Skip to main content

Posts

Showing posts from July 7, 2015

PasMa & "As-Sofwah Al-Mukhtarah"

AS-SOFWAH AL-MUKHTARAH*
Tiap-tiap mata rantai agama Allah di jalan dakwah sekarang ini perlu memahami bahawa gantian daripada satu generasi kepemimpinan dengan satu generasi kepemimpinan yang lain adalah suatu sunnatuLlah.
Justeru, para ahli PasMa sendiri perlu berikhtiar dan berdoa supaya kepemimpinannya itu ke arah mempersiapkan "golongan terpilih" (As-Sofwah Al-Mukhtarah).
Murabbi kita, Ustaz Yahya Othmans rohimakumuLlah semasa dalam hayatnya membina As-Sofwah Al-Mukhtarah melalui wadah dakwah PAS dahulu secara jelas menasihatkan generasi yang ada ini.
Murabbi kita ini menasihatkan bahawa keperluan individu yang mempunyai sifat-sifat dan kebolehan yang khusus amat diperlukan dalam memimpin dan mengendalikan setiap perjuangan, baik perjuangan Islam mahu pun perjuangan bukan Islam.
Katanya Murabbi kita lagi, jika perjuangan bukan Islam sangat menitik beratkan pembinaan individu dan kelompok khusus yang mempunyai cirri-ciri khusus, bahkan dilengkapkan mereka dengan pelbagai kebol…