06 July 2015

Adik bertudung litup ini atlet skuasy bawah 15 tahun no. 1 Asia

NUR Aliah Izzati Muhammad Anis (kiri) bersama-sama ayahnya.

LATIHAN dua hingga tiga jam tiap-tiap hari kecuali Ahad berjalan seperti biasa walaupun dalam bulan Ramadan ini.

Nur Aliah Izzati Muhammad Anis, 15, berkata, langkah itu demi mengekalkan stamina serta pengalaman, walaupun mengakui rasa dahaga dan lapar sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Demikian perkongsian pengalaman atlet skuasy yang kini menduduki ranking nombor satu peringkat Asia pada Jun 2015 itu.

“Walaupun saya boleh berbuka puasa disebabkan terlalu letih dengan latihan ini, tetapi saya tetap berpuasa.

“Saya juga pernah menyertai Hong Kong Junior Open 2014 dalam keadaan berpuasa seperti sekarang (pada bulan Ramadan lepas) dan berjaya mendapat nombor tiga kategori bawah 15 tahun.

“Dapat nombor tiga bukan sebab puasa, tetapi saingan yang kuat serta kelebihan teknik persembahan daripada pencabar,” jelas Nur Aliah Izzati semasa diwawancara oleh fotojurnalis ZAINULFAQAR YAACOB di Kompleks Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David dekat kawasan Parlimen Jelutong di sini baru-baru ini.

Katanya, dua rakan sepasukan bawah 15 tahun, Zetty Zawanah dan Ezzri Nazri pun masing-masing menjalani latihan seperti biasa pada bulan ibadah berpuasa ini.

Nur Aliah Izzati mula didedahkan menganai skuasy oleh ayahnya sendiri, Muhammad Anis Abu Bakar, 52, yang juga guru pendidikan jasmani sejak berusia tujuh tahun lagi.

Kini, beliau di bawah bimbingan jurulatih negeri, Aaron Soyza dan Khoo Teng Hin, iaitu jurulatih yang berjaya mencungkil bakat luar biasa ratu skuasy nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David dan Low Wee Wern (ranking nombot tujuh dunia).

Dalam tempoh sembilan tahun bermain skuasy, Nur Aliah Izzati berjaya merangkul pelbagai pencapaian kategori bawah 15 tahun, antaranya, juara CIMB Junior Circuit 2015, Naib Juara dalam Kejohanan Terbuka ASEAN di Iran (2014), juara dalam Tontrefact Junior Open 2014 di Leeds.

“Dalam Penang Malaysian Junior 2015 baru-baru ini, saya dapat tempat kedua sebab tewas dengan pencabar dari Kedah,” ujar Nur Aliah Izzati sambil mengakui bahawa masih banyak yang perlu dipelajari jika mahu memburu kejuaraan berterusan seperti Nicol David.

Keluarga & Sekolah
Nur Aliah Izzati memberitahu kejayaan yang dicapaian kini sebenarnya disokong kuat oleh keluarga, khususnya ayah dari segi masa, tenaga dan wang ringgit.

NUR Aliah Izzati Muhammad Anis.
“Ayah yang banyak menyokong,” respons beliau sambil memeluk Muhammad Anis.

Nur Aliah Izzati merupakan anak bongsi daripada empat adik beradik.

Tahu tidak tahu, kakaknya, Nur Athirah Muhammad Anis, 19, turut merupakan atlet skuasy, mewakili Negeri Tengganu serta Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di negeri berkenaan.

Nur Aliah Izzati turut mengaku bahawa guru-guru dan rakan sebaya di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kenari dekat Kulim, Kedah banyak memberi sokongan dari segi pembelajaran dan moral.

“Saya seperti pelajar-pelajar biasa lain juga, ada kawan dan seringkali ditekankan oleh guru-guru mengenai pembelajaran saya.

“Selalunya, saya main badminton dengan kawan-kawan di sekolah dan saya sangat suka bermain badminton.

