ini.
Difahamkan, projek di bawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tersebut kesemua terdiri oleh enam fasa, yang dimulakan pada 1 April lepas dan dijangka siap sepenuhnya pada 24 Mei tahun depan.
Menurut Kon Yeow, kos pemajuan yang dilihat agak tinggi kerana turut melibatkan komponen roadworks, pengalihan utiliti serta perabot…

1,602 terima sumbangan zakat sempena sambut Ramadan

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BERTAM - Seramai 1,602 orang asnaf terpilih dari sekitar kawasan Seberang Perai menerima pelbagai sumbangan daripada sumber zakat yang keseluruhannya berjumlah RM1,070,136 senpena sambutan Nur Ramadan kali ini.
Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Dato' Mohd. Salleh Man berkata, jumlah keseluruhan sumbangan bantuan Nur Ramadan kali ini adalah sebanyak RM8,570,000, iaitu diagihkan dalam bentu wang tunai RM600, hamper dan berasdemi menceriakan mereka yang berkenaan.
"Sumbangan yang disampaikan menjelang masuknya bulan ibadah berpuasa (Ramadan) ini diharapkan akan menjadi lebih bermakna dan menceriakan kita semua, khususnya para penerima hari ini," jelas Mohd. Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir di Dewan Milenium dekat kawasan Parlimen Kepala Batas di sini baru-baru ini.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Abdul Malik Abul Kassim turut beruca…

Selepas Haemonetics, Paramit AS labur RM60 juta di P.Pinang

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN – Selepas Haemonetics, syarikat pengeluar peranti perubatan Paramit Corp. yang turut berpengkalan di Amerika Syarikat membuka industri di Taman Sains Pulau Pinang dekat kawasan Parlimen Batu Kawan, dengan nilai pelaburan RM60 juta.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, pelaburan terbaru ke negeri ini sekaligus mewujudkan kira-kira 500 hingga 800 peluang pekerjaan tidak lama lagi.
"Fasiliti baru itu akan membangunkan beberapa produk paling inovatif di dunia, baik dalam bidang peranti perubatan, mahupun dalam pasaran yang lain juga," kata Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Industri Paramit, di sini baru-baru ini.
Sebelum itu, Pengurus Paramit Corp di Malaysia, Thomas La Rose memberitahu, industri yang dijadual siap pada bulan Jun 2016 nanti akan berperanan sebagai kilang pengeluaran ut…