08 September 2015

Polis mangsa serangan warga asing diziarahi MP Bukit Mertajam

(Dari kiri) S.M Eong, Tan Keng Chao, M. Ganesh dan Steven Sim Chee Keong menziarahi Koperal Khosim Hat di Wad 8 Hospital Bukit Mertajam di sini, petang tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BERAPIT - Unit Siasatan Jenayah (USJ) memerlukan lebih ramai anggota supaya insiden seorang polis dalam tugas diserang lebih 20 warga asing di Bukit Tengah tidak lagi berulang.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berkata demikian selepas melawat mangsa, Koperal Khosim Hat yang masih menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam di sini, petang tadi.

"Orang seperti Koperal Khosim Hat ini merupakan anggota contoh di mana beliau benar-benar berkhidmat melawan jenayah sehingga merisikokan bahaya pada nyawa sendiri.

"Anggota yang melawan jenayah kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan polis kira-kira 100,000 orang.

"Sudah beberapa kali saya katakan di Parlimen supaya bilangan mereka yang melawan jenayah ini tidak boleh 10 peratus sahaja, tetapi mesti ditingkatkan lagi.

"Ini penting supaya polis betul-betul mampu melawan jenayah dan melindungi masyarakat kita," jelas Steven Sim kepada wartawan, selepas menyampaikan buah tangan kepada keluarga mangsa.

Ketua Balai Polis Bukit Mertajam, OCS M. Ganesh dan timbalannya, S.M. Eong serta Tan Keng Chao (Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam) turut sertai lawatan ringkas itu.

Terdahulu, mangsa diserang oleh lebih 20 warga asing semasa membanteras aktiviti perjudian di sebuah kilang memproses makanan ayam di Kawasan  Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bukit Tengah.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor dalam satu kenyataan berasingan dilaporkan berkata, lapan lelaki Nepal serta lima wanita Vietnam dan Indonesia ditahan.

"Senjata api milik anggota itu berjaya ditemui semula di kawasan semak berhampiran kilang berkenaan," kata Rusli dipetik daripada suatu portal berita arus perdana.

Khosim merupakan anggota Unit Peronda Bermotosikal daripada CID Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus