Skip to main content

Posts

Showing posts from July 1, 2015

Exco Kesihatan cadang KKM naik taraf Hospital Kepala Batas

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BERTAM - Lambakan daftar masuk hampir 1,000 pesakit luar tiap-tiap hari ke Hospital Pulau Pinang sewajarnya menuntut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mewujudkan infrastruktur serta perkhidmatan kepakaran seumpamanya yang baru di luar bahagian pulau.
Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin berkata, infrastuktur kesihatan sedia ada di Hospital Kepala Batas sebenarnya cukup sesuai untuk dinaik taraf demi memenuhi khidmat kepakaran berwajib. 
Bahkan, beliau sekali lagi mengulangi komitmen Kerajaan Negeri untuk menawarkan tanah sekiranya Kerajaan Pusat bercadang untuk membina sebuah hospital awam yang baru di bahagian Seberang Perai.
“Kementerian juga boleh mempertimbang untuk menaik taraf perkhidmatan kepakaran di Hospital Kepala Batas, yang sebenarnya sangat diperlukan, khususnya oleh warga tempatan dari sekitar Seberang Perai.
“Kerajaan Negeri bersedia menawarkan tapak di luar Hospital Pulau Pinang sek…

Dialog Free Thinker, MyIKUT...

EMiLY Grose, 23, meninggalkan kampung halamannya jauh di California AS sejak dua tahun lepas, untuk berkampung di Barat Thai.
Selepas graduasi, gadis jelita ini menyertai Karen Refugee Committe Education, serta masuk ke hutan Mae Sot, iaitu garis sempadan Thailand-Burma.

15,000 anak pelarian di bawah Karen Refugee Committe Education, walaupun front kemanusiaan itu langsung tidak diiktiraf oleh Kerajaan Thai dan Myanmar.
Berbekalkan USD500 (lebih kurang RM1,500), Emily meninggalkan keluarga, kesenangan dan kerjaya selesa untuk mewakafkan diri pada program pendidikan anak-anak pelarian Rohingya dan "Karen" (pemberontak non-muslim).
Ke Pulau Pinang sejak kelmarin untuk mengemaskini daftar imigresen, dan menjadi tetamu majlis iftar jamaie anjuran Persatuan IKUT Mewakili 10,000 Suara Reverts Pulau Pinang (MyIKUT).
"Jom lah puasa macam kami," ujar Ustaz Izham.
Emily memberitahu bahawa lebih 22 jam beliau masih belum makan, sejak meloloskan diri daripada sempadan Thai.
E…