17 September 2015

Surplas setiap tahun kerana tadbir urus kerajaan 'bersih', mahasiswa dihargai, kata Guan Eng

LEE Xin Xuan dengan bangganya menzahirkan penghargaan atas sumbangan RM1,000 Bantuan Daftar Masuk Universiti Awam kepadanya, di Dewan Ng Yam Huat dekat Padang Lalang baru-baru ini.
KETUA Menteri (depan, empat dari kiri), Abdul Rashid Hasnon (depan, lima dari kiri), Abdul Malik Abul Kassim (depan, tiga dari kiri) dan Wong Hon Wai (depan, kanan sekali) merakmkan gambar dengan waris serta penerima sumbangan RM1,000 Bantuan Daftar Masuk Universiti Awam Peringkat Pulau di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PANTAI JEREJAK - Sumbangan RM1,000 Bantuan Daftar Masuk Universiti Awam boleh dilaksanakan sampai sekarang disebabkan Kerajaan Negeri mempunyai kemampuan mencapai lebihan kewangan tiap-tiap tahun sejak 2008 hingga 2013 yang keseluruhannya berjumlah RM453 juta.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng memberitahu, angka surplas tersebut mendahului pencapaian Kerajaan Negeri era Barisan Nasional dalam tempoh 50 tahun lalu (1965-2007) yang direkodkan sebanyak RM373 juta sahaja.

“Kerajaan Negeri mampu membayar sebab Kerajaan Negeri terus berpegang kepada prinsip bahawa sebuah kerajaan bersih alam menjalankan tata kelola dan urus tadbir kerajaan yang lebih baik daripada sebuah kerajaan yang rasuah.

“Hasil Kerajaan Bersih (pada hari) inilah yang mendapat pujian bukan sahaja daripada Laporan Ketua Audit Negara, tetapi juga Transparancy International,” jelas Guan Eng pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Daftar Masuk Ke Universiti Awam Peringkat Pulau di Tapak Pesta Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Seramai 209 pelajar terpilih dari Daerah Timur Laut dan 95 lain dari Daerah Barat Daya menerima sumbangan daripada Guan Eng, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih merangkap Ahli Parlimen Bagan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I merangkap ADUN Pantai Jerejak, Dato' Mohd. Rashid Hasnon, Dato' Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna merangkap ADUN Batu Maung) dan Wong Hon Wai (ADUN Air Itam merangkap Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri).

KETUA Menteri (tengah) diiringi beberapa pemimpin Kerajaan Negeri merakamkan gambar kenang-kenangan dengan waris dan penerima sumbangan RM1,000 Bantuan Daftar Masuk Universiti Awam Peringkat Daerah SPT di Dewan Ng Yam Huat dekat Padang Lalang baru-baru ini.
Guan Eng turut menyampaikan sumbangan kepada 234 penerima dari Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (226 orang) dan Seberang Perai Selatan (122 orang) pada majlis berasingan di Dewan Ng Yam Huat dekat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Padang Lalang baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap ADUN Perai, Prof. P. Ramasamy, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti merangkap ADUN Bagan Jermal), Dato' Maktar Shapee (Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang merangkap ADUN Sungai Bakap), Lee Khai Loon (ADUN Machang Bubuk), Ong Chin Wen (ADUN Bukit Tengah) dan Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) dan P. Kasthuriraani (Ahli Parlimen Batu Kawan) turut hadir pada majlis tersebut.

Guan Eng dalam ucapannya semasa itu merakamkan ucapan takziah kepada jemaah Haji yang terlibat dalam kemalangan tren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada awal pagi Jumaat, 11 September lalu.

Beliau mengajak semua waris serta penerima sumbangan supaya bertafakur seketika atas kejadian mengejutkan itu, dengan Maktar dimohon memimpin bacaan Surah Al-Fatihah.

"Saya dan kita semua di sini tentu juga terkejut dan sedih atas kemalangan yang berlaku di Makkah.

"Marilah kita bertafakur seketika dan saya minta Ustaz Maktar Shapee membacakan Al-Fatihah kepada ahli keluarga yang terkorban atau tercedera,” ucapnya.

Sehingga awal pagi 12 September lalu, dilaporkan, seramai 87 meninggal dunia serta 184 lain mengalami kecederaan dalam kejadian semasa hujan lebat dan ribut pasir di Makkah.

NUR Syuhaida Mohd. Fauzi, salah seorang penerima Sumbangan RM1,000 Bantuan Daftar Masuk Ke Universiti Awam melahirkan penghargaan atas inisiatif Kerajaan Negeri.
Sementera itu, penerima, Nur Syuhaida Mohd. Fauzi, 18, sumbangan itu akan digunakan untuk persiapan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bertam kelak.

“Sumbangan ini sangat diperlukan kerana saya memang perlu sebuah komputer riba untuk buat kerja kursus masa bukan semester nanti,” katanya yang juga pelajar diploma farmasi.

Nada yang sama turut disampaikan oleh Lee Xin Xuan, 19, mahasiswi jurusan Pengurusan Kewangan di Kolej Universiti Tunku Abdul Razak (Kolej TAR).

“Saya memang mengharapkan sumber pendidikan tambahan untuk persiapan belajar di kolej nanti, sangat seronok dengan bantuan pendidikan ini,” jelasnya.

M. Irenaeus Anand Moses
M. Irenaeus Anand Moses, mahasiswa jurusan Teknologi Maklumat (IT) di Universiti Tunku Abdul Razak (UTAR) turut melahirkan penghargaan atas sumbangan Kerajaan Negeri.

“Inilah pertama kali saya menerima sendiri sumbangan Kerajaan Negeri daripada Y.A.B. Ketua Menteri.

“Seperti yang diharakan oleh Y.A.B. Ketua Menteri supaya para penerima akan kembali berkhidmat di Pulau Pinang, saya berharap akan kembali ke negeri ini untuk bekerja tidak kira dalam sektor kerajaan atau swasta selepas tapat pengajian nanti,” jelas beliau.

Beliau turut memuji pentadbiran Guan Eng kerana berjaya merekodkan lebihan kewangan tiap-tiap tahun, sekaligus menunjukkan tadbir urus Kerajaan Negeri hari ini adalah berbeza dengan era sebelumnya.

Perkembangan terbaru ini sekaligus membuktikan kemampuan Kerajaan Pulau Pinang dalam memenuhi keperluan pengajian mahasiswa terpilih di negeri ini.

Perintah cegah jangkitan penyakit anjing gila diwartakan di P.Pinang


(Dari kiri) DR. Siti Salmiah Tahir, Dr. Zailan Adnan, Dr. Afif Bahardin, Lim Guan Eng dan Soon Lip Chee pada sidang media di sini, tengah hari tadi. | Foto: Darwina Mohd. Daud (Buletin Mutiara)


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 

GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng tengah hari tadi mengarahkan tangkapan semua anjing terbiar di Pulau Pinang untuk dilupuskan, selepas dua kes Rabies akibat gigitan anjing gila disahkan positif baru-baru ini.

Justeru, katanya, Perintah Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing Gila (Negeri Pulau Pinang) 2015 diwartakan di bawah subseksyen 42(4) Akta Binatang 1953 [Akta 647], demi membolehkan seorang Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri melaksanakan arahan itu.

"Saya tidak mahu masalah mikro dalam hal ini, saya cuma mahu memastikan rakyat Pulau Pinang selamat daripada penyakit jangkitan ini.

"Sekarang adalah kawasan cemas, saya telahpun turunkan kuasa kepada Jabatan Veterinar Negeri untuk melaksanakan perintah ini.

"Ia (anjing gila) rela mati asalkan boleh menggigit apa sahaja, ia sangat bahaya, macam 'zombie'," kata Guan Eng kepada wartawan di sini.

Bercakap pada masa sidang media sama, Exco Pertanian & Industri Asas Tani,  Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin memberitahu dua kes Rabies disahkan positif di Kepala Batas dan Sungai Pinang.

Dr. Afif memberitahu, langkah perwartaan diumumkan oleh Kerajaan Negeri selepas mendapatkan maklum balas daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan  (NGO) berkaitan binatang di negeri ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dato' Dr. Zailan Adnan turut menjelaskan peri bahaya penyakit zoonotik tersebut.

