Skip to main content

Posts

Showing posts from July 14, 2015

Maimunah sasar 70 sekolah tadika sertai anugerah kitar semula 2015

Oleh: ZAINULFAQARYAACOB

SEBERANG JAYA - Kelab Lion Antarabangsa 308B2 sekali lagi menjadi penaja utama Anugerah Kitar Semula Sekolah-Sekolah Tadika, yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) baru-baru ini.

Yang di-Pertua MPSP, Dato' Maimunah Mohd. Sharif memberitahu, badan bukan kerajaan  (NGO) tersebut turut menyumbang sejumlah tong kitar semula untuk kegunaan semua sekolah yang menyertai pertandingan kali ini.

"Anugerah tahun lepas pun, Lion Club telah menaja hadiah untuk anugerah ini.

"MPSP mensasarkan sebanyak 70 buah sekolah tadika akan mengambil bahagian pada tahun ini," jejas Maimunah pada Majlis Penyampaian Hadiah Kitar Semula Sekolah Tadika 2014 & Pelancaran Anugerah Kitar Semula Sekolah Tadika 2015 di sini.

District Governor Kelab Lion Antarabangsa 308B2, 'Lion' Ooi Chao  Syhuan turut berucap pada majlis yang dilangsungkan di Auditorium Kompleks Ibupejabat MPSP dekat Bandar Perda.

Hadir sama,  Setiausaha Majlis MPSP,  Sr. Roza…

Ultra maraton 100KM bertaraf antarabangsa ke Bukit Mertajam 29 Ogos

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PADANG LALANG - Larian penuh mencabar "Epic Valley Malaysia Eco 100 Ultramarathon" ke puncak Bukit Mertajam yang dianjurkan pada 29 hingga 30 Ogos depan diharap akan mereputasi lagi Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan sukan lasak terpilih di rantau ini kelak. 
Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng berkata impian itu boleh dicapai berdasarkan pengalaman penganjur, Endurance Nature yang diketuai oleh pelari ultra maraton dunia Ng Seow Kong, 53.
RM20,000 disumbangkan oleh Kerajaan Negeri untuk acara sulung itu.
"Kepulangan Ng Seow Kong yang pernah menjadi warga Asian pertama yang berjaya menamatkan cabaran Grand Slam di North Pole (2008), warganegara pertama yang berjaya menamatkan larian mencabar peringkat dunia Tenzing Hillary Everest Marathon di Nepal pada Mei 2007 dan banyak lagi, Kerajaan Negeri berharap semua rekod dunia ini boleh menjadikan Pulau Pinang yang mempunyai hutan daranya tersend…

2,059 guru agama terima RM596,200 'duit raya' sebab integriti Letakkan P.Pinang, kata Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA - Ketua Menteri,  Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menyerahkan replika cek bantuan khas kewangan 2015  berjumlah RM596,200 kepada guru agama pelbagai kategori di negeri ini, sebagaimana menjelang musim perayaan Aidilfitri pada tahun-tahun sebelum ini.
Penerima, 1,472 guru Kelas Al -Quran dan Fardhu Ain  (KAFA), 14 Penyelia KAFA, 166 guru Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), 192 guru  Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), 170 guru Tahfiz,  19 guru sekolah sekolah pondok dan 26 guru Tadika Islam (TADIS).
"Kalau sesebuah Kerajaan Pusat mengamalkan integriti, tentulah tak akan berlaku '1Malaysia Dalam Bahaya' atau  1MDB dengan hutang tertunggak mencecah lebih RM42 bilion, yang turut mendapat liputan media-media dari luar negara.
"Sumbangan khas boleh diuruskan kerana kita ada surplas, walaupun Kerajaan Negeri tidak begitu 'senang' seperti dulu disebabkan terbeban (oleh) GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan), sebagaimana susah ditangg…