06 October 2015

Guan Eng harap polis segera tangkap dalang twitter palsu

GAMBAR Lim Guan Eng (kiri) diambil aduan oleh ASP Jamaluddin Ismail dari luar bilik mesyuarat Pejabat Ketua Menteri di sini,  petang tadi. 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap dalang yang menyebarkan fitnah mengenai isu larangan azan di negeri ini menerusi suatu twitter palsu atas namanya segera ditangkap oleh polis.

Guan Eng berkata demikian selepas membuat aduan, dan keterangan diambil oleh ASP Jamaluddin Ismail, Pegawai Penyiasat dari IPD Timur Laut.

Semalam,  Wong Hon Wai selaku Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri turut membuat aduan polis.

Kicauan twitter palsu itu berbunyi, "Larangan pembesar suara di Masjid & Surau dlm. P.Pinang muktamad. Mereka yang tak setuju tak layak tinggal dalam negeri ini. Sila keluar!"

GAMBAR twitter palsu yang mengfitnah Lim Guan Eng.

Guan Eng berjumpa pemuda AMANAH, puji ketokohan Fadzil Noor

FAIZ Fadzil (tengah) dan Lim Guan Eng (kanan) saling berdialog isu mengukuhkan sokongan umat Islam kepada Pakatan Harapan pada PRU14 nanti, sambil disaksikan oleh pegawai khas Presiden AMANAH  (kiri) di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang,  di George Town,  lewat petang tadi. 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB


GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng hari ini menerima kunjungan hormat pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH).


Sayap pemuda parti, Angkatan Anak Muda Amanah (AMAN) diketuai oleh Timbalan Pengerusinya, Faiz Fadzil.

Guan Eng dalam sidang media ringkas di sini, memuji ketokohan ayah pemimpin pemuda berkenaan, bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor yang dianggap memainkan peranan besar dalam memetakan politik tanah air.

Katanya, sumbangan Fadzil Noor melalui wadah PAS dahulu diharap  dapat diteruskan melalui wadah AMANAH dalam mengukuhkan Pakatan Harapan, kini.

25 dapat TUTM, Dr. Afif galak belia ceburi pertanian moden

SEBAHAGIAN peminjam TUTM sedang melafaz ikrar dalam membayar balik seperti yang dijanjikan mengikut terma dan syarat perjanjian. | Foto: Buletin Mutiara 

PANTAI JEREJAK - Skim pinjaman mikro kredit Tabung Usahawan Tani Muda (TUTM) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri diharap terus menggamit minat golongan belia untuk menceburi bidang pertanian moden di Pulau Pinang.

Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin berkata demikian pada majlis penyerahan TUTM kepada 25 peminjam pertama di sini baru-baru ini.

"Saya melihat bidang pertanian ini sememangnya peluang terbaik dalam menjana pendapatan lumayan, sayangnya ia hanya dipelopori golongan warga emas.

"Jadi, TUTM diperkenalkan untuk petani dan nelayan muda dalam memperkembangkan sektor pertanian dengan praktis yang moden," jelas beliau pada majlis yang dilangsungkan di Kompleks Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dekat Bayan Lepas.

Tambah beliau, transisi daripada pertanian tradisonal kepada kejenteraan serta kaedah-kaedah moden seperti di Australia terbukti menggandakan produktiviti bekalan makanan di negara itu.

"Sektor pertanian di Pulau Pinang sememangya mempunyai potensi yang amat besar dan tiada alasan bagi kita menidakkan perkara tersebut yang terbukti apabila negara seperti di New Zealand yang mempunyai empat juta penduduk mampu menjadi negara utama pengeluar susu di dunia.

"Jadi dengan penduduk 1.6 juta, Pulau Pinang sekurang-kurangnya kita harap dapat masuk sebahagian dari kepentingan sektor pertanian dunia,” jelas Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya.

Atas maksud itu, katanya lagi, Kerajaan Negeri menubuhkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di lokasi khas seluas 115.20 hektar dekat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bukit Tengah yang siap beroperasi pada bulan Julai lalu, dengan nilai pelaburan RM40 juta.

Difahamkan, sektor pertanian negeri mencapai pertumbuhan menggalakkan sebanyak 4.7 peratus, berbanding dengan 3.0 peratus untuk seluruh Malaysia dalam tempoh tahun 2011 hingga 2013.

Maka, sumbangan pertanian kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Pulau Pinang pula menyaksikan peningkatan kepada 1.9 peratus pada tahun 2013, berbanding dengan 1.6 peratus pada tahun 2005.

MOHD. Fuad Mohd. Radzi 
Sementara itu, penerima TUTM, Mohd. Fuad Mohd. Radzi, 27, yang ditemui kemudian menyambut inisiatif baru Kerajaan Negeri ini.

“Pemberian bantuan ini akan saya gunakan untuk membeli baja dan peralatan berkaitan dengan tanaman sayur-sayuran dan ikan keli yang saya usahakan di tanah berkeluasan tiga ekar sekarang,” ujar Muhd Fuad, seorang petani muda dari Simpang Empat Tasik dekat Seberang Perai Selatan (SPS).

Ditanya mengenai penglibatan beliau sebagai petani muda, beliau menjelaskan yang dia sememangnya berminat dengan sektor pertanian tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.

“Selepas tamat pengajian saya pernah bekerja makan gaji, namun tidak bertahan lama, lalu saya beralih kepada pertanian kerana ianya lebih menarik dan 'kena' dengan jiwa saya sendiri,” ujar beliau lagi.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus