Skip to main content

Posts

Showing posts from August 21, 2015

P.Pinang kekalkan perkataan 'Bersih', jangan politikkan tema Hari Merdeka, kata Ramasamy

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - "Bersih,  Cekap dan Amanah" yang menjadi tema Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri sepatutnya tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak,  hingga Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mengeluarkan surat pekeliling melarang guru dan murid daripada menyertai acara perarakan tahunan di negeri ini pada 31 Ogos nanti.

Timbalan Ketua Menteri II,  Prof.  P. Ramasamy berkata, tema itu dipilih secara rasmi melalui Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri,  serta tiada kena-mengenai dengan himpunan aman BERSIH 4.0 atau Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih yang dirancang di ibu negara mulai 29 Ogos nanti.

"'Bersih,  Cekap dan Amanah' ini pernah menjadi tema pentadbiran Tun Dr.  Mahathir Mohamad masa menjadi perdana menteri dulu, mengapa Kementerian (Pendidikan) begitu sensitif sekarang ini.

"Janganlah politikkan perkataan 'bersih', kerana perarakan di padang (Dataran Pemuda,) Butterworth pada 31 Ogos ini adalah Hari Kebangsaan untuk semua …