19 August 2015

Guan Eng umum bantu waris lima mangsa korban bom Bangkok

KETUA Menteri (empat dari kiri) menyerahkan surat rakaman takziah kepada Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha atas insiden ledakan bom di Bengkok 17 Ogos, melalui Ekajit Khaivichien (tiga dari kiri) sambil disaksikan oleh pemimpin Kerajaan Negeri lain di sini, petang tadi.
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Lima warga Pulau Pinang antara 128 mangsa kejadian ledakan bom di Bangkok pada 17 Ogos lalu sekitar jam 6.00 petang waktu tempatan.

Lim Saw Gaik, 49, Lee Tze Siang, 35, Lee Jing Xuan, 4, dan Neoh Yee Jai Jun, 20, antara empat yang disahkan terkorban, manakala, jasad Lim Su See, 52, masih dijejaki hingga kini.

Dua anggota keluarga lain,  Neoh Hock Guan, 55, dan Neoh Yee Ling, 33, masing-masing cedera parah, dan dalam proses dibawa pulang bersama-sama lima jenazah lain ke negeri ini.

Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Thailand akan memberi sokongan berwajib kepada waris semua mangsa terbabit.

"Kerajaan Pulau Pinang menyatakan Solidariti dengan Kerajaan Thailand dalam tempoh berkabung bagi kehilangan yang besar ini.

"Saya juga berdoa agar kita (warga Pulau Pinang) mencari kekuatan dan kesungguhan untuk menghentikan kebinasaan daripada berlaku lagi," ujar Guan Eng selepas menerima kunjungan hormat Pegawai Konsulat Besar Thailand ke Pulau Pinang, Ekajit Khaivichien di sini, petang tadi.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng,  dan Wong Hon Wai (Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri), Dato' Seri Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri),  Zairil Khir Johari (Ahli Parlimen Bukit Bendera) dan Datuk Dr. Zailan Adnan (Pengarah Kesihatan Negeri).

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan memberitahu bahawa pihaknya turut mengutus surat rakaman takziah kepada Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha atas insiden yang berlaku.

Hadir sama, anak lelaki sulung kepada Hock Guan, Neoh Kah Loon, 26, bersama-sama rakannya, Tan Chong Cheng, 22.

Semasa bertemu Guan Eng, Kah Loon seakan memberi isyarat bahawa waris kepada semua mangsa yang terkorban memerlukan masa untuk menerima kenyataan atas insiden yang berlaku itu.

Manakala,  Chong Cheng dalam reaksi spontan memohon supaya Kah Loon sekeluarga terus tabah menghadapi ujian pahit tersebut.

Tragedi ledakan bom berhampiran kuil Hindu dekat Bangkok direkodkan meragut 20 nyawa, termasuk lima warga Pulau Pinang.

Guan Eng tarik balik saman fitnah, Shaik Hussein nafi mohon maaf

(Dari kiri) Wong Hon Wai, Simon Murali, Ketua Menteri, Lim Hock Seng dan Raja Syarafina Raja Shuib selepas selesai Penghakiman Persetujuan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, George Town pada pagi tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri,  Y.A.B Tuan Lim Guan Eng pagi ini menarik balik saman fitnah yang difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada bulan Oktober 2012, apabila bekas Ketua Pemuda Umno Negeri,  Shaik Hussein Mydin dikatakan bersetuju menarik balik semua tuduhan yang disiarkan di beberapa media sebelum ini.

Penghakiman Persetujuan itu dibuat di depan Pesuruhjaya Kehakiman, Y.A. Datuk Dato' Nordin Hassan.

Guan Eng dalam kenyataannya berkata, tindak-tanduk Shaik Hussein yang sebelum ini didakwa berniat jahat itu diharap dapat menjadi teladan kepada pemimpin pembangkang Pulau Pinang yang lain.

"Apabila Shaik Hussein Mydin membuat tuduhan atau membuat fitnah bahawa saya telah menerima rasuah,  itu sesuatu yang saya tidak boleh biarkan.

"Di depan Hakim Mahkamah Tinggi,  Shaik Hussein Mydin memohon maaf kepada saya...dan tarik balik (kenyataannya) tanpa syarat.

"Itu sebab, kita tidak memohon (tuntutan) kos kerana yang penting adalah membersihkan nama Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

"Sebagai Ketua Menteri, tentunya saya ingin memberikan suatu teladan bukan sahaja dicontohi oleh rakan-rakan sejawat saya, tetapi juga kepada rakyat Pulau Pinang," jelas Guan Eng pada sidang media bersama-sama peguamnya, Simon Murali luar Kamar Mahkamah Sivil 5, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini.

Tambah Guan Eng, beliau masih belum membuat sebarang pertimbangan muktamad, sama ada mahu mengambil langkah undang-undang atau sebaliknya, ke atas beberapa media yang terbabit menyiarkan kenyataan Shaik Hussein sebelum ini.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Wong Hon Wai, Raja Syarafina Raja Shuib (Pegawai Undang-undang kepada Ketua Menteri) dan Lim Hock Seng  (Exco Kerja Raya,  Pengangkutan dan Utiliti) turut sertai sidang media tersebut.

Shaik Hussein pada sidang media berasingan selepas itu bagaimanapun menafikan permohonan maaf, yang dinyatakan oleh Guan Eng di luar mahkamah.

"Tiada permohonan maaf di depan Hakim, ini keputusan yang dibaca dan kita setuju," respons Shaik Hussein yang juga Pengerusi Umno Bahagian Bagan, bersama-sama peguamnya, Simon Tan.

Berdasarkan salinan dokumen Penghakiman Persetujuan yang diedarkan, langsung tidak terdapat terma defendan memohon maaf kepada plaintif.

Defenden bersetuju menarik balik kenyataan yang dibuat pada 5 Oktober 2012.

Kenyataan itu berbunyi, "Dan saya merasakan dan saya tidak menuduh, saya tidak menuduh, saya berasakan bahawa dia telah mengambil rasuah daripada Dental, Kuala Lumpur International Dental Hospital."

Katanya lagi, "To Chief Minister of Penang, please don't waste our time. We are busy untuk menepati janji. Dia busy untuk menipu. Dia memang tipu."

Dokumen Consent Judgement sama turut menyebut plaintif akan menarik balik tuntutannya ke atas defendan.

Kedua-dua pihak turut bersetuju untuk menanggung kos masing-masing, serta tidak akan melanjutkan sebarang tindakan baru pada masa depan, berhubung kes berbangkit tersebut.

Terdahulu, Shaik Hussein pada 5 Oktober 2012 dilaporkan menuduh Guan Eng sebagai korup, dengan melakukan penipuan serta menerima rasuah daripada Pusat Pergigian Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIDC), yang dikaitkan dengan suatu projek pembangunan bercampur di atas sebidang tanah berhampiran Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin.

Guan Eng dalam reaksi spontan memberitahu, kenyataan Shaik Hussein itu tidak berdasarkan fakta kebenaran,  serta berniat jahat terhadap dirinya.

Sambil mencanangkan tuduhan berunsur fitnah, Shaik Hussein turut berdalih untuk berdialog secara terbuka dengan Guan Eng untuk mencari kebenaran.

Susulan itu, Guan Eng memohon injuksi demi  menghalang Shaik Hussein dan agennya yang lain daripada mengulangi kata-kata fitnah ke atasnya.

Malah, Guan Eng ke Mahkamah Tinggi bersama-sama peguamnya Jagdeep Singh Deo (kini Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan) untuk memfailkan saman fitnah tersebut, menuntut saman ganti rugi, kos serta kenyataan terbuka disiarkan di semua media arus perdana.

Selepas memfailkan saman, Guan Eng memberitahu wartawan dalam sidang media di luar mahkamah, jika beliau tidak mengambil tindakan mahkamah, isu ini akan dieksploitasi oleh Barisan Nasional (BN) untuk memburukkan imejnya serta Kerajaan Negeri.

Selepas beberapa kali sesi perbicaraan dalam tempoh hampir tiga tahun, akhirnya kes tersebut diselesaikan secara Penghakiman Persetujuan.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus