Skip to main content

Posts

Showing posts from June 24, 2015

Inovasi mampu jadikan JKSNPP 'jabatan pintar' contoh – TKM1

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BERTAM - Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon berkata, inovasi berterusan dalam meningkatkan mutu pelanggan di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) sekaligus mampu menjadi 'jabatan pintar' untuk dicontohi oleh agensi-agensi kerajaan yang lain.
Beliau berkata demikian semasa mengulas mengeai kejayaan JKSNPP menawarkan E-SIAP atau E-Shariah Instant Access Procedure yang berjaya meraih Anugerah Emas dalam pertandingan Mini Konvensyen Team Excerllence Wilayah Wilayah Utara pada 1 April lalu.
“Dengan kewujudan E-SIAP ini, kes-kes persetujuan bersama di Mahkamah dapat diselesaikan dalam tempoh satu hari bermula dari proses penyediaan pliding, pendaftaran kes sehinggalah pengeluaran Perintah Mahkamah, sesuai dengan motonya 'Hari Ini Setuju, Hari Ini Selesai',” kata Mohd. Rashid pada Majlis Pelancaran Sistem Elektronik JKSNPP di sini baru-baru ini.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal P…

Tutup jalan berjadual demi keselamatan pengguna Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, kata Exco Kerajaan P.Pinang

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Cadangan penutupan laluan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di antara persimpangan Hilir Sungai Keluang 1 dan persimpangan Lebuhraya Kampung Jaya dekat Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas secara berjadual tiap-tiap hari dalam tempoh tujuh bulan akan diumumkan tidak lama lagi.
Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow memberitahu, cadangan itu demi membolehkan kerja-kerja pemajuan bahagian rentasan utama atau rentang tuju (speacial span) lebuh raya bertingkat yang merintangi Sungai Keluang dilaksanakan.
"Menteri Kerja Raya (Datuk Fadillah Yusof) memberi kelulusan pada cadangan ini.
"Kita akan mengumumkan tarikh proses penguatkuasaan (penutupan jalan berjadual) ini, selepas semua proses berwajib diperolehi nanti," jelas Kon Yeow pada sidang media bersama-sama Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng pada pagi tadi.
Menurut Kon Yeow, cadangan penutupan jalan pada hari Isnin hingga pa…

Nilai ringgit susut tuntut kajian semula had warga asing beli hartanah - Jagdeep

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA - Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata, nilai Ringgit Malaysia (RM) yang kian menyusut belakangan ini dikatakan menggandakan dorongan warga asing untuk membeli hartanah di Pulau Pinang.
Justeru katanya, Kerajaan Negeri akan mengkaji garis panduan sedia ada mengenai penguatkuasaan had maksimum pembelian hartanah oleh warganegara asing, yang ditetapkan pada harga RM2 juta di bahagian pulau dan RM1 juta di bahagian Seberang Perai.
"Kami (Kerajaan Negeri) sangat mengambil berat mengenai harga hartanah yang kian melambung, dengan diburukkan lagi oleh pembelian rumah-rumah membabitkan warga asing ekoran pada nilai ringgit yang semakin lemah.
"Jika nilai ringgit kian merosot lagi, pasaran hartanah akan menjadi semakin 'panas' (di kalangan pembelian warga asing)," jelas Jagdeep Singh Deo pada majlis penutup Ekspo Pelaburan & Hartanah 2015 di Pusat Konvensyen Sunway Carnival di sini baru-ba…