Skip to main content

Posts

Showing posts from June 17, 2015

Akta Pengurusan Strata 2013 kuatkuasa 12 Jun di P.Pinang, kata Jagdeep Singh Deo

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) yang dikuatkuasakan di seluruh negara pada 1 Jun lalu, dikuatkuasakan di Pulau Pinang mulai 12 Jun lepas selepas mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri ini.
Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo menjelaskan akta baru itu diperkenalkan bagi menggantikan Akta 663 atau Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggraan dan Pengurusan) 2007.
Akta baru itu, menurut Jagdeep, akan membolehkan kedua-dua tuan tanah serta penyewa untuk dibawa ke mahkamah, berbanding akta lama yang membenarkan tindakan ke atas tuan tanah.
"Akta ini diwartakan pada tahun 2013 lagi, tetapi masih menunggu sokongan (kelulusan) daripada semua (Pihak Berkuasa) Negeri.
"Akta ini akan memperkemas (proses) pengeluaran hak milik strata dan menjadikannya lebih cepat untuk pemilik mendapatkan ia daripada pemaju perumahan," jelas Jagdeep pada sidang media bersama-sama Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan E…

David Marshel lancar operasi bersepadu MPSP, selepas Ahli Majlis DAP itu tubuh Gerakan Anti Arak Murah Malaysia

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA - 31 kompau dikeluarkan dalam satu operasi bersepadu Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) baru-baru ini ke atas 19 premis menjual arak di sekitar daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan.
Ahli Majlis MPSP, P. David Marshel memberitahu, operasi bersepadu seumpama itu akan terus dilakukan secara berkala, sehinggalah kesemua pemegang lesen arak dan lesen premis menjual arak mematuhi syarat yang digariskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan.
"Kami (MPSP) telah memberi amaran kepada semua peruncit yang ada lesen arak uncit supaya mematuhi semua syarat lesen arak dan lesen premis.
"Mungkin MPSP merupakan satu-satu PBT di Malaysia yang mengambil tindakan terhadap semua kesalahan di bawah syarat Akta Eksais, 1976 ini," jelas beliau kepada wartawan, pada sidang media bersama-sama seorang lagi Ahli Majlis, M. Satees di sini baru-baru ini.
Menurut David Marshel, seramai 12 pegawai pelesenan MPSP dan 20 anggota poli…

Kawal harga atau haram terus arak murah, tegas Ahli Majlis DAP di MPSP David Marshel

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PERAI – Gerakan Anti Arak Murah melancarkan petisyen dengan 100,000 tandatangan sokongan, kata Ketua Penyelarasnya P. David Marshel baru-baru ini.
David Marshel yang juga Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai memberitahu, langkah itu demi mendesak Kerajaan Pusat menaikkan harga atau mengharamkan terus arak murah dalam pasaran, khususnya di Pulau Pinang.
"Arak murah ini berharga lebih murah darpada (harga) sebotol air minirel.
"Akibatnya, orang ramai khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah atau warga asing sendiripun boleh membeli arak ini dengan harga semurah RM1.70 (untuk kandungan) 125 mililiter, dengan peratusan alkohol (setinggi) 38 peratus," jelas beliau, dipetik daripada klip video berdurasi 12 minit.
Sehingga pertengahan bulan April lepas, David memberitahu bahawa pergerakan sivil itu berjaya mendapatkan mengumpulkan kira-kira 6,330 tandatangan sokongan.
Tambah beliau, kempen ini seharusnya disambul oleh semua bangsa…

Serlahkan Islam sebagai "Rahmatan Lil 'Alami" sempena Ramadan, Mohd. Rashid Hasnon

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA - Yang Dipertua Negeri, Tuan Yang Terutama (T.Y.T) Tun Datuk Seri Utama Dr. Abdul Rahman Abbas baru-baru ini menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan kepada kesemua 212 masjid di negeri ini, sempena menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak.
Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon dalam ucapannya berkata, keberkatan bulan ibadah puasa ini seharusnya menuntut umat Islam agar menyebarkan rasa saling kasih sayang sesama manusia, termasuk ke atas golongan miskin serta mereka yang belum memeluk agama Islam.
"Berpuasa ini sangat dalam maksudnya, iaitu bukti ketakwaan kita kepada Allah serta memupuk kasih sayang kita dengan golongan fakir dan miskin yang selama ini terpaksa mengikat perut untuk meneruskan kehidupan.
"Sempena Ramadan kali ini, marilah kita menggandakan ibadah kita kepada Allah, serta mengamalkan kesederhanaan supaya Islam terus dilihat sebagai 'Rahmat Ke Seluruh Alam'," jelas Mohd. Rashid yang juga Exco…

Kesedaran bayar zakat melalui peranan media dihargai – YDP MAINPPP

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB Gambar: DARWINA MOHD. DAUD
SEBERANG JAYA - Liputan media masa sama ada positif atau kontroversi mengenai pengurusan zakat di negeri ini sebenarnya memupuk kesedaran umat Islam serta badan-badan korporat untuk melaksanakan kewajipan ibadah tersebut melalui Zakat Pulau Pinang (ZPP).
Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Dato' Mohd. Salleh Man berkata, pihaknya berharap tautan harmoni antara institusi-insitusi Islam dengan semua kaum media dapat diteruskan demi kepentingan bersama.
"Tidak dapat dinafikan bahawa kejayaan ZPP sehingga dikenali sebagai agensi yang menyalurkan bantuan yang penting di Pulau Pinang turut didorong dan disokong oleh rakan-rakan media
"Saban tahun kutipan zakat berjaya ditingkatkan... (maka) peranan media mengetengahkan kisah-kisah golongan asnaf ini sekaligus membuktikan kesatuan antara kita (MANIPP-ZPP) dengan para media dalam memberi kesedaran kepada umat," jelas Mohd. Salleh yang juga Ahli …

Serangan Dr. Mahathir punca nilai ringgit susut tak logik, Guan Eng respons Ahmad Maslan

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA - Tak mungkin serangan Tun Dr. Mahathir Mohamad ke atas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu skandal hutang tertunggak 1Malaysian Developement Berhad (1MDB) kira-kira RM42 bilion sebagai punca penyusutan berterusan nilai Ringgit Malaysia (RM) belakangan ini.
Justeru, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menganggap dakwaan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan ke atas Dr. Mahathir itu adalah tidak logik.
“Dulu, 950 Bath (untuk RM100), sekarang tinggal 830 Bath.
"Mengapa kita (Malaysia) pertumbuhan ekonomi 6 peratus, sedangkan ia (ekonomi Thailand) bertumbuhan hanya 1 peratus, tetapi nilai (matawang) Bath lebih kukuh berbanding kita (Ringgit Malaysia).
"Mengapa...Kerana di Thailand tiada skandal 1MDB, tetapi di sini (tanah air) ada '1Malaysia Dalam Bahaya'.
“Marah Najib, nilai Ringgit Malaysia boleh turunkah...apa punya logik ini," kata Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan semasa beru…

Guan Eng terima sumbangan RM1 juta Altera untuk Tech-Dome Pulau Pinang

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Rancangan Kerajaan Negeri membina Tech-Dome Pulau Pinang bernilai RM25 juta yang dijangka siap pada tahun depan turut menerima sumbangan korporat sebanyak RM1 juta daripada Altera Corp. Sdn. Bhd., baru-baru ini.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menganggap langkah Altera itu sebagai sumbangan jangka panjang untuk membina inspirasi generasi masa depan di negeri ini.
"Terima kasih untuk Altera kerana membantu melengkapkan misi Penang Tech-Dome, di mana ini adalah projek untuk membina inspirasi generasi masa depan untuk kecemerlangan sains dan teknologi," ujar Guan Eng kepada wartawan di sini.
Naib Presiden Kanan Operasi & Kejuruteraan Sedunia Altera, William Y. Hatta, Dato' Dr. Mohd. Sofi Osman (Naib Presiden Wilayah APAC Operasi & Kejuruteraan Sedunia), S.K. Fong (Naib Presiden R7D), Mario Bolanos (Pengarah Perkhidmatan Teknikal Pulau Pinang) dan beberapa lagi wakil Altera turut menyertai sidang media tersebut.
William …