Manakala, Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri, Dr. Siti Salmiah Tahir pula menjelaskan pula menjelaskan mengenai operasi penguatkuasaan perintah berwajib itu di negeri ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Soon Lip Chee yang juga anggota Jawatankuasa Tetap Kesihatan Negeri.

Rabies adalah penyakit zoonotik atau virus yang merebak daripada haiwan kepada manusia, melalui gigitan atau pemindahan mukus  (saliva) serta boleh mengakibatkan kematian.

Demam dan sakit otot merupakan  petanda awam, sebelum berakhir dengan serangan sistem saraf yang  mengakibatkan keresahan, insomnia, gangguan mental seterusnya bertindak agresif lalu kematian.

Kes Rabies mula dikesan di Negeri Perlis pada 17 Ogos lalu selepas disahkan oleh Veterinary Research Institute (VRI), disusuli kes serupa di Pulau Pinang pada 14 September lalu.

Muktamad nama 'bandar satelit' selepas undian online, respons Guan Eng

KETUA Menteri (empat dari kiri) bersama-sama pemimpin utama lain menyempurnakan majlis pecah tanah Fasa Satu Projek Pembangunan Bercampur Aspen Vision City Batu Kawan di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT TAMBUN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata nama baru bagi 'bandar satelit' yang merangkumi lokasi segi tiga antara Batu Kawan, Cangkat dan Bukit Minyak akan dimuktamadkan oleh Kerajaan Negeri, selepas Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) melaksanakan undian awam secara online dalam tempoh tiga bulan kelak.

“Batu Kawan di kawasan ini bersama-sama beberapa kawasan tanah yang lain akan digabungkan menjadi satu bandar satelit yang baru.

“Selebihnya akan ditentukan kemudian selepas undian secara online untuk memuktamadkan apakah nama terbaik untuk bandar satelit ini,” jelas Guan Eng pada sidang media di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas berucap dan menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Fasa Pertama Projek Pembangunan Bercampur Aspen Vision City di Batu Kawan di sini baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Aspen, Dato' M. Muraly turut berucap pada majlis tersebut.

Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon, Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir), Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan), Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti), Dato' Seri Nazir Ariff Mushir Ariff (Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Aspen) dan Christian Rojkjaer (Pengarah Urusan Ikano Pte. Ltd.) turut menyertai majlis itu.

Hadir sama, Yang di-Pertua Majlis Perbadanaran Seberang Perai (MPSP), Dato' Maimunah Mohd. Sharif dan Dato' Rosli Jaafar (Pengurus Besar PDC).

Guan Eng dalam ucapannya memberitahu, kerja-kerja fasa pertama projek pembangunan bercampur yang bernilai sekitar RM200 juta itu berkuatkuasa serta-merta, termasuk pemajuan gedung pasaraya IKEA pertama di Utara Semenanjung Malaysia yang dijangka siap pada tahun 2018.

Komponen pembangunan bercampur lain antaranya, syarikat penjagaan kesihatan swasta antarabangsa terkenal, Hospital Columbia Asia, serta sebuah sekolah dan hotel berjenama antarabangsa.

“Aspen Vision City dibiayai oleh OCBC Bank (M) Berhad. Kemudahan kredit setakat ini sejumlah RM196 juta telah diluluskan.

“Kami (Kerajaan Negeri) berharap projek ini bersama-sama dengan IKEA akan meningkatkan status Pulau Pinang sebagai bandar antarabangsa dan pintar di rantau ini,” ujar Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam.

Terdahulu, Guan Eng memberitahu bahawa Bandar Satelit Baru yang akan dimajukan di negeri ini sepatutnya difahami seperti pembangunan Wilayah PembangunanMalaysia di Johor, yang merangkumi lokasi segi tiga di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di utara, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di barat daya dan Pelabuhan Pasir Gudang (PPG) di tenggara.

Difahamkan, Kerajaan Negeri melalui Projek Perumahan Mampu Milik (Projek AHS), tanah seluas 200 ekar disediakan untuk membina 11,800 unit kediaman mampu milik berkualiti dalam tempoh 10 hingga 15 tahun.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus