23 August 2015

Boon Poh sertai upacara penghormatan mangsa terakhir korban Bangkok

SUASANA upacara penghormatan terakhir di perkarangan rumah waris mendiang Lim Su See dekat Taman Dedap, Butterworth pada pagi tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SUNGAU PUYU - Upacara penghormatan pagi ini kepada jasad terakhir, Lim Su See, 52, yang terkorban dalam tragedi ledakan bom di Bangkok pada 17 Ogos lalu turut disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu,  Phee Boon Poh.

Wong Hon Wai selaku Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng serta Ahli Parlimen Batu Kawan,  P. Kasthuriraani turut sertai majlis tersebut.

"Saya juga ingin merakamkan takziah kepada keluarga mangsa korban, serta mereka yang tercedera dalam insiden tragedi di Bangkok itu," kata Boon Poh yang juga Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar kepada wartawan di kediaman waris Su See di sini.

Difahamkan, beberapa bahagian jasad Su See sah ditemui kemudian,  selepas empat mangsa korban terbabit dibawa pulang ke negeri ini.

Semalam, jenazah Lee Tze Siang, 35 dan Lee Jing Xuan, 4, telah dibakar dalam suatu upacara penghormatan terakhir di Tanah Perkuburan Cina Jalan Berapit dekat Bukit Mertajam.

Jasad Su See pula akan disemadikan di Tanah PerkuburanSungai Lembu pada tengah hari ini, disusuli dengan upacara penyemadian dua mangsa korban lain, Lim Saw Gaik, 49 dan Neoh Jai Jun, 20, dalam suatu upacara berasingan jam 2.00 petang nanti ke tanah sama.

Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan sebelum ini menyumbang RM10,000 kepada kesemua lima mangsa korban terbabit.

Konsul Jeneral Thailand di Pulau Pinang, Ekajit Kraivichien pula pada majlis sama menyerahkan pampasan dari Kerajaannya,  sebanyak RM45,902.38 (400,000 Baht) kepada setiap keluarga mangsa terbabit.

Mangsa yang cedera dalam serangan itu pula turut mendapat bayaran pampasan maksimum RM11,475.59 (100,000 Baht) bagi menampung kos perubatan dan hospital di negara jiran tersebut.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus