13 September 2015

Sertai Timbalan Pengerusi Amanah P.Pinang Ke Nadwah IKRAM



الأصول العشرين

5. ورأي الإمام ونائبه فيما لا نص فيه، وفيما يحتمل وجوها عدة وفي المصالح المرسلة معمول به ما لم يصطدم بقاعدة شرعية، وقد يتغير بحسب الظروف والعرف والعادات، والأصل في العبادات التعبد دون الالتفات إلى المعاني، وفي العاديات الالتفات إلى الأسرار والحكم والمقاصد.

Maksud:
(Usul kelima) Pendapat Imam atau Naibnya dalam perkara-perkara yang tidak ada nas, yang boleh menerima andaian pelbagai segi dan yang berhubung dengan masalih al-mursalah boleh diterima sekiranya tidak bertentangan dengan kaedah-kaedah syara’. Kadang-kadang ia berubah menurut keadaan, uruf dan adat. Asal pada ibadat ialah ta’abbud tanpa melihat kepada makna-makna. Dan asal pada adat ialah melihat kepada rahsia, hikmah dan tujuan.

Wallahu 'alam.

Maksud anjing & babi...



Ada pegawai Kerajaan Kelantan dipanggil SPRM untuk bantu siasatan skandal pembalakan haram, susulan pemimpin PAS umum batal 'gencatan senjata' jika Hudud tidak rujuk Parlimen.

Padanlah bekas pemimpin kami secara melampau dilaporkan menyebut, "Anjing Menyalak Babi Dalam Bukit", kemungkinan membawa maksud pegawai SPRM tengah gigih memburu wakil rakyat Kelantan yang terlibat dalam pembalakan haram.

Kaedah Fiqh menyebut:

إذا تعذرالحقيقة يصار المجاز
Maksud:
Apabila sesuatu lafaz sukar diertikan secara hakiki dipindahkan kepada pengertian majazi.

Wallahu 'alam.

Usul Fiqh: Dalalah...

DALALAH
Dalalah atau "petunjuk pada makna yang dikehendaki" merupakan antara topik yang diperbincangkan dalam disiplin ilmu usul fiqh.

Umumnya metodologi ulamak Hanafi ada sedikit perbezaan dengan Jumhur Ulamak Mutakallimin selainnya.

Antaranya, ulamak Hanafi membahagikan lafaz kepada empat bahagian (baca: meliputi sumber-sumber disepakati), iaitu Al-Quran, As-Sunnah, Qiyas dan Ijmak.

Maka, dibincangkan Ibarat  An-Nas, Isyarat An-Nas, Dalalah Al-Nas dan Iqtida' Al-Nas di kalangan ulamak Hanafi.

Jumhur ulamak Mutakallimin pula membahagikan lafaz ini kepada dua bahagian, iaitu Mantuq (baca: hukum yang ditunjukkan oleh ucapan lafaz itu sendiri) dan Mafhum (hukum yang tidak ditunjukkan oleh ucapan lafaz itu sendiri, tetapi dalalah  diambil daripada pemahaman terhadap ucapan lafaz tersebut.

Kesimpulannya, jangan menghukum umat Islam berdasarkan pada zahir nas semata-mata, kerana lafaz literal barangkali  membawa pada dalalah  sebaliknya.

Wallahu' alam.

#Ulangkaji #UsulFiqh

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus