Skip to main content

Posts

Showing posts from October 4, 2015

Mabuk air ketum & bagaimana menganalisis 'illat-nya?

Usul Fiqh: MABUK AIR KETUM & BAGAIMANA MENGANALISIS 'ILLAT-NYA?
Kenapa minum air ketum boleh haram sedangkan tiada nas yang soreh lagi sahih daripada Al-Quran atau As-Sunnah atau Al-Ijmak mengenai pengharamkannya?

AL-QIYAS  DAN EMPAT RUKUNNYA Sebab, diqiyaskan kepada pengharaman arak.
Dari segi bahasa, القياس membawa maksud menentukan sesuatu berdasarkan sesuatu yang lain.
Dari segi istilah pula, qiyas bermaksud melaraskan hukum sesuatu yang tiada dalil dengan sesuatu yang perbuatan lain yang mempunyai dalil, berdasarkan 'illat yang sama.
1. As-Aslu (الأصل) : Larangan meminum arak bermuarakan sabda Rasulullah S.A.W:
كل مسكر حرام  Maksud: Setiap yang memabukkan itu adalah haram
[hadith riwayat Al-Bukhari]
2. Al-Far'u (الفرع) : Dilarang meminum air ketum bersandarkan dalil larangan meminum arak.
3. Punca hukum (العلة) : Memabukkan pada arak adalah sama memabukkan pada meminum air ketum.
3. Justifikasi hukum  (الحكم) : Haram meminum air ketum bersandarkan dalil pengharaman…