“Apabila sertai kejohanan di luar negara, kawan-kawan di sekolah memang sedar saya hilang kadang-kadang lebih seminggu, mujur dapat sokongan pembelajaran daripada cikgu-cikgu secara khusus,” jelas beliau.

Tambah beliau, Pengetua Sekolah, Ismail Md. Isa, Cikgu Amir Ramli (Penolong Kanan Kokurikulum) banyak membantu beliau dalam mengimbangi tanggungjawab sebagai pelajar dan atlet negari Pulau Pinang.

Tambah-tambah, Nur Aliah Izzati sedang bergelut menyiapkan projek folio sebelum mendepani ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang dijadualkan pada bukan Oktober nanti.

“Semua kerja sekolah mesti dihabiskan di sekolah kerana, selepas waktu sekolah, ayah akan membawa saya ke sini untuk latihan.

“Akan rehat atau tidur sekejap dekat kerusi sofa di, sebelum memulakan latihan di sini.

“Walaupun skuasy adalah 'nombor satu', pesanan cikgu agar kecemerlangan akademik bukanlah 'nombor dua' (iaitu mesti diutamakan juga) tidak pernah diabaikan,” jelas Nur Aliah Izzati.

Penghargaan
“Ada dua kepuasan dalam hidup saya, satu apabila menewaskan pencabar di gelanggang, dan kedua, apabila pencapaian kita dihargai.

“Walaupun saya sudah ada testimonial tersendiri dalam sukan skuasy bawah 15 tahun ini, perjalanan saya masih jauh dan saya tidak pernah puas dengan apa yang ada,” jelasnya.

Nur Aliah Izzati baru-baru ini mendapat Anugerah Olahragawati Harapan 2014, yang disampaikan sendiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tuan Yang Terutama (T.Y.T) Tun Datuk Seri Utama Dr. Abdul Rahman Abbas, Mei lepas.

Beliau turut dipilih menerima Anugerah Tunas Harapan Negeri 2013 daripada Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dan Kerajaan Negeri Kedah.

Tidak cukup dengan itu, katanya lagi, pencapaian yang ada turut menggamit tajaan beberapa pihak, seperti aksesori dan pakaian sukan daripada Dunlop, Biasiswa Sukan Kedah RM700 setahun, Biasiswa Kementerian Pendidikan RM1,000 hingga RM1,500 setahun sejak tiga tahun lalu, sumbangan Yayasan Kecemerlangan Sukan Malaysia (Sport Excell) dan hadiah pada setiap kali kejohanan.

“Dalam tempoh tiga bulan ini (Mac hingga Jun 2015), saya bersyukur dengan tajaan dan penghargaan yang diperolehi, kira-kira hampir RM5,000 juga, termasuk dalam CIMB Junior Circuit 2015 dan sumbangan perhargaan Kerajaan Negeri (Pulau Pinang) baru-baru ini.

“Walaupun memang ada tajaan dan biasiswa, tetapi sebenarnya perlu pada insentif tambahan (luar latihan) yang lain.

“Seperti saya umpamanya, tak masuk kos minyak makan minum dari Kulim ke ke tempat latihan, kos tol sahaja kira-kira RM13 tiap-tiap hari,” ujar Nur Aliah Izzati lagi.

Harapan
Nur Aliah Izzati yakin bahawa prospeks sukan skuasy di negeri ini kian cemerlang, disebabkan insiatif pihak berwajib membangunkan secara bersepadu sains sukan untuk keperluan asasi para atlet negeri.

“Tenaga sahaja tidak memadai melainkan perlu disokong oleh pengalaman dan (pembangunan) sains sukan.

“Saya sangat berterima kasih kepada SRAM (Squash Racquets Association of Malaysia) yang menyediakan kem intensif pada hujung tahun, yang menawarkan penerapan sains sukan sepertimana di luar negara juga,” jelas Nur Aliah Izzati.

Dengan semua sokongan, penghargaan dan harapan ini, Nur Aliah Izzati mengaku bahawa beliau akan terus memasang tekad untuk memburu lebih banyak kejuaraan demi Pulau Pinang.

“Ke manapun saya terbang, hari saya tetap untuk Pulau Pinang, kejuaraan yang akan terus saya burupun untuk negeri ini,” jelas beliau.

Kapal mewah 16 tingkat 'Quantum of the Seas' singgah di P.Pinang

Pemandangan dari atas 'Quantum of the Seas' yang dari kapsul kaca tinggi 'North Star' setinggi kira-kira tiga tingkat bangunan dari bumbung kapal pelancongan mewah tersebut.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PENGKALA KOTA - Kapal pelancongan mewah “Quantum of the Seas” turut berlabuh di Pelabuhan Swettenham dalam lingkaran George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO baru-baru-baru ini.

Mewakili Kerajaan Negeri, Exco Pembangunan Pelancongan, Law Heng Kiang serta para wartawan turut dijemput menyertai penjelajahan singkat ke dalam kapal pelancongan kedua terbesar di dunia, sepanjang 347.1 meter dengan 167,800 tan kasar.

Kapal yang pertama kali dibahterakan di khalayak pada November tahun lalu itu terdiri oleh 2,090 unit kamar pelbagai kategori dan empat kolam renang, serta boleh menampung kira-kira 4,180 tetamu.

Dalam perut kapal itu kelihatan bagaikan kompleks membeli-belah 16 tingkat di tengah laut atau (seaplex) yang dilengkapi dengan skydiving simulator, rock-climbing wall, flow rider, room games, pentas teater, blonic bar, under water world, serta menikmati pelbagai juadah enak daripada air tangan chef antarabangsa terkemuka seperti Jamie Oliver, Michael Schwart dan Devin Alexander.

WONG Hon Wai (empat dari kiri) dan Lim Hock Seng (lima dari kiri) antara pemimpin Kerajaan Negeri yang menyertai jelajah ringkas di kapal pelancongan mewah 'Quantum of the Seas' di sini baru-baru ini.

Heng Kiang dalam kenyataannya memberitahu bahawa kunjuangan kapal mewah milik Royal Caribbean International bukan sahaja membawa minat pelancong sedunia ke negeri ini, malah menghargai Pulau Pinang sebagai salah satu destinasi pelancongan pilihan di rantau ini.

“Warga Pulau Pinang cukup berbangga kerana menjadi salah satu destinasi pilihan untuk memperkenalkan keindahan kapal 'Quantum of the Seas' yang buat pertama kali di laut mempunyai kelengkapan seperti kapsul kaca tinggi 'North Star', similator terjun iFly dan banyak lagi, yang tidak boleh didapati di tempat-tempat lain,” jelas Heng Kiang yang juga ADUN Batu Lanchang kepada wartawan di sini baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal merangkap Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng turut menyertai program jelajah ringkas di kapal mewah tersebut.

SCREKO Ban
Manakala, Kapten 'Quantum of the Seas', Screko Ban pula berkata, kapal mewah tersebut pasti menyediakan pengalaman unik untuk penumpang dengan ciri-ciri hiburan dan banyak pilihan tempat makan.

Beliau berkata ini termasuk simulator terbang dan 'North Star' yang membolehkan penumpang menikmati pandangan 360 darjah laut.

"Kami juga mempunyai 18 restoran di dalam bahtera ini, yang menawarkan pelbagai juadah enak untuk tetamu," katanya dalam satu sidang akhbar dadakan di atas kapal.

Difahamkan pelayaran menarik 'Quantum of the Seas' dari New York, Amerika Syarikat dalam tempoh hampir dua bulan bermula pada 2 Mei lepas dan dijadual berakhir di Shanghai, China pada 24 Jun lalu.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus