Skip to main content

Posts

Showing posts from August 17, 2015

Guan Eng arah kemaskini info harian untuk pengguna elak trafik sesak

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Penutupan jalan secara berjadual setiap hari mulai awal pagi tadi di antara persimpangan Hilir Sungai Keluang 1 dan persimpangan Lebuhraya Kampung Jaya dekat Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas mengakibatkan kesesakan trafik yang luar biasa, sehingga menggamit amarah pengguna Lebuhraya Dr. Lim Chong Eu.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam reaksi spontan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pemaju, UEM Builders Bhd. supaya mengadakan sidang media bagi mengemankini info trafik harian pada jam 12.00 tengah hari di Bilik Mesyuarat Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Tingkat 4, Komtar, mulai esok.
“Ini adalah projek Kerajaan Pusat untuk membina bahagian special span (rentasan utama atau rentang tuju) lebuh raya bertingkat yang merintangi (Sungai Keluang), yang bernilai RM337 juta.
“Ini suatu krisis yang besar untuk Pulau Pinang, di mana kereta langsung tidak boleh bergerak, ia sesuatu yang harus dibaiki oleh pihak JKR.
“Saya telah berbinca…

Bicara kes roboh Pasar Perai 18 Sept. – YDP MPSP

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA - Kes perobohan sebahagian struktur Pasar Perai yang berusia 76 tahun serta mempunyai nilai warisan sejarah tersendiri dengan tanpa kebenaran Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan didengar di Mahkamah Majistret Butterworth pada 18 September ini.
Demikian maklum balas Yang di-Pertua Majlis MPSP, Dato' Maimunah Mohd. Sharif kepada wartawan.
“Dia (pemaju) tidak memohon apa-apa (Pelan Rancangan Pembangunan) projek pun di tapak tersebut, cuma dia meruntuhkan pasar lama tersebut.
“Kalau mengikut undang-undang, memerlukan kelulusan daripada majlis (MPSP), tetapi kerja-kerja dia ini tiada kelulusan, maka, kita (MPSP) bawa ke mahkamah,
“Kita (MPSP) mengambil tindakan tegas di bawah dua akta, (iaitu) Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan (1974),” jelas Maimunah pada sidang media di Kompleks Ibupejabat MPSP dekat Bandar Perda, di sini baru-baru ini.
Hadir sama, Setiausaha Majlis bagi MPSP, Sr. Rozali Mohamud.