Skip to main content

Posts

Showing posts from August 20, 2015

Shaik Hussein lafaz dua kali permohonan maaf kepada Guan Eng, kata Pegawai Undang-Undang Ketua Menteri

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Shaik Hussein Mydin sebenarnya secara lisan memohon maaf dua kali kepada Ketua Menteri,  Y.A.B Tuan Lim Guan Eng, dengan disaksikan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Dato' Nordin Hassan di kamarnya, sebelum Kehakiman Persetujuan diumumkan.

Penasihat Undang-Undang Ketua Menteri, Raja Syarafina Raja Shuib penyelesaian secara baik di luar mahkamah dipersetujui apabila Shaik Hussein berjanji membuat tawaran permohonan maaf secara lisan dalam Kamar Hakim Mahkamah, serta menarik balik kenyataan berunsur fitnah dalam media tanpa syarat.

"Shaik Hussein Mydin secara lisan telah dua kali memohon maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Lim Guan Eng, di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang," jelas Raja Syarafina dalam satu kenyataan bertulis pada hari ini.

Semalam, Guan Eng bersetuju menarik balik saman fitnah yang difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada bulan Oktober 2012, apabila Shaik Hussein dikatakan bersetuju…

Guan Eng serah sumbangan, wakil Thailand serah pampasan mangsa bom Bangkok

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SUNGAI PUYU - Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng menyampai sumbangan keseluruhan berjumlah RM10,000 kepada semua waris lima warga Pulau Pinang yang terbunuh dalam kejadian ledakan bom di Bangkok pada 17 Ogos lalu.

Manakala, Konsul Jeneral Thailand di Pulau Pinang, Ekajit Kraivichien pula pada majlis sama menyerahkan pampasan dari Kerajaannya,  sebanyak RM45,902.38 (400,000 Baht) kepada setiap keluarga mangsa terbabit.

Mangsa yang cedera dalam serangan itu pula turut mendapat bayaran pampasan maksimum RM11,475.59 (100,000 Baht) bagi menampung kos perubatan dan hospital di negara jiran tersebut.

"Sekali lagi saya ingin merakamkan takziah atas kehilangan besar untuk ahli keluarga yang terkorban dalam tragedi yang mengerikan semua kita.

"Terima kasih juga kepada Kerajaan Thailand atas kerjasama serta pampasan yang disumbangkan," jelas Guan Eng selepas menziarahi kelima-lima mangsa terbabit dalam dua upacara penghormatan terakhir di sini, pada petan…